Header Ads

ads header

Flash News

Mana Hilang Setiakawan Umno?


Kerana pengaruh kuasa, kepentingan setiakawan sebagaimana janji seperti sudah tiada nilai. Adakah UMNO menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan mereka. Siapa yang patut dipersalahkan kerana mewujudkan langkah sehingga menentang undi percaya terhadap Faizal Azumu semata-mata nak merebut jawatan.

Takkan UMNO sanggup ketepikan PAS, menidakkan BERSATU yang boleh menyatupadukan Melayu tetapi memilih bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu. Malah lebih menyedihkan jika UMNO sanggup bekerjasama dengan parti komunis  DAP.

UMNO perlu ingat yang PAS juga punya matlamat dan tidak selamanya berdiam diri. Jangan sampai PAS yang menguburkan Muafakat Nasional dek kerana cara perjuangan UMNO. Mana janji taat setia untuk mengenepikan isu politik dikala negara dilanda pandemik.

Apa gunanya capai kesepakatan kalau sebelah pihak bergerak sendiri tanpa ada perbincangan dan membawa halatuju yang bercanggah. Semoga perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas dan kebijaksanaan diperlukan untuk mengekalkan apa yang telah diperjuangkan tidak menjadi sia-sia.

UMNO nampaknya perlu muhasabah diri, fikir masak-masak, siapa kawan sebenar, siapa lawan sebenar.

farhan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. PAS DAN UMNO 60 TAHUN BERMUSUHAN BOLEH BERDAMAI KERANA ALLAH.. .TETAPI UMNO DAN BERSATU BERMUSUH SEMASA DAN SELEPAS PRU SUKAR BERDAMAI KERANA EGO/DENDAM/HASUTAN/FITNAH/KUASA/ADU DOMBA YANG SEMUA ADALAH BISIKAN SYAITAN...sebab itu PAS ambil pendekatan memegang erat tangan UMNO dan BERSATU dibawah payung ISLAM.rujuk ALhujarat ayat 10..tetapi PAS tetap dipersalahkan

    BalasPadam
  2. Jika suatu parti nasionalis berani mengkhianati parti bumiputera, maka tidak mustahil parti nasionalis mungkin akan mengkhianati parti Islam pada suatu masa nanti.

    Maka parti Islam perlu berhati-hati dengan parti nasionalis yang sanggup menggulingkan sekutu sendiri kerana parti Islam sendiri pernah menjadi mangsa kerakusan parti nasionalis menyebabkan kerajaan parti Islam tumbang.

    Jangan biarkan ular yang sama dari lubang yang sama mematuk parti Islam berulang kali atau sejarah lama berulang kembali.

    Orang bodoh sahaja yang percaya pada janji pengkhianat kerana pengkhianat akan mengkhianati janjinya sendiri tanpa sebarang keraguan atau perasaan malu kerana agenda peribadi pengkhianat adalah lebih penting dari sekutu.

    Firman Allah SWT yang bermaksud :

    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    (An-Nisaa' 4:105)

    BalasPadam
  3. Angkuh dan sombong UMNO masih belum berubah.Lagak abang besar dan Malaysia ni malaysia punya.Boleh buat sesuka hati

    BalasPadam
  4. Tulah umno memang lupa diri...
    Padahal bape lama umno dah memerintah??hampir 60tahun..takkan tak puas2??kenapa disaat covid,rakyat tengah susah,time ni jugaklah nak rampas kuasa..mana pegi akal yg Allah anugerahkan??tak rasa bedosa ke bila mengkianati orang melayu dengan menjatuhkan orang melayu?
    Apa guna umno kalo dengan orang melayu nak sialang

    BalasPadam
  5. Masalahnya sebenarnya mudah diselesaikan tapi sengaja nak cari jalan susah.. semua pihak dalam PN kene berlapang dada dan ikut karma alam.. siapa menang kerusi paling byk dialah yg layak jadi ketua.. takkan itu pun susah nak paham dan hadam.. lainlah kalau dalam UMNO tu takde cerdik pandai atau semuanya kafir.. so dalam kes Perak dah terang2 UMNO paling byk kerusi so bagilah MB kat UMNO kan senang.. so punca masalah ni sebenarnya dari Bersatu.. sibuk nak jadi ketua walaupun jumlah kerusi ciput.. tu yg puak2 UMNO tak puas hati.. PAS pun bangang sama.. UMNO dah cakap dah kerajaan akan dikekalkan cuma MB je tukar.. bukan tukar dgn orang bodoh atau kafir.. so ape masalahnya nak boikot?? dulu nak dirikan PN kemain cakap demi Melayu demi Islam.. so tak kisahlah MB tu siapa.. yg penting melayu Islam dan tak bodoh.. setiakawan akan dihormati sekiranya hukam alam ini difahami.. penyokong2 PN pun sepatutnya takde yg terkejut dan terkentut.. bukan ke penyokong2 cuma nak kerajaan melayu dan Islam??. so kene berlapang dada.. yg nak tukar cuma MB.. dan pastinya MB baru bukan bangsa lain.. tetap melayu.. tetap Islam..

    BalasPadam