Header Ads

ads header

Flash News

Ini hasil kerja UMNO.. Bersatu akan perkukuh kerjasama dengan PAS kata Hamzah


Bersatu akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional susulan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan oleh Presidennya, Muhyiddin Yassin hari ini.

"Dalam mesyuarat tersebut, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang diusulkan oleh Umno tetapi tidak disokong oleh Umno dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

"Berikutan itu, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

"Semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan negeri Perak yang baru akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung," katanya.

Pada 4 Dis lalu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abdul Manaf Hashim.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya, manakala satu undi rosak atau berkecuali.

PAS sebelum ini melalui setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak.

Untuk rekod, Bersatu merupakan parti serpihan Umno yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menumbangkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak pada pilihan raya umum lalu.

Bersama-sama PKR, DAP dan Amanah, parti itu memenangi PRU dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH), dengan Dr Mahathir dipilih sekali lagi sebagai perdana menteri.

Selepas tewas, Umno memeterai kerjasama dengan PAS dan membentuk sebuah gagasan dikenali sebagai Muafakat Nasional.

Namun kerajaan PH tidak bertahan lama apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar dari gabungan tersebut, manakala Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dan menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

PN merupakan ikatan longgar diterajui Bersatu yang mentadbir kerajaan persekutuan bersama-sama Umno-BN, PAS dan dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, hubungan dalam parti-parti PN dilihat rumit - terutama antara Umno dan Bersatu - dengan yang terbaru menyaksikan penyingkiran Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

Sementara itu, Majlis Tertinggi Umno malam ini turut mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan situasi politik dan pembentukan kerajaan baru di Perak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

MR : Sepatutnya UMNO dan PAS bergabung dalam MN sebagai kuasa politik yang kuat. Tapi apa UMNO buat serang PAS, cybertropper UMNO main isu PAS main dua kolam.. di Perak UMNO belakangi PAS tumbang kerajaan PN. Akibatnya UMNO dapat hubungan PAS-PPBM makin kuat. Hebat kerja UMNO.

UMNO tak belajar sejarah bagaimana PH paling kuat AMANAH serang PAS dan UG dengan UMNO, PAS dapat duit 90 juta drp UMNO.. Akhirnya terbentu MN yang menyebabkan PH kalah dalam banyak siri PRK.  Kini UMNO ikut cara bodoh PH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. ppbm,,sebenarnya semasa diterajui mahathir ialah " parti pengkhianat bangsa melayu". jatuhnya putrajaya 22 bulan diperintah cina, adalah diantara hasil kerja buat ppbm,pkr,dan pan. pas turut memberi saham,,iaitu dengan menubuh blok pembangkang ke 3, dan berkeras menolak kerjasama dgn umno sblm pru 14. kita tahu,,pas takut hilang kepercayaan akar umbi. mana tidak, berpuluh tahun pas menyemai fahaman sesat "umno musuh utama pas" ( umno tu kafir kah,,sehingga jadi musuh utama kpd pas ),tambahan pula,,anjing2 dap iaitu pan memberi alasan sbb mereka keluar pas kerana "pas nak kawin dgn umno perompak", maka..untuk membuktikan dakwaaan pan ni fitnah,,maka pimpinan pas yg dok baca quran dan hadis setiap kali berceramah pun buat keputusan tidak bekerjasama dgn umno pd pru14. ini sebenarnya yg dikehendaki dap,,jgn sekali2 umno dan pas bersatu dan berbaik2. nanti kuasa politik org melayu jadi kuat. Padahal, quran yg pimpinan dan tn2 guru pas dok baca tu suruh berbaik2 sesama saudara seagama. aku nak tanya baruwah2 dap , iaitu pan...apa masalah pas kawin dgn umno? saudara seagama dan sebangsa lagi. yang hangpa ( cakap kedah ) p peluk babi dap tu apa cite. yg tu kut konsep "rahmatan lil alamin" ala pan? bagi aku,,kewujudan pan adalah rahmatan lil kafirin....
    Balik ke isu ppbm,,alhamdulillah,ppbm dah sedar kesilapan,tambahan pulak, pengerusi ppbm yg dok berlakun nak perjuang maruah melayu, buat kongres maruah melayu,tp kutuk melayu kata melayu malas,kenapa.? kerana org ini dia orang keling dari kerala india,,dia benci raja2 melayu,dia hanya perbodoh melayu umno , berpuluh tahun melayu berketuakan keling ni...dua dah dipecat dari ppbm dan tuhuh parti pejuwang, pedulikan tokoh negarawan ni, yg sebenarnya juga adalah perosak negara...jadi ppbm tolong main politik bagi cantik..suluh diri ,,siapa sebenar kamu ? kamu semua adalah serpihan umno, bahkan pas,,juga serpihan umno. pas adalah asalnya ulamak umno yg tidak setuju dgn beberapa keputusan pimpinan umno pd ketika itu..jadi,,umno,pas dan ppbm,,semuanya asal yg satu, kembali kpd ikatan ugama dan bangsa melayu. pkr melayu dan pan insyallah,,depa akan kembali tak lama lagi,,apatah lagi pan,babi dap pun dah menyampah dgn pan ni,,buat semak kandang babi ja la ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup-cukuplah RBA ternakan parti kafir harbi roket menyamar sebagai barua keris untuk melaga-lagakan parti keris dengan parti Islam dan parti bumiputera supaya perpaduan ummah berpecah-belah dan kaum Melayu menjadi lemah.

      Jika ini berlaku, puak kafir harbi dan khadam munafik liberal boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

      Kita merasa kasihan melihat puak RBA menyalak histeria seperti anjing gila kerana puak kafir harbi dan khadam liberal mereka telah gagal memerintah negeri Prk.

      Mungkin upah dedak haram cap roket untuk puak RBA akan dipotong kerana puak RBA telah gagal melaksanakan misi jahat melaga-lagakan kaum Melayu.

      Maka menanggislah dan meraunglah kepala bapak kafir harbi roket dan kroninya di tepi loji tahi kerana agenda 999 tahun dll telah gagal.

      Cukuplah 22 bulan Islam dan umat Islam dihina dan ditindas dan rakyat dikencing oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka.

      Padam
  2. Apa yang arwah TGNA pernah sebut semasa hayatnya semakin terang dan bersuluh lakonan umno yang licik.Cuma watak dan zaman sahaja bertukar.Jika ph kencing rakyat, umno pula kencing rakan serumah

    BalasPadam
  3. Kat dunia ni sapa yg menang jadi juara,tapi kat M'sia jerrrr yg kalah jadi Juara!?!

    BalasPadam