Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li 'mungkin' boleh tarik sokongan MP Umno tolak belanjawan


Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dia mampu menarik sokongan ahli parlimen parti itu bagi menyokong kerjasamanya dengan Dr Mahathir Mohamad.

"Mungkin," katanya ringkas pada sidang media khas mengumumkan kerjasamanya bersama ahli parlimen Langkawi itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menjelaskan tujuannya bersama Mahathir, Tengku Razaleigh berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya keabsahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin juga diragui selain dia sendiri berpendapat PN merupakan kerajaan yang tidak sah.

"Ia tidak sah. Kerajaan yang kita ada hari ini tidak sah, dan perdana menteri hari ini seorang perdana menteri yang tidak sah," katanya lagi.

Tengku Razaleigh turut menegaskan yang dia tidak akan mengundi untuk Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ketiga esok.

Kepimpinan Muhyiddin Yassin selama ini dilihat tidak kukuh apabila jumlah ahli parlimen yang menyokong dan menentangnya dibezakan dengan jumlah yang sangat tipis.

Ia juga tidak pernah diuji melalui undi percaya atau undi tidak percaya di parlimen.

Peralihan sokongan segelintir ahli parlimen kerajaan dan jika digabungkan dengan undi pembangkang yang bersatu menolak belanjawan esok cukup untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Pada 22 Nov lalu, tokoh veteran Umno itu memaklumkan dia tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun tidak membenarkan keabsahan perdana menteri dan kerajaan PN dibuktikan.

Dia menyampaikan hasrat itu kepada Azhar menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov, yang antara lain mengkritik keengganan Azhar membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Ditanya sama ada kerjasamanya dengan Mahathir memungkinkannya untuk dihadap ke jawatankuasa disiplin parti, Tengku Razaleigh berkata dia boleh menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu.

"Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja yang mereka mahu," katanya lagi.


MR : 
1.  Kuli ni Pengerusi Jemaah Penasihat Umno. Patutlah UMNO sampai hari ini tak sedar diri, masih ingat dia berkuasa. Tak sedar diri kalau tak ada penyatuan Melayu haru UMNO dah lenyap.

2. Kuli kata kerajaan sekarang tak kukuh memerlukan kerajaan kukuh agaknya dengan sokongan Atok kuli boleh bentu kerajaan kukuh? Kerajaan PH sebelum ini 130 kerusi pun boleh jatuh ini setakat 113 atau 115 kononya. Orang yang tak berfikir boleh dengar cakap dinasor politik.

3. Kuli percaya Atok? Rasanya Kuli pun nak rasa kencing Atok



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. ku li,,dulu baru kena kencing dgn mahathir,,lari tuhuh semangat46,,sekadar kena kencing sekali,,ku li tak puas la,,sbb tak nampak bodoh,,jd ku li nak dikencing oleh mahathir buat kali ke2, baru jelas nampak kebodohan ku li. umno patut tunjuk ku li jalan keluar saja,,musang berbulu ayam...lastik dgn ketul batu ja,,dia akan lari la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan terbuka :

      Apakah sumbangan kuli kepada Islam dan umat Islam termasuklah kaum Melayu sejak merdeka hingga sekarang ???

      Padam
    2. Aku baru nak tulis soalan yang sama

      Padam
  2. TSMY mungkin tak cukup kuat, tapi siapa yg lebih kuat dari TSMY sekarang ni. Apakah Anwar, TunM atau KuLi lebih kuat?
    Ambil Pengajaran kes Perak. Apakah umno nak minta maaf sekali lagi, atau memang ahli politik nak gadai nyawa rakyat seperti di Sabah dgn pru baru.
    DYMM yg lantik PM. Masih nak pertikaikan apa.

    BalasPadam
  3. Kita TENGOK aje permainan POLITIK BADUT2 TUA...sejauh mana BADUT2 TUA ni MENGAPAI IMPIANNYA...

    BalasPadam
  4. anwar dengan 13 sdnya, mahadir dan ku li berpakat diparlimen untuk gagalkan bajet 2021 dan gulingkan pn, semua tua2 belaka, inilah pepatah melayu semangkin tua semangkin menjadi2, kubur kata mari dunia kata pergi(mati) tapi nafsu kata tidak hidup tak puas lagi, masih mahu kuasa lagi, generasi muda masih nak jadikan idola lagi ke, semua mp digesa sokong bajet 2021 untuk negara, rakyat dan islam

    BalasPadam
  5. ni semua spisis babi

    BalasPadam
  6. Kalau Ku Li mungkin ada MP UMNO akan ikut ttp bile dengan Saka Tua baik kekalkan dan kukuhkan kerajaan PN ni

    BalasPadam
  7. Serabut aku dengan puak-puak tua nak mampus ni.Tak ingat lubang kubur.Kita kena berpecah.Kita kena angkuh,kita kena sombong.Peduli apa orang melayu dan islam.DAP seronok tengok Melayu tua jadi tukang pemecah

    BalasPadam
  8. Tolak umno tolak PH

    Pru kita sokong PAS DAN PN
    Humbankan pemimpin umno yang korup.
    Pemimpin umno yang ikhlas sila masuk bersatu atau PAS.
    Kami sokong inshaAllah..

    Kami serasi dgn pemerintah PN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry la bro. UMNO ada lbh 3 juta ahli tolak beberapa pemimpin korup jika terbukti UMNO masih relevan dgn akar umbi yg kukuh nak masuk Bersatu yg tiada akar umbi atau PAS? Menulis lah dgn fakta

      Padam
  9. Memang betul orang tua x Sadar dek untung ...hahahahahahah..

    BalasPadam