Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa UMNO - Dato Saarani tak boleh bersabar sikit tunggu PRU-15 untuk jadi MB?



Dalam banyak perkara saya hormati sikap dan pendirian Umno Perak. Mereka sahabat dan kawan. Kadangkala kalau tak setuju pun, saya senyap sahaja asal bukan kemungkaran yang jelas nyata dan mudarat besar.

Tapi dalam Kenyataan terbaru Umno, mereka mohon sokongan PAS dan Bersatu untuk pertahan kerajaan Perikatan Nasional. Saya anggap ini satu perkara yang pelik sebagai kawan. Umno Perak tidak pernah berbincang tentang perkara ini dengan PAS. Mereka laungkan seruan muafakat bila keadaan jadi begini.

Malahan usul tergempar dimasukkan pada awal pagi tanpa pengetahuan PAS. Habis terbantut pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Perak. Umno susun tanpa pengetahuan PAS. Habis terkejut bila usul tergempar BN-Temenggor & DAP-Pasir Pinji (usul yang sebiji sama) awal-awal pagi sudah dikemukakan oleh Speaker yang juga dari Umno.

Pimpinan Umno usulkan undi percaya pada MB Peja. PAS sokong undi percaya sebagai solidariti bersama Umno Perak. Tapi bila tiba masa pengundian hanya 10 orang sahaja yang sokong. Mana perginya 24 Adun Umno? Sekali lagi PAS ditinggalkan hasil dari gerakan belakang Dato Saarani-Umno. Mereka langsung tidak maklumkan.

Saya secara peribadi sangat tertanya apa yang sebenarnya mereka mahukan. Saya tak faham. Exco Kerajaan negeri, Umnolah yang terbanyak. Ahli Majlis untuk 15 PBT, merekalah terbanyak. MBI sahaja Umno ada 15 dari 24 orang kuota. JPKK pula, mereka jugalah yang terbanyak. MB Peja beri Speaker DUN kepada Umno. Dan sekarang MB Perak pula mereka mahukan. Saya yakin, bukan sahaja saya terfikir begini.

Saya memang tidak faham. Jujur ikhlas dari hati saya.

Sekarang Umno Perak ada 24 Adun tanpa Bersatu dan Pas. Umno perlu cari 6-7 Adun lagi untuk membentuk kerajaan. Saya tidak pasti siapakah akan bersama Umno dalam gerakan kali ini untuk menubuhkan kerajaan. Pilihan yang ada hanyalah Hasnul, Dap, Pkr & Pan. Yang jelas adalah, bakal kerajaan sangat rapuh tanpa ikatan muafakat.

Saya yakin dan percaya sekalipun sikap sebahagian Umno begini, tapi tidak pada ahli-ahli mereka yang ikhlas mahukan penyatuan. Kelompok ini sentiasa ada dalam mana-mana parti melayu. Saya yakin sebab inilah PAS bersabar banyak dalam beberapa siri perbincangan dan rundingan. Dan saya yakin PAS akan terus bersabar. Itulah PAS.

Sahabat saya Umno Perak, maafkanlah saya jika terkasar bahasa, langsung tidak berniat untuk mengguriskan hati kalian. Tapi sampai bila kita mahu begini? Saya sangat risau perkara ini akan merebak ke negeri-negeri lain. Yang Umno pakat jatuhkan itu adalah orang nombor 2 Bersatu Malaysia.

Bersabarlah sikit lagi Dato Saarani Mohamad - Umno. Tidak berapa lama lagi PRU15 akan berlaku sejurus Covid-19 reda. Sabar sikit sahaja lagi Dato. Kasihanilah rakyat. Kasihanilah penjawat awam. Kasihanilah orang susah yang sedang bergelut dengan Covid. Kasihanilah umat yang cintakan perdamaian.

Penulisan saya tidaklah bermaksud untuk menjarakkan hubungan, apatah lagi memisahkan. Saya menulis kerana letih dengan politiking melampau. Sedih dengan apa yang terjadi, dan lagi memedihkan, musuh sedang bersorak gembira. Dilema antara defensif demi penyatuan ummah dan ofensif pada politiking sebegini rupa. Dan saya memaksa untuk memilih yang kedua. Ofensif pada politiking melampau, bukan pada parti kawan mahupun lawan.

Nota: Ini pandangan peribadi saya tanpa berkait sebarang jawatan. Tiada siapa menyuruh atau mengarah. Memang peribadi saya. Saya tahu perkara ini tidak akan disenangi kawan-kawan. Saya minta maaf awal2.

Syukri Shidi,
Yang cintakan perdamaian,
Yang bencikan politiking melampau.


MR : Suara rakyat kebanyakkan tak suka dengan sikap tamak dan gelojoh UMNO.... sabar tunggu PRU-15 baru UMNO tahu siapa mereka



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Angkuh,sombong.Perangai dajal dalam UMNO ni rupanya tak abih lagi

    BalasPadam
  2. Penyakit gila kuasa dan hawa nafsu serakah mengatasi rasional akal dan prinsip moral telah mendorong puak nasionalis @ abang besar mengkhianati sekutu-sekutunya sendiri dan menjalin skandal haram dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka dengan bermain kayu tiga.

    Puak kafir harbi biaDAP dan khadam liberal mereka sudah pasti akan merasa sangat gembira, ketawa dan berhigh five kerana mereka berjaya menunggang abang besar untuk memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu

    Puak nasionalis bujet mereka abang besar boleh sesuka hati mengkhianati abang-abang kecil tanpa merasa malu atau bersalah. Sebenar 'abang besar' telah tersilap perkiraan politik yang menyebabkan abang-abang kecil kehilangan kepercayaan kepada abang besar.

    Mungkin konflik dan perpecahan besar akan berlaku sebelum PRU kerana perebutan kerusi kerana ego dan ketamakan abang besar sendiri.

    Sebelum ini abang besar mendabik kononnya mereka peju(w?)ang yang membela hak kaum Melayu tetapi malangnya ini semua adalah wayang nasionalis sahaja sebaik sahaja abang besar bersekongkol dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap kaum Melayu Islam.

    Bukankah ini menunjukkan abang besar adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam ??

    Jika abang besar boleh tersungkur KO dalam PRU terdahulu, abang besar mungkin akan tersungkur KO dalam PRU yang akan datang kerana umat Islam membenci pengkhianat bangsa dan agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan soal abg kecik abg besar atau tamak. Ia soal pijak kepala tanak berunding buat suka² hati. Nak lantik pegawai MB dari UMNO berundinglah atau sekurang-kurang maklumkan saja. Tanah yg dipertahankan sejak era Ramli Ngah Talib juga dijual yg menjadi isu terbesar.

      Padam
  3. mana boleh sabar, setahun dua entah-entah dah tak de kat dunia ni. tak sempat jadi MB. udahlah tu yop, bagi saarani pulak jadi mb. boleh bangunkan balik rnr tasik raban yang dah lama tutup!

    BalasPadam
  4. Sudah 2 KALI...2009 DAN semalam 4/12 umNO Telah kuburkan MB PERAK...3/12 Pemuda Pas Perak menyatakan sokongan bila ada USUL PERCAYA pada MB PERAK...benarlah bila musuh dalam selimut dan api dalam sekam DAN racun dalam Tuba menjalar dalam diri...Lihatlah musuh2 tersenyum dan melompat riang kerenah Kaduk naik Junjung...bila sudah dapat belas ehsan mengambil kesempatan MELAMPAU..betul ke ratiban umNO Dulu kini dan selamanya NO DAP NO ANWAR direalisasikan..RAKYAT SAKSIKAN

    BalasPadam
  5. Harap sangat2 PAS bertanding untuk semua tempat.. X perlu lagi bergabung dengan mana2 parti lain.. Elok gabung, satlagi berebut jawatan pulak.. Pastu lompat sana sini.. Kemaruk habuan dunia sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno bn haram jadah.. Harap pas n bersatu xpyh folow puak dajjal ni.. Gila babi gila kuasa

      Padam
  6. Untuk berdepan dgn sikap manusia ni memang payah kalau Tak nak berlandaskan dgn agama Islam sebagai rujukan. Pasti ada sikap tak puas hati, ak sabar, dengki, khianat, iri hati, tamak dan sebagainya. Lebih baik Kita balik kpd hukum asal politik mrk. Kita beri kpd yg berhak. Yg sikit kerusi, beri sokongan. Yg ada lebih kerusi, ambik kepimpinan dgn ikhlas, beramanah. Kalau tidak, sampai bila2 tak akan selesai. Kita ikut sifir yg mudah. Ini salah satu contoh politik penjajah pecah dan perintah. Nak menghuru harakan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika puak yang banyak kerusi terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara, bukankah tidak masuk akal yang normal memberi kepimpinan kepada mereka ?

      Padam
  7. diharapkan pas terus kekal bersama pn dan mn sehingga pru15 supaya pn terus mendapat majoriti walaupun tipis, jauhkan sama sekali dari melayu dapig dan parti melayu belaan dapig dan parti melayu walak dengan dapig dari menguasai perak, kuatkan kemuafatan melayu perak, jauh sifat balas dendam diatas perbuatan umno kerana ia tidak menguntungkan dan cubalah bersabar walaupun sangat pahit untuk ditelan, musti ingat dapig kuat kerana cina berdiri teguh dibalakang dapig

    BalasPadam
  8. U M N O menuju zaman ketirisan semangat SETIAKAWAN...hanya PRU 15 aje penentu kepada hayat U M N O..majoriti BANGSA MELAYU sendiri yang akan MERUNGKAI segala PERMAINAN POLITIK U M N O di kertas UNDI...

    BalasPadam