Header Ads

ads header

Flash News

Lantikan Exco Perak dari PAS terserah kepada perkenan Sultan Perak, kata Saarani


IPOH:
Lantikan Exco daripada PAS dalam kerajaan negeri Perak hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Beliau yang juga Ketua Umno negeri berkata pihaknya hanya boleh mencadangkan nama Exco mengikut kesesuaian tetapi hak untuk memperkenan lantikan itu terletak pada kuasa mutlak Sultan Perak.

“Kita akan penuhkan (jumlah Exco) sebagaimana sebelum ini dan bila sampai masanya pelantikan itu akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas secara rasmi memasuki pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, majlis pelantikan lima Exco berlangsung, tanpa membabitkan wakil PAS. Yang dilantik sebagai EXCO adalah empat ADUN Umno dan seorang dari PPBM.

Kelima-lima mereka dan Saarani mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

PAS mempunyai tiga ADUN di Perak.  Dua daripada mereka sebelum ini memegang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri pimpinan Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan presiden PPBM itu terpaksa meletak jawatan sebagai MB setelah ADUN Umno dan Pakatan Harapan menolaknya dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Saarani berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan membuat sedikit pengubahsuaian dan penambaikan kepada barisan EXCO negeri mengikut kesesuaian semasa.

“Itu pun saya akan buat kajian semula sebab berasaskan kepada 9 bulan yang lalu sudah tentu kita akan membuat kajian tentang kesesuaian (EXCO).

“Mungkin ada pengubahsuaian kepada portfolio dipegang bagi tujuan memperbaiki kalau ada kelemahan sepanjang tempoh 9 bulan yang lalu,” katanya.

Saarani berkata, beliau juga akan mengadakan mesyuarat pertama EXCO Isnin ini diikuti perjumpaan bersama semua ADUN keesokan hari untuk memberi taklimat belanjawan sebelum pembentangan dibuat pada sidang DUN hari Rabu.

Beliau sendiri akan membentangkan belanjawan kali ini serta membuat penggulungan oleh kerana lantikan Exco belum selesai sepenuhnya.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dalam kenyataannya, yakin parti itu tidak akan ditinggalkan dalam pelantikan EXCO Kerajaan negeri baharu.

Beliau yakin semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terjalin antara PAS dan UMNO akan terus kekal.

PAS sebelum ini, mengambil ketetapan tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu di Perak, namun kelmarin, menyatakan sokongan terhadap Saarani sebagai menteri besar.

MR : Mungkin exco cadangan PAS, sultan tak setuju... maybe?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. InsyaAllah Sultan akan memperkenankan perlantikan dua Exco drpd PAS dalam sesi lantikan kali kedua nanti. Ia bagi mewujudkan kesepakatan dan harmoni dalam penyatuan ummah di dalam sebuah keluarga Perikatan Nasional.

    BalasPadam
  2. wakil exco daripada pas WAJIB ada, ini bukti kerajaan PN perak tertubuh hasil kesepakatan tiga parti utama iaitu umno , ppbm dan pas. Sekiranya tiada exco mewakili pas,,maka ini akan buka ruang untuk pee hancing memfitnah. Lagipun, bagaimana pas mahu memberi sumbangan lebih efektif kpd negeri perak jika tiada wakil pas dlm exco? Jumlah exco,,yg munasabahnya ialah satu sahaja,,memandangkan jumlah 3 sahaja adun Pas...

    BalasPadam