Header Ads

ads header

Flash News

Kebodohan Lokman (baca UMNO walaupun dipecat UMNO) tentang surat sokongan




Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa tampil memberi penjelasan berhubungan dakwaan ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mengenai surat sokongan kepada perdana menteri supaya meluluskan projek pembinaan lebuh raya di Kelantan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.

Annuar menegaskan, surat sokongan bukan keputusan atau arahan dan tidak semestinya diterima pakai.

"Bila rakyat minta sokongan dan ada asas dan merit yang sesuai, tugas wakil rakyat adalah memberikan sokongan yang dipohon.

"Laku tak laku itu soal lain, kerana setiap urusan kerajaan, terutama sistem perolehan mesti mengikut peraturan," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Terdahulu Lokman dalam satu hantaran di Facebooknya mendedahkan 'surat sokongan' Annuar kepada Muhyiddin agar diberikan rundingan terus projek membina dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai (pakej 2C dan 3A) kepada sebuah syarikat.



"Sekarang baru saya faham kenapa Annuar beria mempertahankan Muhyiddin Yassin," tulisnya yang turut memuat naik gambar surat sokongan itu.

"Projek Membina dan Menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan, Pakej 2C & 3A. Patutlah Annuar Musa berangan nak tanding presiden Umno,"

'Sokongan tidak berjaya'


Sementara itu Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, sokongannya itu tidak berjaya dan tidak diambil kira pun oleh perdana menteri.

"Belum selesai dengan DAP, ada lagi kerja fitnah ini.

"Mujur juga sokongan tak berjaya, dan tak diambil kira pun oleh perdana menteri dan projek berkenaan telah pun dibuat secara tender terbuka.

"Jika tidak entah apa lagi fitnah agaknya," ujarnya.

MR : Pertama memang ramai jumpa YB nak tt atas banyak urusan - itu sistem politik yang UMNO ajar sejak 60 tahun lalu. Nak buku teks pun kena tt ketua kampung UMNO yang kadang kala baca buku tak tahu tapi kerana mereka UMNO di lantik Ketua Kampung. Lobok (panggilan mesra Lokman sudah tahu). YB biasanya akan tt dan bermulut manis. Soal lulus tak lulus itu mainan lain. Tapi kerana nak serang PPBM, lobakman ini menjadi senjata UMNO nak serang sasaran. UMNO boleh berlepas diri pasal di dipecat UMNO. Hebatkan permainan UMNO yang tak pernah berubah dulu kini dan selama-lamanya. Sanggup tikam pemimpin sendiri DEMI NAK SELAMAT PEMIMPIN KORUPSI mereka!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Inilah balaci yg diperalatkan utk merosakan kesepakatan..kalau dah merasa hebat kenapa x serang ph yg ada berbagai isu

    BalasPadam
  2. Parti keris telanjang akan musnah dalam PRU yang akan datang kerana sebilangan pemimpinnya terbukti bodoh sombong, rakus, tidak jujur dan tidak bermoral kerana telah sengaja mengkhianati sekutu dan rakannya sendiri.

    Rakyat terutamanya kaum Melayu Islam memandang rendah terhadap parti keris telanjang sebagimana rakyat memandang rendah kepada puak Pee H kerana sebilangan pemimpin parti keris telanjang telah, sedang atau akan dibicarakan kerana didakwa terlibat dalam pelbagai skandal yang sangat merugikan rakyat dan negara.

    Maka parti keris telanjang adalah sama seperti puak Pee H pimpinan puak parti kafir harbi roket yang telah kencing rakyat dan merugikan negara dengan melingkupkan ekonomi negara, aset negara dan aset tabung umat Islam dll.

    BalasPadam
  3. kenap PDRM x siasat lokman ni..dia paling banyak memburukkan orang2 tertentu...ke lokman ni x disuap makan secukup nya tu sampai meroyan teruk

    BalasPadam
  4. Cer tunjuk orang2 banyak duit dalam amno yang tak pernah minta surat sokongan

    BalasPadam
  5. Alaaa.. dulu Syed Saddiq buat surat sokongan mintak bajet penyokong2 PN kemain kutuk dan kecam.. kononnya Syed Saddiq pun sama ngan UMNO rasuah.. sekarang bila UMNO buat kemain UMNO dipertahankan.. mentang2 puak sendiri buat.. Islam mane ade ajar cara ni.. tapi sibuk laungkan nak pertahankan Islam.. buat malu Islam je.. lain kali gugurkan lah kalimah demi Islam tu.. guna demi Melayu je.. barulah terpelihara kesucian Islam..

    BalasPadam
  6. Kononya nk up najib...tp dia x sedar bahawa org makin meluat kt najib dn umno hny kerana sikap dn caranya...๐Ÿค‘
    Nampak mcm cerdik...tp pemikiran masih spt umno d thn 80 dn 90an๐Ÿ˜œ

    BalasPadam