Header Ads

Header ADS

Kerajaan Johor lebih stabil jika Umno, PH bergabung kata Adun DAP


Adun DAP Sheikh Omar Ali berkata bahawa Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil sekiranya negeri itu mengikut formula Perak.

Sheikh Omar merujuk penggulingan Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu sebagai menteri besar Perak yang dikaitkan dengan peranan Adun dari Umno dan PH.

Wakil rakyat DUN Paloh itu berkata bahawa formula Perak akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri di Johor.

"Jika Johor ikut formula Perak, kerajaan negeri akan lebih stabil.

X

"Jika formula Perak diguna pakai, Umno (14 kerusi) bergabung dengan PH (27 kerusi) akan membentuk jumlah 41 di mana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang ini," katanya dalam satu hantaran Facebook, sebentar tadi.

Dia berkata demikian mengulas usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Umno Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN, Bersatu (12), MIC (2) dan PAS (1).

PH memiliki 27 kerusi DUN.

Terdahulu, Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu gagal mendapat sokongan yang cukup dalam undi percaya terhadapnya untuk kekal sebagai menteri besar.

Seramai 48 Adun (Umno 24 dan PH 24) menolak berbanding 10 yang menyokong Faizal yang juga Adun Chenderiang. Terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

"Di Johor, sebanyak 41 kerusi DUN (Umno dan PH) boleh membentuk majoriti lebih dua pertiga di DUN Johor. Kedudukan ini sangat stabil dan meyakinkan.

"Bezanya hanyalah, menteri besar sedia ada pada ketika ini datangnya dari Umno. Ini sedikit berbeza dari situasi di Perak di mana menteri besar adalah daripada Bersatu.

"Soal bersetuju atau tidak, itu perkara lain.

"Tetapi dari segi angka, ya. Memang jika Umno dan PH bekerjasama di Johor, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri," tambahnya.

Untuk rekod, kerajaan PH Johor tumbang  pada Mac lalu, selepas Bersatu bertindak menyertai BN dan PAS bagi menubuhkan kerajaan PN.

MR: UMNO tak payah malu terima aje pelawaan DAP, tak perlu nak sembunyi dalam selimut kerjasama yang ada. Biar orang Melayu jelas siapa sebenarnya UMNO



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. uhh dahi dia ada tanda2 hitam, tak mahulah nak komen, takut nanti terasa pulak, terpulanglah sesiapa nak komen

    BalasPadam
  2. ALLAHUAKBAR bukan saja di PERAK...tetapi seluruh NEGARA bila ada pihak kemeLAYUan yang sanggup MATI BERDIRI HIDUP MELUTUT dengan TOKONG DAPIGS...PAS TETAP ISTIQAMAH dengan PRINSIP PERJUANGAN ISLAM walaupu secara sendirian sebelum semasa dan selepas ini..BILA RASA MALU tiada lagi...sedarlah MALU sebahagian daripada IMAN.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.