Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li cadang 'kerakyatan Melayu' untuk semua kaum


Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar idea yang pernah diperjuangkan tokoh politik yang juga bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy, berhubung idea negara bangsa (nasion) Melayu dapat dihidupkan semula.

Jelasnya, gagasan itu kini bermaksud semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan adalah satu negara bangsa Malaysia.

“Dr Burhanuddin pada ketika itu telah mengusulkan supaya kita semua rakyat di Malaya ini, tak kira apa keturunan, akan dinamakan Melayu.

“Kerana kita daripada gagasan Nusantara ini yang sudah jadi Tanah Melayu, wajar difikirkan semula, bahawasanya kita ini adalah orang Melayu,” katanya.

Razaleigh juga memberikan contoh negara bangsa (nasion) Indonesia yang hanya menggunakan satu nama kerakyatan sebagai identiti kebangsaan yang tidak mengira kaum atau keturunan.

“Kita pun (boleh lakukan sebegitu), supaya takkan ada lagi pertikaian antara kaum.

“Saya rasa tak ada apa yang hendak direbutkan. Sama-sama boleh dikongsi,” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia di Kajang hari ini.

Burhanuddin merupakan pemimpin parti politik Melayu pertama selepas perang dunia kedua yang menuntut kemerdekaan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian menubuhkan gabungan sayap pertubuhan berideologi kiri Pusat Tenaga Rakyat (Putera).

Sementara itu, Kesatuan Malaya Demokratik (MDU) di Singapura dan beberapa kumpulan lain, membentuk Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang bersifat pelbagai kaum.

Gabungan Putera-AMCJA kemudian menggagaskan Perlembagaan Rakyat pada 1947 yang mengandungi 10 prinsip teras bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Prinsip keenam Perlembagaan Rakyat menggariskan bahawa: Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi.

Prinsip kesembilan pula berbunyi: Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.

Perlembagaan Rakyat terkubur apabila British mengharamkan pertubuhan-pertubuhan dalam Putera-AMCJA ketika mengisytiharkan darurat 1948.

Perlembagaan Persekutuan yang digubal hari ini dirangka oleh sebuah suruhanjaya yang dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957 dan berkuatkuasa secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.

Perlembagaan Persekutuan itu kemudian dipinda menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.

MR : UMNO makin celaru, penasihat UMNO lagi celaru



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


19 ulasan:

  1. Baru sekarang nak bising. Waktu 22 bulan DAP memerintah diam seribu bahasa. Gi mampus lah. Dah lah anti PAS dari dahulu lagi.
    Minta dia kosongkan kerusi Gua Musang.

    BalasPadam
  2. Nak suruh belajar jawi pun dah meroyan macam terputus kepala. Orang melayu dolu dolu kan ke guna jawi. Kalau orang bukan melayu boleh daftar nama mereka dengan nama melayu, adat resam mereka tidak menjadi keutamaan maksudnya tiada cuti perayaan. Rasanya makan ratusan tahun untuk jadikannya realiti..boleh je.

    BalasPadam
  3. di Malaysia sudah sinonim MELAYU tu ISLAM...bangsa lain Trauma dan PHOBIA hal ini JIKA MASUK MELAYU kena masuk ISLAM...BAGUSNYA bangsa lain menerimanya jadi MAJORITI rakyat MALAYSIA adalah ISLAM...ingat zaman kanak2 nak masuk melayu ..anu kena Potong.

    BalasPadam
  4. What a stupid idea from a so-called statesman...kalau cakap Melayu pun tak nak, tulisan jawi bukan main nak tolak...mcm mana nak panggil Melayu apek2 DAPigs tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka pasti setuju sbb nk kemudahan dan segala tuntutan mereka akn dipenuhi sama sprti bgsa asal melayu sendiri.

      Padam
  5. Wah segelintir pemimpin parti Melayu sudah mula menunjukkan belang sebenar iaitu mereka menjadi barua parti ultra rasis roket dengan memperjuangkan Msian Msia untuk menghapuskan ak agama Islam dan hak kaum Melayu Islam yang merupakan penduduk asal negara ini.

    Mereka tidak pernah memberi sebarang sumbangan yang jelas kepada Islam dan kaum Melayu Islam walaupun mulut hipokrit mereka menjerit "Hidup Melayu".

    Merekalah musang roket berbulu ayam yang menjadi pengkhianat bangsa dan agama. Slogan "Hidup Melayu" adalah slogan untuk kencing kaum Melayu sahaja. Maka tidak hairanlah majoriti kaum Melayu masih hidup miskin walaupun negara telah lama merdeka dan DEB gagal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PEMBETULAN:

      Wah segelintir pemimpin parti Melayu sudah mula menunjukkan belang sebenar iaitu mereka menjadi barua parti ultra rasis roket dengan memperjuangkan Msian Msia untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak kaum Melayu Islam yang merupakan penduduk asal negara ini.

      Mereka tidak pernah memberi sebarang sumbangan yang jelas kepada Islam dan kaum Melayu Islam walaupun mulut hipokrit mereka menjerit "Hidup Melayu".

      Merekalah musang roket berbulu ayam yang menjadi pengkhianat bangsa dan agama. Slogan "Hidup Melayu" adalah slogan untuk kencing kaum Melayu sahaja.

      Maka tidak hairanlah majoriti kaum Melayu masih hidup miskin dan DEB telah gagal walaupun negara telah lama merdeka.

      Padam
  6. makin lama makin merapu.Geng tua2 ini patut masuk muzium dah.mahathir,Ku li,Anuwar.Semua ni mencelarukan kehidupan.

    BalasPadam
  7. Nampaknya Melayu diminta sentiasa bertolak ansur dengan melepaskan hak dan keistimewaan mereka sebagai pemilik tanahair bertuah ini, sedangkan kaum pendatang sentiasa memperkuatkan gengaman dan gigitan mereka, tidak bersedia untuk berasimilasi dengan penduduk asal.Sekolah jenis kebangsaan, gagal menguasai bahasa kebangsaan walaupun mengaku dilahirkan di Tanah Melayu ( anehnya pendatang Bangla boleh bertutur bahasa melayu selepas hanya 6 bulan berada di tanah bertuah ini )

    BalasPadam

  8. yang dimaksud Dr Burhanuddin al-Helmy adalah kerakyatan tanah melayu bolelah disama makna dengan kerakyatan malay-sia, mula2 sekali yang perlu dibincang dan dipersetujui tutupnya semua sekolah2 jenis kebangsaan cina dan tamil yang tiada satu manafaat pun kepada negara


    BalasPadam
  9. ku li dah jadi kuli cina...melayu itu bangsa,,bukan sama dengan negara,,bangsa apa sekalipun,tapi rakyat malasia. adapun bangsa,,mana ada bangsa cina boleh tukar panggil bangsa lain...bodoh betul la ku li ni...

    BalasPadam
  10. nyanyok teruk dh org tua ni.

    BalasPadam
  11. Dah mula ikut jejak Tun merapu saja

    BalasPadam
  12. Merapu keterlaluan, tk sudah2 merapunya.
    Ikut sedap mulut je cakap
    Nk tutup sekolah Jenis kebangsaan dan jadi sekolah kebangsaan pun dh mcm nk perang.Dh lama dlm politik tp cakap mcm masuk politik semalam. Secara peribadi memang idea2 Ku Li tk pernah saya tertarik pun. Nyampah Ada.

    BalasPadam
  13. POLITIK BADUT TUA YANG KENA ' STROKE OTAK '..HANYA MANUSIA YANG TIDAK ADA JATI DIRI KETURUNAN BANGSA AJE YANG SANGGUP BERCAKAP MACAM ITU...HANYA BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT TANPA MEMIKIRKAN NATIJAHNYA KEPADA BANGSA MELAYU ASAL...DISEBABKAN TERASA DIRI TU PANDAI BERPOLITIK...KESUDAHANNYA..SIKAP SEBENAR DIPERLIHATKAN TANPA KU LI SEDAR..UMPAMA MUSANG BERBULU AYAM...HAMPEH !!!

    BalasPadam
  14. Jika dinamakan bangsa malaysia sedap sikit dengar. Ibarat negro dipanggil bangsa inggeris@kulit putih di amerika syarikat.
    Dalam kad pengenalan dicatit bangsa malaysia, keturunan melayu/cina/india/kadazan/dusun/murut
    dan sebagainya.
    Ugama dicatit sebagai islam, budhist, hindu, christian dan sebagainya.

    BalasPadam
  15. klu sumer nk masuk Melayuuu...bagus sgtlaa tuu...tp kene ingaaat... masuk Melayu makna masuk Islamm tau!!!..meh! meh!..angkat telunjuk ucap syahadah..alll together now!!

    BalasPadam