Header Ads

ads header

Flash News

MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak


Ahli majlis tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

"Sebulat suara," katanya apabila ditanya berhubung perkara itu.

"Ya, betullah tu," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu apabila ditanya sekali lagi sebagai pengesahan.

Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) di bangunan PWTC,  malam ini.

Kebanyakan ahli MT yang hadir enggan mengulas pertanyaan pemberita apabila ditanya mengenai perkembangan mesyuarat malam tadi.

Saarani antaranya hanya menjawab: "Tunggu esok."

Bung Radin Moktar pula berkata mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan parti serta membincangkan perhimpunan agung Umno yang akan datang.

Mesyuarat itu diadakan selepas Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dan Timbalan Presiden Bersatu disingkirkan sebagai menteri besar Perak baru-baru ini.

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya, manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata parti itu telah membincangkan tentang senario politik di Perak.

"Mesyuarat memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional negeri Perak yang melibatkan Adun Umno, PAS dan Bersatu perlu terus dipertahankan," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan