Header Ads

ads header

Flash News

Illi Najwa Tampil Jelaskan video tular yang hangat dibincang


Kuala Lumpur:
Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini menc.etuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mend.akwa dia mur.tad.

Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan keja.hilan dia dan suaminya.

Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permoh0nan maaf kepada keluarganya yang dih.eret sama dalam lsu itu.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Katanya, sijil nlkahnya akan diperoleh pada Rabu depan

Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” katanya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut pr0sedur perjalanan yang sah.

Media India sebelum ini melaporkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.

Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang menc.etuskan pelbagai pers0alan hingga status agamanya.

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sens.itiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalann.

Illi Najwa mengakui dia tidak gembira dengan lsu yang mengheret namanya dan suami.
Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan aklbatnya.

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensltif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarlk balik,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suami bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dilap0rkan berkata, mereka akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Katanya, setakat ini plhaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada perm0honan yang diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima perm0honan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara,” katanya.

Sumber : HMetro





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bodoh Punya pompuan, Nak sangat kawin dgn pati, Kat India tu dah le ibukota ROgol, Jamban pun tak de banyak, Nak berak kencing pun susah.Kena pulak ko pompuan, hati-hati Nak gerak, "ada perogol" yg memerhati.

    BalasPadam
  2. biar jabatan berkenaan membuat siasatan dan dengar nasihat kerana ia melibatkan keturunan mereka dimasa hadapan, jangan anggap perkara ini enteng2 saja

    BalasPadam
  3. Kepala bana punya betina...dia tau minta maaf selesai...aler utoh kau

    BalasPadam