Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan hukuman mati Azilah kekal


PUTRAJAYA:
Bekas polis, Azilah Hadril, gagal dalam cubaan terakhir untuk ketepikan hukuman mati atas pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Persekutuan membuang permohonannya memohon semakan ke atas keputusan pada 2015 dan mengarahkan perbicaraan semula.

Sekarang Azilah hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor. Azilah memfailkan permohonan memohon hukuman mati dikurangkan kepada hukuman penjara.

Hakim lima anggota yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, berkata tiada salah laksana keadilan, pelanggaran keadilan asasi atau sebarang undang-undang bertulis yang membolehkan semakan dibuat.

Mereka mendapati tiada keadaan luar biasa dalam kes ini bagi membolehkan semakan dibuat mengikut Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan.

Azahar, yang bersidang bersama Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat, Zaleha Yusof, dan Zabariah Mohd Yusof, berkata Azilah menyimpan keterangan yang dikatakan “baharu” yang ada padanya.

Katanya, dia sengaja tidak memberikan keterangan itu semasa siasatan polis, daripada peguamnya dan mahkamah.

Pada Oktober, Azilah, yang disabit kesalahan membunuh Altantuya, bersama rakannya, Sirul Azhar Umar, mengeluarkan akuan berkanun dalam permohonan memohon semakan kesnya kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam akuan itu, Azilah antara lain mendakwa Abdul Razak Baginda, dan seorang pegawai polis, Musa Safri, sedar tentang “arahan” daripada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Azilah, dalam keterangan bersumpahnya, mendakwa Najib yang mengarahkan Altantuya ditembak mati.

Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya manakala Najib sekeras-kerasnya menafikan dakwaan beliau terlibat.

Azahar berkata perbicaraan sudah muktamad dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengembalikan pensabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mesti ada kemuktamadan dalam pentadbiran keadilan dan litigasi, katanya.

Beliau menambah Mahkamah Persekutuan selaku mahkamah tertinggi tidak boleh membuka semula, mengkaji semula, atau mendengar semula perkara ini, kecuali mengikut Peraturan 137 yang membolehkan ia mengeluarkan arahan bagi mencegah ketidakadilan.

Azahar berkata prinsip undang-undang untuk semakan sudah mantap dan hanya boleh digunakan secara berpada-pada dalam keadaan luar biasa.

Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati sembilan tahun selepas Altantuya dibunuh di hutan berdekatan Shah Alam pada 2006.

Sementara itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mempertimbangkan untuk meminta mahkamah memadam akuan berkanun Azilah yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan itu.

Katanya kepada pemberita, mahkamah tidak percaya akuan itu kerana Azilah tidak memberikan keterangan.

Terdahulu, barisan hakim menolak cubaan Najib untuk mencelah permohonan semakan Azilah atas sebab beliau bukan tertuduh dalam perbicaraan kes bunuh itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan