Header Ads

ads header

Flash News

Isu Kartel Daging Haram: Senator PAS Kemuka Usul Tergempar


Ahli Dewan Negara hari ini, mengemukakan usul penangguhan mesyuarat untuk membincangkan isu berkaitan daging kartel haram yang menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara salah dan berniat menipu.

Usul yang dikemukakan Senator Asmak Husin itu meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim agar memasukkan dalam peraturan mesyuarat untuk dibahaskan pada sesi persidangan hari ini.

Menurut beliau, isu itu perlu dikemukakan pada Dewan Negara kerana amat sensitif kepada umat Islam dan kepentingan rakyat, yang selama ini memakan daging haram.

“Telah terbongkar kes pembungkusan semula daging haram menggunakan logo Jakim selepas serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

“Saya berpendapat usul ini berkepentingan ramai kerana ia sumber protein umat Islam yang merupakan majoriti rakyat di Malaysia.

“Ia melibatkan nama baik kerajaan khususnya Jakim sebagai pengeluar logo halal yang disegani di Malaysia dan peringkat antarabangsa serta integriti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan,” katanya pada permulaan sesi persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau mahu Yang Dipertua menyegerakan usul itu untuk dibahaskan kerana rakyat semakin takut dan marah dengan kes terbabit, yang mana sehingga hari ini telah tular beberapa jenama yang biasa digunakan oleh rakyat.

Katanya, hampir sebulan kejadian itu berlaku, kerajaan masih lagi tidak menyenaraikan jenama yang terlibat atau apa-apa laporan awal yang boleh melegakan rakyat.

Pada masa sama, kata beliau, media antarabangsa juga turut melaporkan isu itu dengan mengatakan umat Islam di negara ini telah memakan daging halal palsu selama 40 tahun.

“Sekiranya benar, ini cukup memalukan negara kerana dikaitkan dengan isu integriti pegawai dan pihak berkepentingan.

“Saya mohon Yang Dipertua untuk menerima usul ini dan juga Ahli Dewan semua dan menuntut jawapan dari pihak KPDNHEP serta pihak berkepentingan kerajaan yang lain demi membersihkan nama baik negara dan kepentingan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Dr. Rais menerima usul berkenaan dibahas hari ini dengan memperuntukan masa satu jam iaitu 30 minit untuk perbahasan dan 30 minit lagi bagi pihak kerajaan menjawab. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kita mohon kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes Adib, 1MDB, TH dan skandal daging haram kerana semua isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

    Keengganan kerajaan mendedahkan jenama daging halal palsu mungkin akan menyebabkan rakyat terutamanya umat Islam hilang kepercayaan pada kerajaan sedangkan PRU15 semakin hampir.

    Adakah kerajaan mahu melindungi rakyat atau kartel daging halal palsu tersebut ??? Adakah kartel daging haram ini melibatkan pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin politik ?

    BalasPadam