Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak sertai pembentukan kerajaan baru di Perak


PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Katanya, keputusan itu selaras dengan tindakan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk tidakmenyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” kata Takiyuddin.

Undi percaya terhadap Faizal sebagai menteri besar pagi tadi gagal selepas hanya 10 Adun menyokongnya.

Timbalan presiden Bersatu itu hanya disokong oleh wakil rakyat partinya sendiri, PAS dan bebas.

Adun PH dan kesemua 25 Adun Umno - sekutu kerajaan - memilih menolaknya, menyebabkan menteri besar baru mungkin akan dipilih.

Setakat ini belum jelas sama ada PN - Umno, Bersatu dan PAS - akan mempertahankan kerajaan atau penjajaran semula politik akan sekali lagi berlaku di Perak.

Umno dan DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak, masing-masing 25 dan 16 kerusi.

Amanah mempunyai lima kerusi, diikuti Bersatu (6), PKR dan PAS masing-masing tiga kerusi dan bebas satu.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Takiyuddin berkata PAS akan terus berperanan “sebagaimana biasa” dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.


MR : Ini titik permulaan hubungan PAS-UMNO akan musnah. Bagaimana MN nak berfungsi di Perak jika UMNO berkerjasama dengan DAP dan PKR dalam selimut?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. takiyuddin hassan ni perosak MN. jika pas tidak sertai oenubuhan kerajaan perak,, apa erti kerjasama dengan umno dalam MN?. Adakah piagam MM hanya sekadar gimik? hakikatnya masih berdendam dgn umno?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..aku x tahu mung ning umno atau rba..
      Kalu umno, mari aku nk kabor mung skit...umno mampus doh masa pru14 tp alhamdulillah pas tolong masa prk dan jadi kjaan bsama bersatu...
      Umno secara sejarah dah berapa lama jahanamkan pas kat kelantan dsn trg...tak payah nak merapu dan cuba play victim

      Padam
    2. sejak bila ni umno dah pandai bermain2 mata dengan dapig ni, dah kelabu asap, dah tak dapat nak bezakan cina mca dengan cina dapig, bak kata orang terlepas mulut biawak masuk mulut buaya yang sedang menunggu mangsa

      Padam
    3. Pas tidak dimaklumkan tentang rancangan itu, maka langkah bijak ialah Pas terus seperti kerjaan dahulu yg wujud dari PN.

      Padam
  2. PAS akan bersama kerajaan baru hanya jika Bersatu bersama kerajaan. Asalkan bukan DAP.

    BalasPadam
  3. Suatu parti nasionalis pernah mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutunya dan sekarang parti nasionalis yang sama telah mengkhianati parti bumiputera yang menjadi sekutunya.

    Oleh sebab itu terdapat kemungkinan parti nasionalis akan kencing parti Islam untuk kali ke-2 maka parti Islam perlu berhati-hati sekarang bimbang pisang berbuah dua kali atau tangan dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang ular yg sama.

    Pengkhianatan telah bermula apabila parti nasionalis menjilat puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA 9:56 nak menyamar sebagai orang Melayu untuk menulis komen fitnah pun agak-agaklah. Cermin muka kamu dulu sebelum memaki hamun orang lain kerana semua maki hamun itu mencerminkan perangai buruk kamu sendiri.

      Simpan sedikit kebodohan RBA untuk keturunan RBA.

      Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu dll oleh puak RBA dan tuan kafir harbi mereka.

      Padam
  4. Sudah2 lah, rba dapigs punya Komen, lebih kpd nak memecahbelahkan kesatuan ummah. Jgn terpedaya dgn hasutan mrk ni. Kita beri je Ketua kerajaan kpd yg berhak. Kalau kerusi Kita sikit, buat cara sikit. Beri sokongan dari belakang. Itu sifir mudah. Cuba Kita berada di tempat mrk, lagi mengamuk sakan.

    BalasPadam