Header Ads

ads header

Flash News

Pas masih kekal bersama Muafakat Nasional kata Dr Asyraf


KUALA LUMPUR –
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan kononnya Pas telah membatalkan kerjasama dengan UMNO serta Piagam Muafakat Nasional.
Dalam hantaran di laman Facebook, Asyraf berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan fitnah.

“Khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya PAS membatalkan kerjasama dengan UMNO dan Piagam MN adalah palsu dan fitnah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad yang berkunjung ke pejabatnya petang Isnin telah mengesahkan bahawa Pas tidak meninggalkan UMNO dan Piagam Muafakat Nasional masih kekal.
mn
Foto pertemuan dikongsi di Facebook Dr Asyraf Wajdi.
Perkara yang sama turut disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merangkap Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang turut menyertai kunjungan tersebut.

Kebelakangan ini, ada pihak mendakwa hubungan Pas dan UMNO yang terjalin menerusi Muafakat Nasional retak kerana kononnya parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik diri dari kerjasama tersebut.

Selain Muafakat Nasional, Pas turut menyertai Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu. – MalaysiaGazette

MR : Ini kerja UMNO terpinggir nak rosakan MN demi tembolok mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah Tahniah MOGA dipermudahkan urusan BerAmanah dan bertanggungjawab demi Agama Bangsa DAN Negara

    BalasPadam
  2. musuh2 kpd perpaduan umat melayu , terutama perpaduan pas dan umno,sememangnya mereka ibarat cacing kepanasan. Selama mana pas fan umno bersatu, maka tiada ruang buat mereka merampas putrajaya. Tahniah dr asyraf, saya yakin dgn kebijaksanaan anda. Kepada baruwah2 dap seperti pan, pkr anwar, pejuwang keling, muda lembut tisu koyak,,samada hangpa bertaubat dan berhenti daripada menjadi baruwah kapir,,atau hangoa go to hell...kami org melayu tak kebulug dgn hangpa.

    BalasPadam