Header Ads

Header ADS

Huawei Dan Megvii Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membangunkan Sistem Pengecaman Wajah Orang Uyghur


Huawei kini boleh dikatakan sedang berada didalam keadaan yang agak sukar kerana sekatan yang dikenakan keatas mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri menggunakan teknologi mereka untuk mengintip bagi pihak kerajaan China.

Huawei telah menafikan isu ini, tetapi laporan baru daripada IPVM, sebuah laman web yang memfokuskan kepada sistem kamera dan pengawasan baru-baru ini telah melaporkan bahawa Huawei telah membantu syarikat teknologi kecerdasan buatan terbesar di China, Megvii untuk membangunkan sistem pengecasan wajah orang Uyghur.

Menurut IPVM, sistem kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh Megvii, dimana Huawei membantu syarikat tersebut dalam membekalkan komponen-komponen seperti mesin pelayan, storan dan teknologi rangkaian.

Malah, Megvii dikatakan menggunakan platform awanan FusionSphere keluaran Huawei untuk merumahkan sistem kecerdasan buatan dan pengecaman wajah mereka.

IPVM telah menemui sebuah dokumen yang disimpan secara terbuka di mesin pelayan Huawei di Eropah, dan apabila ditanya mengenai penglibatan syarikat teknologi tersebut didalam membangunkan sistem pengecaman wajah ini, dokumen tersebut telah dibuang dengan cepat daripada mesin pelayan Huawei.

Dokumen tersebut, yang bertarikh 8 Januari 2020 tersebut menunjukkan bahawa Huawei telah berjaya menguji sistem pengecaman wajah Megvii menggunakan kelengkapan mereka sendiri, yang dinamakan “Uyghur Alarm”.

Ia juga mengatakan bahawa sistem pengecaman Uyghur Alarm ini melepasi ujian pengecaman orang berdasarkan umur, jantina dan bangsa seseorang yang diimbas wajahnya.

Lebih teruk lagi, sejumlah syarikat teknologi dan pembangun kecerdasan buatan China yang lain, seperti HIKVision, aihua dan Univision juga telah membangunkan sistem pengecaman wajah yang boleh menjejak warga China yang berbangsa Uyghur ini.

Setakat ini, Huawei belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai peranan mereka didalam menguasakan sistem pengecaman wajah Megvii ini, tetapi ia sememangnya tidak membantu mereka dalam mendapatkan semula kepercayaan orang ramai terhadap isu pengawalan dan pengintipan besar-besaran yang telah merosakkan reputasi mereka.


MR : Boikot Huawei


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. semoga allah melindungi orang2 Uyghur dari kekejaman dan kejahatan china kominis dan melaknat keatas mereka yang menyokong, membekal dan melakukan kekejaman terhadap orang2 islam Uyghur

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.