Header Ads

ads header

Flash News

Mengikut Maklumat Presiden PAS mohon menghadap Sultan Nazrin, istana belum tetapkan tarikh


Presiden PAS Abdul Hadi Awang memohon menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan istana memberitahu bahawa belum ada tarikh yang ditetapkan.

Semalam, Hadi mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.

Surat yang turut menyatakan niatnya untuk memberitahu Sultan mengenai "situasi politik yang melibatkan PAS".

Ini berlaku setelah Adun PAS Perak tidak hadir untuk sesi menghadap yang dijadualkan dengan Sultan Nazrin pada hari Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik mengenai calon menteri besar yang baru.

Laman web berita The Vibes memetik sumber dekat kepada Hadi yang tidak disebutkan namanya sebagai berkata bahawa Hadi memohon menghadap Sultan untuk "memohon pengampunan".

PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk "menangguhkan" menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru.

Ia menolak tuduhan bahawa ketidakhadiran itu merupakan tindakan derhaka terhadap sultan.

Setelah Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu digulingkan sebagai menteri besar minggu lalu, pimpinan PAS Perak pada mulanya mengumumkan tidak akan menyertai pembentukan kerajaan negeri yang baru.

Bagaimanapun, pendirian parti itu berubah setelah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf kepada Bersatu dan PAS atas tindakan menggulingkan Faizal sebagai menteri besar.

Perkembangan itu membuka jalan bagi Saarani untuk mengangkat sumpah sebagai menteri besar semalam.

Ini menandakan upacara mengangkat sumpah menteri besar Perak yang ketiga sejak pilihan raya 2018. Titah Sultan Nazrin, ia mencerminkan kegagalan dalam kepemimpinan.

Kumpulan pertama exco kerajaan negeri juga dilantik semalam - dianggotai oleh empat wakil Umno dan satu wakil Bersatu.

Walaupun PAS belum berada dalam barisan exco, Umno, PAS dan Bersatu mempunyai persetujuan mengenai pembahagian jawatan di kerajaan negeri.

Perlembagaan Perak membenarkan kerajaan negeri mempunyai 10 anggota exco.

MR:  Presiden PAS mempunyai hubungan sangat rapat dengan Sultan Azlan ayahanda Sultan Nazrin, tapi kadangkala pergolakan politik membuatkan macam-macam berlaku



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Mainan politik pas tidak mencerminkan politik islam. Islam mengajar kita mempermudahkan sesuatu urusan. Tapi pas,,bila faizal azumu hilang kepercayaan,,maka pas sepatutnya tunggu dan lihat dan bertanya khabar sesama umno dan ppbm ( rakan sekutu dlm kerajaan PN Putrajaya ),,apa perancangan berkaitan isu bentuk kerajaan dan melantik MB baru bagaimana? ini tidak,,su pas yg saya nampak dah dua kali buat statement yg cukup bodoh. Pertama, isu penyertaan pas dlm prn Sabah. Su pas, mendahului presiden. Kes perak, satatement bodoh beliau ialah " pas tak akan sertai pembentukan kerajaan baru "...bodoh berganda2. Apa erti pas bersama umno dlm MN? Hasil kenyataan su pas,,umno telah difitnah mcm2 , dan umno menjadi kebingungan. Bagaimana nak bentuk kerajaan jika pas tidak beri kerjasama? sehingga ada yg menuduh umno akan berpakat dgn dap untuk tubuh kerajaan. Hello,,,aku nak habag kat hangpa,,yg dok menjilat dap ini ialah pas dan ppbm dan pkr. UMNO,,,umno sama sekali tidak akan bekerjasama dgn dap. Yg tiga org adun pas tidak hadir ke istana tu apa cerita ? tak ke bodoh namanya tu....sehingga nak kena mohon mengadap sultan dan mohon maaf. Akhirnya,,sertai jugak pembentukan kerajaan,,,memang pas ni,,flip flop,,cakap berdegar jadikan alquran dan sunnah sebagai rujukan. Namun,,aku ucap tahniah kpd presiden pas yb tgha kerana beliau membuat keputusan sokong saarani sebagi MB baru, dan buat keputusan pas pertahankan kerajaan PN Perak,,dan sanggup bertemu menghadap ym sultan Nazrin memohon maaf diatas ketidak hadiran 3 adun pas tempoh hari. Kepada su pas dan 3 adun pas tadi,,phui....hangpa memang mangkuk hayun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu ulasan yang tak masuk akal dan hanya mahu melaga-lagakan UMNO dan PAS.
      Sorry lah your strategy tak menjadi.

      Padam
    2. Betul...ulasan dari seorang macai mangkuk hayun.Yang khianat dan kegagalan orang politik sepertimana titah sultan perak ialah kerana mangkuk hayun umno yang haloba.Tiga adun pas perlu menunggu keputusan parti pas pusat sebelum mengadap tuanku sultan.Yang buat onar bukanlah adun pas tapi adun mangkuk hayun umno

      Padam
    3. Puak RBA bangsat sibuk menjilat kepala bapak kafir harbi roket dan menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam kerana puak RBA adalah musuh Islam.

      Padam
  2. Cukup-cukuplah seorang barua mangkuk hayun ternakan puak kafir harbi biaDAP menyamar sebagai barua kerus telanjang dan sembang lebat menulis komen panjang berunsur fitnah untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan melaga-lagakan parti Melayu dengan parti Islam dan parti bumiputera.

    Islam mengharamkan pengkhianatan tetapi barua ini menulis komen panjang berunsur fitnah untuk menghalalkan pengkhianatan maka sudah jelas barua ini menentang ajaran kerana sama ada dia munafik atau kafir harbi. Hukum menghalalkan yang haram adalah murtad atau terbatal iman.

    Kita sangat memahami puak barua dan tuan kafir harbi mereka merasa sangat kecewa kerana rancangan mereka telah gagal:

    (1) memecah-belahkan dan melemahkan perpaduan umat Islam dan memusnahkan kerjasama antara parti Melayu, parti Islam dan parti bumiputera,

    (2) memerintah negeri Prk,

    (3) melaksanakan agenda hak milik tanah 999 tahun untuk puak mereka dll.

    Barua sembang lebat babi ternakan abang besar roket pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Porrahhhhh.

    BalasPadam
  3. Ayoh Chik... IDOLA

    BalasPadam
  4. Sudah2 lah berpolitik.dok tuduh macam2.kita duduk Dalam satu negara.penat guru2 kat sekolah ajar penting semangat perpaduan.tapi Kita yg dewasa dok API API kebencian sesama sendiri.
    Belajar Dari kesilapan.

    BalasPadam