Header Ads

ads header

Flash News

PAS Tarik diri, 3 Pimpinan PH menghadap Sultan Perak esok


IPOH -
Tiga pengerusi parti-parti gabungan di dalam Pakatan Harapan (PH) Perak dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkembangan politik di negeri ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang memaklumkan pertemuan tersebut akan diadakan di Istana Kinta jam 11 pagi.

Katanya, selain beliau, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi akan turut sama menghadap Sultan Nazrin.

"Esok tiga pengerusi parti PH akan menghadap Sultan Perak dan akan berbincang dan meminta nasihat daripada Tuanku tentang peranan yang boleh dimainkan PH dalam situasi politik di Perak," katanya ringkas kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Farhash Wafa Salvador mengakui pernah bertemu dengan pimpinan UMNO sebelum ini dan mengetahui lebih awal mengenai usul undi percaya kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faiza Azumu.

Katanya, secara dasarnya memang PKR Perak menyokong gerakan untuk menumbangkan Ahmad Faizal bagi menyelamatkan pentadbiran negeri ini.

Ditanya sama ada PH Perak akan berbincang lanjut tentang situasi politik yang melanda negeri ini, beliau menjelaskan ketiga-tiga parti itu sering berhubung antara satu sama lain.


MR:  UMNO boleh bergabung dengan PKR dan DAP untuk bentuk kerajaan Perak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Pkr adalah parti yg memecah belahkan perpaduan umat melayu Islam...parti pkr juga tiada ruh melayu dan Agama...mereka tiada arah tuju dlm membena bangsa dan Agama...

    BalasPadam
  2. sila kan umno tubuh kerajaan dgn ph.
    anda semakin kuat skrg.
    klau dh mmng dasr penyangak perompak mmng mcmtu.
    sampah.

    BalasPadam
  3. Kekalkn.kerjasama dgn pas bersatu serta yg.jujur sahaja..

    BalasPadam