Header Ads

Header ADS

PAS diminta pilih bersama MN atau PN kata MB Perak



IPOH,
13 Jamadilawal 1442H, Isnin – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad meminta PAS memaklumkan hala tujunya dengan jelas sama ada memilih untuk bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ia bagi mengelakkan situasi seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu di mana PAS tercicir daripada gabungan.

“Semasa PRN Sabah, di Sabah tidak ada MN, di Sabah hanya ada PN. Sebab itu, akhirnya kita dapati PAS tercicir. Ia barangkali mengharapkan MN, sedangkan di Sabah tak ada MN, tak ada (kerjasama) PAS dengan UMNO di Sabah.

“PAS sepatutnya pada waktu itu berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebab ia di dalam PN. Ada PN di Sabah.

“Kalau tak ada hala tuju jelas, takut PAS tercicir, macam yang berlaku di Sabah. Jadi, PAS kena jelaskan,” katanya.

Selain itu, Saarani berkata, penjelasan pendirian PAS juga dapat memudahkan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat perancangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin perlu tahu mana-mana kawasan yang terlibat secara langsung dalam sebarang bentuk kerjasama,” kata Saarani.

Sabtu lalu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, PAS perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama dengan MN atau PN menjelang PRU15.

Ini kerana, setakat ini, parti itu masih belum mempunyai pendirian yang jelas mengenai kerjasama mereka untuk menghadapi PRU15. - WEBIsma

MR : UMNO ni pelik kononnya tak ada MN, habis MN ni gabungan terpilih negeri aje ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. UMNO mula menunjukkan sifat ego dan sombong sejak mendapat talian hayat. Ketika nazak dulu siapa yang menghulurkan dahan untuk berpaut. Tapi UMNO tetap dengan sikapnya yang lama.

    BalasPadam
  2. apa salahnya mb perak meminta penjelasan daripada pas ? adakah hanya dengan bertanya,meminta penjelasan terus dikatakan umno sombong dan ego? lupakah kita, umno di canang sebagai ego,perompak,perasuah dll,,ini semua kerja babi dap dgn bantuan baruwah2 mereka yg terdiri drpd pan dan ppbm serta pkr,,sehingga org melayu hilang kuasa di putrajaya. jgn jadi bodoh menghina bangsa sendiri,,lihat betul2 kenyataan mb perak tu,,,beliau tidak mahu pas tercicir kerusi pada pru15 sebagaimana yg terjadi di prn sabah. ini ego ka??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa meminta penjelasan dari pas apabila semua masalah telah diselesaikan oleh semua pihak ???

      Bukankah ini membuktikan pihak yang meminta penjelasan bersikap hipokrit @ lidah biawak yang cuba menimbulkan isu baharu untuk memecah-belahkan perpaduan ?

      Padam
    2. Bukankah sebilangan pemimpin parti nasionalis Melayu telah atau sedang didakwa di mahkamah kerana kes RASUAH dll ?

      Jika waspasa mahu sembang lebat sehinggakan babi ternakan sifu roket pun boleh terbang, agak-agaklah kerana rakyat sekarang cerdik dan bijak tidak boleh dikencing oleh puak roket dan puak nasionalis.

      Padam
  3. Puak munafiqun @ musang berbulu ayam merasa sangat benci melihat umat Islam bersatu padu dan berkasih sayang. Maka mereka berusaha menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana parti Islam gigih berusaha menyatu-padukan pelbagai parti Melayu dan membina perpaduan kaum Melayu Islam yang kuat dan kukuh.

    Kejahatan puak munafiqun sangat jelas apabila mereka juga telah berusaha memusnahkan Islam dan umat Islam dan mengkhianati Nabi di zaman Nabi dari dalam. Mereka sentiasa berfikir untuk memusnahkan Islam dan umat Islam

    Apabila amanah diberi kepada puak munafiqun, maka tunggulah kedatangan kebinasaan yang akan menimpa rakyat dan negara.

    BalasPadam
  4. Pemimpin nasionalis bodoh sombong gila publisiti dan populariti sengaja mencipta isu untuk memecah-belahkan kaum Melayu Islam maka jadilah ia seperti ayam jantan yang megah berkokok dalam kampung untuk menarik perhatian ayam-ayam lain sedangkan ekornya sendiri bergelumang dengan tahi.

    Puak musang roket ketawa tergolek-golek menunggu oeluang untuk makan ayam.

    BalasPadam
  5. Wow....sebut pas PAS sahaja...mengelupur...sebut pasal sahaja..org lain munafiqun..ye la ..PAS suci murni...Lain la yg lain, perompak,penyamun dsb..Tapi hakikatnya bercita2 makan dua talam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu dah tahu diri tu munafik, jauhilah sifat2 munafik tu, tak perlulah tuduh pas itu ini

      Padam
  6. Wah barua menggelupur histeria apabila usaha tuan munafik sekular mereka memecah-belahkan kaum Melayu dikritik kaw kaw oleh orang ramai.

    Siapakah yang berusaha memecah-belahkan umat Islam jika bukan puak munafiqun atau puak kafir harbi atau barua mereka?

    Sesungguhnya parti Islam itu yang berjuang menegakkan Islam mempunyai rekod yang bersih.

    Sebalik pemimpin-pemimpin parti yang menganut ideologi buatan manusia sesat seperti sekularsme, liberal, nasionalisme, pluraluisme dll terlibat dalam pelbagai bentuk rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dll. Dan sebahagian dari mereka telah dan sedang didakwa di mahkamah.

    Malangnya puak barua penagih dedak yang tidak bermoral sibuk membela pemimpin rasuah dll kerana puak barua tidak percaya pada dosa dan siksaan di akhirat.

    BalasPadam
  7. slogan kata atau propaganda dapig 'melayu lawan melayu' telah mula meresap dalam parti-parti, berhati2lah jangan sampai terbawa2 hingga ke pru 15

    BalasPadam
  8. Ha3...soalan MB Perak ni kalau ketua UMNO cwgn tmpt aku yg tanya ianya satu BERITA yg perlu diberi perhatian.

    Tapi bila MB Perak yg tanya, soalan ni standard lawak cik B oooo....

    BalasPadam
  9. Angkuh dan sombong adalah pakaian umno.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.