Header Ads

ads header

Flash News

PAS akan terus menjadi pendamai


SEKIRANYA kita mengamati pertembungan di dalam PN. Ternyata PAS memang memainkan peranan sebagai pendamai antara parti Umno dan BERSATU. Tidak melampau jika kita katakan bahawa Presiden PAS adalah ‘king maker’ di dalam membawa dua kelompok tersebut untuk duduk berbincang.

Keikhlasan beliau untuk melihat parti-parti ini bersama memang tidak disangkal. Beliau jelas melihat kemudaratan yang akan berlaku kepada negara jika parti Islam dan Melayu terus berpecah. Anehnya, orang Melayu jika mereka tidak bersetuju dengan sesuatu parti. Mereka akan menubuhkan parti baru. Inilah yang melemahkan Islam.

Malangnya, sikap beliau yang konsisten ini tidak diwarisi oleh sebahagian kita. Bahkan, parti-parti lain masih kekal melebarkan jurang sesama mereka. Media sosial mereka menjadi medan untuk menyerang sesama sendiri. Sepertinya mereka telah lupa mengenai 22 bulan PH memerintah Malaysia. Mereka inginkan keadaan itu berulang semula.

Beliau sangat memahami mengenai besarnya faedah jika parti-parti ini bersatu dan bersama. Sehingga beliau menitikkan air mata mengenangkan peristiwa pembentukan MN dan PN. Tidak melampau juga jika kita katakan bahawa Umno menerusi page FB Asyraf Wajdi dan Najib Razak begitu gemar bermain api menyerang BERSATU.

Kerana itu saya melihat Umno sebenarnya tidak akan melemahkan lututnya di hadapan BERSATU. Bagi Umno, merekalah yang sepatutnya menjadi abang dalam taawun ini. Semua parti mesti patuh kepadanya. Bahaya sikap ingin menguasai yang lain di dalam taawun seperti ini. Sudahlah BERSATU dan Umno.

Berdamailah kalian.

ABDUL RAZAK RAMLI



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


21 ulasan:

  1. Kalo nak jd pendamai, kerusi yg paling byk la yg mesti memimpin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya barua meno dan RBA setuju puak yang mempunyai paling banyak kerusi dan telah atau sedang didakwa di mahkamah mesti jadi pemimpin.

      Bukankah tibdajan melantik perompak menjaga rumah kita adalah tindakan bodoh berlapis-lapis ???

      Padam
    2. Pembetulan komen 12:01

      Bukankah tindakan melantik perompak menjaga rumah kita adalah tindakan bodoh berlapis-lapis ???

      Padam
  2. Tolongle jangan jadi syok sendiri lebai woii. kalau lebai tak bagi muka kat bunga tak jadi le macam ni. Lebai tolong le sedar diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah puak RBA meroyan histeria kerana bimbang parti Islam mendamaikan dua parti Melayu.

      Padam
  3. Betul sesangat kaedahtu...
    Molek bebenor...

    Tapi PM sekarang diangkat lebih dahulu sebelum diwujudkan kabinet dengan menteri2 lain.
    Waktu tu AMNO setuju ke tak?
    Presiden AMNO setuju, kan!

    Kalau dah semua setuju, Tak kan lepas angkat sumpah jadi PM lepas tu PM sekarang nak letak jawatan, nak bagi kat AMNO, sbb AMNO ramai ?


    Lagi 1...
    Kalau nak jawatan PM cakap la awal2... kan senang...
    Kalau dah cakap awal2 dan semua pakat tak setuju, boleh serah balik kat PH jadi kerajaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kena dah..pengkhianat dikhianati. Allah bayar cash atas dunia.

      Padam
  4. Puak Pee H pimpinan roket dan RBA benci parti Islam sebab parti Islam cuba mendamaikan dua parti Melayu dan menyatupadukan kaum Melayu.

    Puak rasis ini mahu kaum Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

    BalasPadam
  5. Puak nasionalis mendabik dada konon merekalah 'pejuwang' yang membela hak kaum Melayu tetapi hari ini kemunafikan puak nasionalis telah terdedah apabila mereka berskandal dan bersekongkol dengan puak kafir biaDAP dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap Islam dan umat Islam terutamanya kaum Melayu.

    Sebilangan pemimpin nasionalis telah atau sedang dibicarakan di mahkamah kerana didakwa terlibat dalam skandal yang merugikan rakyat dan negara. Bukankah ini menunjukkan puak nasionalis ini tidak mempunyai integriti dan tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ?

    Maka tidak hairanlah kaum Melayu masih hidup miskin walaupun negara sudah lama merdeka tetapi kroni kafir puak nasionalis semakin kaya raya kerana kaum Melayu dikencing oleh wayang puak nasionalis.

    Maka gabungan parti nasionalis dengan dengan puak Pee H adalah seperti pinang dibelah dua dengan kapak kerana mempunyai ciri yang sama iaitu kencing rakyat. Bahkan puak nasionalis pernah mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutunya dan sekarang puak nasionalis telah mengkhianati parti bumiputera yang menjadi rakannya.

    Puak biaDAP sangat gembira kerana mendapat kuda tunggangan pakai buang yang boleh digunakan untuk mengkhianati kaum Melayu.

    Rakyat yang cerdik akan tetap menolak mereka dalam PRU yang akan datang.

    BalasPadam
  6. Betul ke PAS parti Islam?
    a) PAS telah berjanji bersama UMNO dalam MN sekarang ini. Malangnya PAS ingin bermain dua kolam iaitu MN dan PN. UMNO tidak ada dalam PN. Cuba lihat sikap PAS terhadap UMNO di Perak yang membawa maksud PAS lebih cenderung kepada PN. Jangan beranggapan bahawa ahli dan pemimpin UMNO tidak mengkaji sikap dan tingkah laku PAS sejak dulu lagi.
    b) Semua orang tahu UMNO yang mengajak PAS bersama dalam MN. PPBM cuba melayan UMNO yang menyokong PM dari PPBM dengan tidak membalas budi UMNO dalam kerajaan sekarang. Kerusi UMNO lebih banyak berbanding PPBM yang berumur sebulan jagung sudah berlagak kononnya PPBM mengatasi kemampuan UMNO/BN dalam urusan pentadbiran kerajaan.
    c) PAS tidak ada maruah mengaku parti Islam tetapi melanggar janji bersama UMNO dalam MN apabila mementingkan PN berbanding MN.
    d) Dalam kenyataan media SUA PAS mengatakan bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang diketuai oleh MB dari UMNO tetapi bertindak menyokong semata-mata. Apa maknanya ini jika itu tanda PAS lebih cenderung kepada PN.
    e) Dalam sejarah PAS tidak pernah menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan, tetapi dengan berkat kejatuhan dan tumbangnya PH yang khianat, PAS langsung tidak berterima kasih ketika bersatu dengan UMNO dalam MN yang membawa PAS menyertai kerajaan persekutuan. Apa gelaran kita nak panggil PAS? Kau tahukah apa prestasi menteri-menteri PAS? Bagus? Terbaik? Tercorot?
    f) Dikatakan PAS dan PPBM dalam PN memandang rendah terhadap UMNO yang menyokong kedua2 parti dalam pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri pada halnya UMNO /BN mempunyai kerusi yang banyak dengan layanan kelas kedua bawah.
    g) Siapa yang khianati UMNO/BN sebelum dan selepas PRU14 yang menjadi keadaan politik sekarang berada dalam kucar-kacir? Tak boleh berfikirkah sebelum UMNO/BN jatuh pada PRU14 kedaan politik lebih stabil berbanding sekarang?
    h) Ini semua berpunca dari kejatuhan UMNO/BN akibat FITNAH YANG BERLAKU SEJAK 1998. Awak tahu apa hukumnya fitnah dalam Islam? Akhirnya yang terkesan ialah negara ini yang rakyat bertambah susah akibat BALA wabak penyakit dan ketidakstabilan politik sekarang ini yang dikatakan BALA oleh PAS sebelum berada dalam MN. Malangnya UMNO yang dituduh pengkhianat dan gila kuasa sedangkan PAS dan PPBM tanpa sokongan UMNO/BN tidak akan menjadi kerajaan persekutuan dan negeri.
    i) Dasar UMNO ialah no Mahathir, no Anwar dan no DAP. Jika PPBM dan PAS melampaui kerjasama dan memandang rendah jasa dan kemampuan UMNO/BN selama ini, hanya ucapan good bye buat mereka.
    j) Berkaitan dengan PENGKHIANATAN, semuanya berpunca dari kerajaan yang diterajui oleh PH yang merugikan negara ini seperti penjualan aset kerajaan dan agensinya, membatalkan projek, ekonomi merosot teruk dan pentadbiran yang kucar-kacir yang menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik secara mendadak. PPBM yang berada bersama PH masa itu tidak pernah berusaha membetulkan keadaan setelah menerajui kerajaan ketika ini seperti penjualan aset TH dan undang2 negara hingga berlaku kezaliman. Siapa yang patut disalahkan?
    Jangan anggap ahli UMNO tidak mengkaji tentang PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 hingga sekarang? Saya bersetuju jika UMNO ingin tarik diri menyokong PN yang derhaka ini supaya mereka tahu siapa sebenarnya yang khianat?
    Awak tahukah apa sebabnya MB Perak Bunga tumbang? a) Jual aset negeri b) Membelakangkan UMNO yang menjadi sebahagian dari kerajaan negeri berkaitan urusan pentadbiran negeri c) Melantik seorang ADUN UMNO tanpa berunding dengan UMNO d) Tidak mengenang budi atas sokongan UMNO di kerajaan persekutuan dan negeri
    UMNO ini umpama lebah, jadi jangan jolok sarang lebah nanti buruk akibatnya (sengat) tetapi hasilnya (madu) akan diberi kepada rakyat.

    BalasPadam
  7. Cerita dia macam nie 👇

    UMNO : Tuan speaker, kami cadang nak bawa usul SOKONG MB PEJA ni. 🏃

    SPEAKER : Boleh sila bentang.

    PAS/BERSATU : Sokong.

    PAS : Kesemua Adun kami sokong usul YANG DIBAWA UMNO, atas semangat muafakat kami bersama.👳

    Tidak lama kemudian,

    UMNO : Kami tolak usul yang kami sendiri bawa.💩

    UMNO : Pas khianat, gila kuasa, main dua kolam, lupa diri!!🐄

    Aik, PAS sokong usul yang hangpa bawak je, tapi kena hina macam-macam, what the fish?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketua Menteri Sabah adalah PBBM sebab PN ada majoriti kerusi.
      UMNO akur.
      PAS menteri besar Kedah sebab PAS ada banyak kerusi.
      UMNO akur
      Perak pula UMNO paling banyak kerusi.
      Tapi bila UMNO nak jadi MB, PAS dan PBBM bangkang?
      Nampak tak?

      Padam
    2. Banyak tanah rizab Melayu terlepas ke tangan puak pendatang di zaman um-No memerintah apa cerita ? Memang patutlah mereka bangkang um-No !

      Padam
    3. helo.... jemin video apa cerita? nampaknya Pas macam redha aje elephant fight elephant. there you have it folks, parti isle

      Padam
  8. Musuh parti Islam telah menulis komen bodoh berlapis-lapis untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana:

    (1) Parti Islam tidak menyokong tindakan puak nasionalis yang gila kuasa melakukan pengkhianatan terhadap sekutu dan rakan dengan merampas kuasa. Tindakan pengkhianatan puak nasionalis ini bertentangan dengan semangat muafakat yang dipersetujui sebelum ini.

    Bahkan parti Islam sendiri pernah dikhianati oleh puak nasionalis sehinggakan kerajaan parti Islam tumbang kerana kerakusan puak nasionalis sendiri.

    (2) Parti Islam berusaha mendamaikan dua parti Melayu untuk mencegah perpecahan kaum Melayu yang boleh melemahkan politik Melayu dan menguntungkan politik puak kafir harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam di waktu mereka berkuasa dahulu.

    (3) Parti Islam telah menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan parti Islam dan berjuang untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam maka ia adalah parti Islam tulen.

    Semua parti tempatan lain termasuk parti pandapigs 'bala untuk seluruh alam' adalah bukan parti Islam kerana mereka mempunyai perlembagaan sekular atau liberal dll.

    Tindakan parti Islam berusaha melaksanakan ajaran Islam seperti amar makruf nahi munkar amat dibenci oleh puak kafir harbi, puak liberal, puak sekular dan puak pluralisme yang sangat cintakan kemungkaran dan kesesatan.

    Tindakan parti Islam adalah sesuai denfan ajaran Islam jerana parti Islam menentang tindakan parti nasionalis mengkhianati sekutu dan rakan dan tindakan parti kafir harbi biaDAP menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Kesimpulan:

    (1) Maka tindakan parti Islam menolak 'matlamat menghalalkan cara jahat' adalah tindakan yang wajar dan sesuai dengan ajaran Islam.

    (2) Puak nasionalis, puak kafir harbi dan khadam liberal mereka menganut ideologi 'matlamat menghalalkan cara jahat' dan 'pecah dan perintah' yang sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    BalasPadam
  9. Isu UMNO selalu menyatakan kpd parti rakan dalam PN agar hormatilah kami sbb kami Abang Besar kami lebih Dominan kami ada lebih Majoriti dan kami mahu jawatan kabinet yg setimpal serta lebih ADIL..

    Baru2 ini UMNO sudah pun pinda perlembagaan parti, letak ISLAM di depan. Setakat ini sudah ke UMNO rujuk AQ & Sunnah sbg jalan penyelesaian terutama dalam agenda Perpaduan Melayu Islam..???

    Antara pindaan dibuat membabitkan fasal 3 perlembagaan itu dengan meletakkan agama ISLAM di hadapan bagi asas dan tujuan dalam perjuangan parti Melayu berusia 73 tahun itu.

    Pindaan itu selaras dengan kedudukan ISLAM sebagai agama persekutuan bagi negara ini.

    Sebelum ini Fasal 3 Perlembagaan UMNO berkenaan asas dan tujuan menggariskan 'UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita KEBANGSAAN MELAYU demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.

    PAS boleh terima PAN

    UMNO tak boleh terima PPBM..???

    Perpaduan umat mestilah berdasarkan acuan Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagaimana Pan taat setia pada dapigs begitulag Pas taat setia tahap meroyan pada abah cow. Taat membabi buta n sokong mengkhinzir buta. itu lah prinsip lebai Pas. Lepas tu cover line dengan "penyatuan ummah". pegi mampos le.

      Padam
    2. RBA menulis dakwaan karut terhadap Pas tanpa sebarang bukti maka dakwaan RBA adalah fitnah.

      Padam
    3. Kerana upah dedak haram cap roket, anjing kurap ternakan puak kafir harbi sanggup menfitnah dan memburuk-burukkan Pas dan ajaran Islam.

      Hanya puak yang tidak bermoral seperti puak RBA, puak roket dan khadam liberal mereka dll menyokong dan menghalalkan pengkhianatan yang diharamkan oleh Islam.

      Padam
    4. Bila UMNO Kena Main Dengan PPBM, Lebai Kata Itu Takdir. Ada Hikmahnya. Period.
      Bila PPBM Kena Main, Lebai Kata Itu Satu Pengkhianatan. Buat Propaganda Tuduh UMNO Khianat, Bersekongkol Dengan DAP
      Bila PAN Bersetuju Nak Kerjasama Dengan UMNO Di Perak Terus Lebai Tazkirah Pasal Setiakawan.

      Padam
  10. Politik ni maciam maciammm..jgn dok piccaya laaa .ari ni ciakap lain,besok ciakap lain,next week ciakap lain..naik menyampah Haku..

    BalasPadam