Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak derhaka, PAS Belum Buat Keputusan, UMNO Permainkan PAS


Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa parti itu derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selepas membatalkan rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Fairuz Hafiizh Othman, berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menghadap sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri besar di negeri itu.

"Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan rilek je tak sebut apa pun.

"(Ahli Dewan Negara Perak) Annuar Zaini yang mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini.

"PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut," katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.

Dia berkata demikian mengulas tindakan Adun PAS Perak membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin hari ini.



Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadap sultan pada waktu yang ditetapkan.

Menurut Adun Gunung Semanggol itu, PAS langkah itu diambil kerana mereka belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan kepada baginda.

"Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),” katanya.

Bagaimanapun Razman berkata PAS akan mengadap Sultan Nazrin kemudian namun belum ada tarikh ditetapkan.

'Kena main dengan Umno'

Sementara itu, Fairuz mendakwa PAS Perak telah dipermainkan oleh Umno.

"PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini. Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat Melayu Islam khasnya di Perak.

"Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang di bawa Umno di sokong oleh PAS. Malangnya Umno sendiri yang tak sokong usul mereka. Kesian PAS kena game dengan Umno.

"Sudahnya apabila keadaan semakin parah PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan," katanya.

Untuk rekod, pada 4 Disember Ahmad Faizal Azumu disingkir sebagai menteri besar selepas kalah dalam usul undi percaya.

Faizal juga timbalan presiden Bersatu hanya menerima sokongan 10 Adun termasuk tiga daripada PAS.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



22 ulasan:

  1. umNO yang bawa usul percaya TETAPI menolak pula..tuding jari PAS DERHAKA...PAS tidak akan ikut jejak ANWAR MUNAFIK...sssayaa ada nomborrr menyakinkann akhirnya sembah DERHAKA kencing YDPA dn rakyat.PAS sedang memikirkan selesaikan kekusutan ini umpama menarik rambut dalam tepung. umpama duduk rumah yang sama tapi PAS diluar beranda..yang selesa didalam suruh yang luar beranda kemaskan rumah.PAS telah menghulurkan salam perpaduan UKHWAH ISLAMIYAH pada UMno dan Bersatu...terpulang Tepuk dada Tanya IMAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar juga yg kena.. hahaha.. byklah saham akhirat hang pi kat Anwar nanti..

      Padam
    2. Tiba2 nama Anwar yg disebut. Mmg bangang la kau ni

      Padam
  2. Kalah dah berkali2 d permainkan umno tak mustahil mereka akan buat lagi bila tahu pas boleh d bodo2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makang sarung KERIS lah AMNO

      Padam
    2. Arwah TGNA dah pesan, jgn percaya pada UMNO. Tp pemimpin PAS skrg ni gila jawatan. Dh kena kencing pun masih tadah lg

      Padam
    3. pak malau,,adakah pesanan tgna itu menepati tuntutan ugama? ini di antara ajaran sesat pimpinan pas yg disemaikan kpd ahli sejak berzaman. Bukan senang nak memoerbetulkan perkara ini, kerana sudah berakar umbi dlm diri org pas. Alhamdulillah, selepas termetrai piagam MN,,dah semakin kendur. yg kekal berpegang dgn ajaran sesat ini ialah pan,,manakala ahli2 pas,,sekalipun pada dasarnya pas dan berbaik2 dgn umno demi islam dan demi bangsa melayu,,namun, sebilangan ahli pas masih berpegang dgn ajaran sesat ini,,ingat,,islam melarang berburuk sangka sesama sendiri.

      Padam
  3. Pelik,dulu takda rumah kita bersatu supaya dapat rumah. Bila Ada rumah kita berebut nak jadi ketua. Bila takda rumah... Ehh nak anak bergabung semula buat rumah.
    Kenapa runtuhkan rumah yg elok, tak boleh ke sabar hingga masa yg sesuai kalau ya pun nak jadi ketua.
    Kenapa dulu junjung titah raja lantik mb sekarang jatuhkan mb yg raja pilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg itu lah sifat pemimpin UMNO. Org buat semua tak betul. Mereka buat semua betul.

      Padam
  4. Bagi aku ,ambillah menteri besar dari DAP tapi ISLAM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA ternakan parti kafir harbi roket sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menipu kaum Melayu.

      Cukuplah 22 bulan umat Islam dan agama Islam ditindas dan rakyat dikencing hancing oleh puak kafir harbi dam khadam liberal mereka.

      Padam
    2. Huhu.. win komen ko ni.. ko tgk tu penyokong2 PN ni.. mane dia mau kalau dari DAP walaupun Islam.. nampak sgt depa ni sokong hiduo mati demi melayu ja.. demi Islam tu wayang ja.. hahaha..

      Padam
    3. Lagi Bagus Uncle LKS Dia masih TERUNA

      Padam
    4. Harapkan UMNO, melayu tetap kena tipu selamanya

      Padam
  5. umno dia 2 je.
    klau bukan penyangak dia perompak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Projek RM1j. Claim RM4j. Itulah perangai pemimpin UMNO

      Padam
  6. Soalan:

    Apakah jenis orang Melayu yang menjadi barua ternakan parti kafir harbi biaDAP yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam ???

    Jawapan:

    Orang Melayu tersebut adalah tergolong kepada musuh Islam juga maka imannya telah terbatal atau murtad.

    Jika orang tersebut dilantik menjadi pemimpin negeri atau negara, dia pasti akan menjaga kepentingan puak kafir harbi dan mengkhianati Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana pulak dgn PN yg merasuah jawatan pangkat dan duit pada pemimpin2 tertentu demi mengekalkan kuasa?? Apakah Islam jenis ni?? Mereka juga jelas menghina ajaran Islam dan melanggar ajaran Islam yg mereka anuti.. jgn bicara demi Islam kerana dalam Islam tak pernah wujud niat yg baik akan menghalalkan cara yg tidak baik.. adakah tindakan mereka tu juga sama seperti kafir harbi atau lebih teruk daripada tu??? Sepanjang PH memerintah dulu tak pernah pulak aku dilarang mengamalkan ajaran Islam.. tak pernah.. maka kau telah memfitnah dan mungkin kau yg lebih dekat kepada murtad kerana menuduh dgn tuduhan yg tidak benar..

      Padam
    2. Ya setuju. Rasuah dh jg amalan dlm UMNO. Apakah itu yg diajarkan oleh Rasulullah????

      Padam
  7. Tahniah puak2 melayu isle semua. bergasak la cukup2 pas tu berebut nak ber gang dgn dap demi kuasa ye.

    BalasPadam
  8. Mrk ni sebenarnya menyamar sebagai puak2 melayu, nama je macam2 melayu. Tapi sebenarnya mrk ni puak2 yg diternak oleh pandapigs utk jadi cybertrooper memburukkan parti2 melayu supaya mrk berpecah. Jadi senanglah puak2 pandapigs berkuasa semula.

    BalasPadam