Header Ads

ads header

Flash News

Majlis Presiden Perikatan Nasional akan ditubuhkan kata Muhyiddin



Perikatan Nasional (PN) pada Khamis telah bersetuju untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua presiden parti dalam kerajaan PN.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi muat naik status di Facebook rasminya malam tadi.

“Malam ini, telah berlangsung majlis perjumpaan ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang telah dihadiri oleh pemimpin daripada semua parti.

“Saya berasa amat gembira dapat bersua muka dan berbincang dengan rakan-rakan Presiden dan wakil-wakil parti mengenai pengukuhan kerjasama politik antara kami untuk memastikan kestabilan politik negara serta menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

“Kami telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai oleh semua Presiden parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional sebagai wadah penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti,” kata beliau yang juga Pengerusi PN.

Menurut Muhyiddin, beberapa langkah ke hadapan termasuk penubuhan Sekretariat Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN turut dibincangkan dan dipersetujui.

Selain itu, penggubalan piagam antara parti juga akan dibincangkan di peringkat parti masing-masing serta persiapan untuk pilihan raya akan datang.

“Majlis Presiden akan bertemu lebih kerap dengan pertemuan pertama pada awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan COVID-19 dan penyediaan RMK-12,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Harian, ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Haji Awang Tengah; Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Edward Dagul.

Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Paul Igai; Setiausaha Agung MIC, Datuk Asojan Muniyandy dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi juga hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

MR : Menangis geng terpinggir UMNO dan cybertropper mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. saya mat sabu dh gueng akan tetap bermain mata...yg penting kami berkuasa semula..

    BalasPadam
  2. Forming, storming, norming, performing.

    BalasPadam