Header Ads

ads header

Flash News

Hubungan Pas-Bersatu Lebih Ikhlas Berbanding Umno Yang Bermuka-Muka



Sekarang ni, hubungan politik antara PAS dan BERSATU dilihat lebih ikhlas berbanding dengan UMNO. Buktinya baru-baru ini, UMNO Perak telah bersengkongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu melalui undi usul percaya kepada MB Perak.

Tindakan UMNO yang sanggup tikam PPBM, rakan kerjasama dalam PN dari belakang adalah satu pengkhianatan. Malah penyingkiran Faizal juga telah menimbulkan kemelut politik bukan sahaja di negeri Perak bahkan seluruh negara.

Ketegasan PAS dalam hal ini boleh dilihat melalui reaksi-reaksi pemimpin PAS. Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa PAS tidak akan sertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak. Keputusan itu dibuat selaras dengan tindakan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu. Ini menunjukkan bahawa hanya PAS dan BERSATU sahaja yang mempunyai semangat setiakawan dan saling percaya mempercayai di antara satu sama lain berbanding UMNO. Apa yang penting bagi mereka muafakat dan setiakawan ini memang perlu diteruskan sebab perpaduan itu adalah kestabilan politik negara. Mungkin ada yang beranggapan bahawa tindakan ini rasis tapi sebenarnya bukan macam tu. Kalau Melayu tidak bersatu, mudah untuk anasir yang tidak diingini terutamanya dari luar menghasut mereka dan merosakkan kesepakatan yang diwujudkan.

Nampaknya semakin jelas sikap UMNO yang bermuka-muka dan melanggar perjanjian kesepakatan yang dibina bersama PAS dan BERSATU. UMNO sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kuasa tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Itulah masalahnya bila ada pemimpin yang tamak dan gila kuasa meskipun kononnya mereka tidak bersekongkol dengan DAP dan PKR, tapi tidak mustahil macam ni dah dirancang dari awal lagi.

Kalau UMNO berterusan macam ni lah, tak lama lagi berkuburlah UMNO. Rakyat dah makin muak dengan perangai dan gelagat parti yang sememangnya tamak dan gila kuasa tanpa memikirkan kebajikan mereka ini jika merek mahu terus berkuasa. Jangan terkejut pulak jika UMNO akan ditolak rakyat kerana sikap parti itu yang tidak pernah mahu berubah!

Dunia tanpa sempadan



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Dengar boleh percaya jangan... Haha Bersekongkol dgn pkr dan dap pulak dahh..umno yg punya angkara hahaha pkr juga nk disalahkan.. Labu..oii Labu..

    BalasPadam
  2. Peristiwa sedih buat orang melayu

    BalasPadam
  3. Memang meluat balik kat ameno
    Baik layan aji no moto

    BalasPadam
  4. Dunia tanpa sempadan ni Gaya macam cybertrooper rba pandapigs yg cuba utk menanam kebencian sesama parti melayu. Kita skrg ni nak bawak kpd penyatuan jika ada masalah perpecahan, bukannya nak promosi kebencian sesama parti melayu.

    BalasPadam
  5. MR ni pun kuat promosi kebencian. Ambillah artikel yg membawa kpd kesatuan sikit. Kamu selitkan artikel yg mengarut pandangannya.

    BalasPadam
  6. Sama je mana2 parti.gila kuasa harta nama pangkat.tak kira siapa.hakikatnya kena tipu.malaysia rosak sbb banyak lakonan.nk tunjuk baik.baguslah melayu sama melayu gaduh.aku lagi suka biar nampak ke jahilan tu.last bangsa sendiri duduk dalam hutan.baru padan muka.tak payah nak cakap perjuangan untuk bangsa melayu..malu la parti malayu kena tipu bangsa sendiri.hasad dengki kuat sangat jual agama bangsa.betullah akhir zaman tu islam berpecah-pecah kerana ketamakkan rakus dunia.
    Checkmate parti melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong sangat pendpt saudara,pemimpinnya "berkudis"habis terpalit kesana kesini.Dulu ckp no.DAP,tapi bikin tak serupa ckp.Jatuhkan bangsa sendiri.

      Padam
  7. Bersatu mesti ikhlas sbb dia parti ciput tapi jawatan2 penting semua dapat kat dia.. aku pun akan jadi ikhlas kalau macam ni.. haha.. PAS pun sama.. tak pernah2 dapat memerintah pusat walaupun kerusi ciput.. aku pun akan jadi ikhlas macam tu.. haha.. UMNO mesti tak ikhlas sbb dia dahlah kerusi paling byk tapi jawatan2 penting dapat kat Bersatu.. PAS jadi lembu je asalkan dapat memerintah.. kat Sabah dah kene.. lepas tu menteri2 UMNO yg dilantik oleh Bersatu semuanya pro Bersatu.. mane tak hilang keihklasan UMNO.. aku pun akan hilang rasa keikhlasan bila kene buli cam tu.. bila UMNO dah ugut camni baru melompat.. tu pun tak sedar2 diri lagi.. kalau aku, memang punca semua ni dari Bersatu.. masa UMNO ngan PAS jadi pembangkang dulu elok je muafakat.. takde gaduh2.. dah join ngan Bersatu terus muafakat ni dah tak kuat dah.. Bersatu yg cuba hancurkan muafakat ni.. hati mereka penuh dendam dan tamakkan kekuasaan sehingga lupa pada setiakawan dan lupa diri bagaimana hendak berkawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya Ramai lagi ahli2 UMNO yg percaya kepada MN. Tetapi sebab Ada segelintir pemimpin UMNO yg top2 kepanasan nak tukar PM atau menguasai kerajaan sebAb Tak sanggup dihukum bersalah oleh mahkamah. Maka jadilah apa yg terjadi skrg. Cuba fikir kalau kerajaan skrg masuk campur dlm kes mahkamah pemimpin2 UMNO yg bermasalah ni Dan jadi macam kes banglow LGE mesti UMNO akan setia pada MN malah PN skali pun tanpa berbelah bagi.

      Padam
    2. Pendakwaan politik oleh Mahthir diteruskan oleh Muhyiddin. Kes Najib jelas apa yg diceritakan oleh mantan AG bila Gopal Sri Ram dtg rumah beliau minta tangkap Najib sebab ramai tak suka? Zahid didakwa selepas tidak mahu membubarkan UMNO agar semua ahli menyertai Bersatu. Tu je

      Padam
  8. MR dah jadi talibarut dap ka. Atas penilaian dan kriteria apa yg digunapakai sehingga dikatakan hubungan pas dan ppbm lebih ikhlas? Adakah ini bertujuan nak mengatakan huhubgan umno dan pas, kurang ikhlas? artikel bertaraf sampah ini, fan bertujuan melagakan2 org2 melayu islam,,elok dibakul sampahkan. MR dah di jamu babi dap makan taik babi ka apa? sudahlah2 ,,cukuplah org melayu islam bertelingkah sesama sendiri puluhan tahun hasil mainan licik org2 cina mca,gerakan dan dap. mereka memang sentiasa cari jalan supaya org melayu berpecah,,hasilnya mereka untung, melayu rugi. lihat sendiri hasil pertelingkahan umno dan pas ( islam tak suruh mcmni pun ),,bergaduh tak henti2 antara pas dan umno sehingga berbunuhan. nak dapat baja subsidi pun terpaksa bertekak,,jalan mini tar, jambatan dan mcm2 cerita lah. pas tuduh umno zalim, umno kata pas tak sedar diri.....saya tak mau ungkit. Semua kita tahu, dan yg pastinya dua2 sama2 tak betul. jika pas tu betul,,kenapa hari ini balik bekerjasama dgn umno,,jika umno dulu betul,,kenapa ajak pas bersama? ini bukti bahawa pertelingkahan sesana sendiri itu salah, perkara yg sangat dilarang oleh ugama. jadi lah، bersatulah wahai org melayu. jgn jadi bodoh dgn cina lagi...

    BalasPadam
  9. Kepada pembaca2 MR semua, harap baca boleh tapi kalau yg negetif mengenai PN ataupun MN Kita jangan ambil serious sebab mungkin article ni drp pihak PH yg cuba melaga2kan parti2 Melayu Islam. Jadi MN ataupun PN mestilah sentiasa positive agar ukhuwah sesama Islam terjaga. Aku sayang PN Dan aku sayang MN.

    BalasPadam
  10. PH dan UmNo sama ja..takboleh nak diharapkan..kaki kelentong n penipu

    BalasPadam