Header Ads

ads header

Flash News

PH sedia kerjasama semula dengan Dr M tapi jangan bawa ‘kebobrokan lama’, kata Anwar


SHAH ALAM:
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sebarang kerjasama semula antara Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dibelenggui “agenda peribadi atau kebobrokan lama.”

“Itu (kerjasama dengan Mahathir) saya serah pada PH, siapapun boleh diundang (untuk kerjasama) tapi perlu patuh kepada prinsip, bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan yang lama,” kata Anwar.

“Ya, boleh kerjasama dengan Mahathir dalam gabungan besar tetapi dia kena patuh kepada prinsip, bukan (bawa) agenda peribadi,” kata Anwar yang turut menerajui Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan Anwar itu dilihat pasti menimbulkan polemik sama ada dua pemimpin utama saf pembangkang itu akan menggembeleng tenaga sekali lagi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Anwar ditanya sama ada beliau terbuka kepada kerjasama dengan Mahathir menerusi cadangan pembentukan gagasan perdana pembangkang oleh Amanah.

Beliau berkata soal sama ada Mahathir ingin kembali sebagai perdana menteri untuk kali ketiga menerusi kerjasama sedemikian tidak relevan, yang penting ialah komitmen untuk membanteras rasuah biarpun ia melibatkan ahli keluarga sendiri.

“Bagi saya soalan itu tidak relevan,tidak peduli siapa pun, dari parti mana, mesti ada komitmen untuk memerangi rasuah dan tidak melindungi keluarga dan kroni.

“(Beliau juga harus) komited untuk memperjuangkan dan membantu penderitaan orang miskin di luar bandar, masyarakat terpinggir,” katanya.

Pada 26 Dis, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dalam ucapan dasarnya di Konvensyen Amanah menyentuh mengenai cadangan gabungan besar antara parti pembangkang untuk menghadapi PRU-15.

Perbalahan secara tersirat dan tersurat antara Anwar dan Mahathir dilihat faktor utama di sebalik kegagalan pembangkang menjatuhkan Muhyiddin walaupun beliau hanya mempunyai sokongan majoriti amat rapuh di Parlimen.

Sejak kejatuhan kerajaan PH Februari lalu, penyokong Anwar dan Mahathir saling menuduh atas kegagalan mempertahankan Putrajaya selepas 22 bulan berkuasa.

Mahathir yang sebelum ini pengerusi PH, keluar daripada pakatan itu yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah untuk menubuhkan Pejuang yang masih belum didaftarkan sehingga sekarang.

Belia terus mengkritik Anwar di pelbagai forum, sebagai tidak sesuai untuk memimpin negara.

Penyokong Anwar pula menyalahkan Mahathir sebagai tidak berpegang kepada janjinya, yang akhirnya memberi ruang kepada Muhyiddin memperolehi sokongan bagi menyakinkan Yang di-Pertuan Agong melantik beliau sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir.

Hubungan PKR yang dipimpin Anwar dengan DAP dan Amanah juga dikatakan ‘tidak semesra dahulu’ kerana dua parti itu dilihat masih mahu menjalin kerjasama dengan Mahathir.

Setelah berseteru sekian lama, Mahathir dan Anwar berganding tenaga dan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional pada Mei 2019.

Namun selepas itu, hubungan mereka keruh kembali atas faktor defisit kepercayaan antara satu sama lain.

MR : Anwar hilang jati diri, nak sendirian memang sah kalah teruk PRU-15. Nak ajak Atok lagi.. kena kena tipu dengan Atok lagi.. memang bebal



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bagus.biar anwar kena game..

    BalasPadam
  2. Sepatutnya kepala bapak liberal mata satu cermin diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain.

    Adakah dia takut melihat cermin kerana imej dalam cermin itu kelihatan seperti dajjal ?

    BalasPadam
  3. sejak pemerentahan ph, saban hari melaungkan jawatan pm itu bukan ke itu 'kebobrokan yang lama', sejak dari dulu lagi, teruskan hingga ke lobang cacing

    BalasPadam