PKR kecewa sekutu PH 'bermain mata' dengan Dr M, Shafie - sumber
Seorang pemimpin kanan PKR menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan (PH) yang membelakangkan prinsip kerjasama gabungan pembangkang itu.
Kekecewaan
itu susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden
Amanah Mohamad Sabu, yang disifatkan sebagai bertujuan membawa semula
bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie
Apdal menyertai PH dalam barisan pembangkang.
"Saya percaya kenyataan Lim dan Mohamad hari ini bertujuan membawa semula Dr Mahathir dan Shafie menyertai PH dengan menjadikan pembangkang kalah undi belanjawan sebagai alasan.
"Namun, terdapat kegelisahan di
kalangan PKR kerana perkara ini tidak pernah dibincang dalam mesyuarat
PH sebelum ini," kata pemimpin itu yang bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat namanya tidak didedahkan.
Dia
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bersama Lim dan
Mohamad hari ini yang mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli
parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka peroleh
pada pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya, mereka berkata, PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).
Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.
Pembatalan itu didakwa berkaitan dengan kenyataan Lim dan Mohamad.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata bahawa dalam mesyuarat PH bersama Mahathir dan Shafie pada 13 Jun, kedua-dua pemimpin itu mengisytiharkan mereka tidak akan hadir mesyuarat dengan PH setelah tiada persetujuan menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri.
"PKR menerima keputusan Mahathir dan Shafie namun terus mengekalkan kerjasama dalam blok pembangkang.
"Saya antara yang menghadiri mesyuarat majlis PH dan saya boleh sahkan bahawa perkara membawa masuk semula Mahathir dan Shafie tidak pernah dibincangkan selepas itu.
"Kenyataan Lim dan Mohamad juga dibuat ketika idea 'grand coalition' (gabungan besar) dicanang walhal PH masih lagi utuh sebagai gabungan yang kuat dan berfungsi.
"Hal ini jelas perbuatan 'bermain mata' yang membelakangkan prinsip kerjasama PH berasaskan percaya dan hormati," katanya.
Sumber juga menambah bahawa PKR juga sedar usaha dalaman segelintir ahli parlimen muda dalam DAP yang mahu Anwar diganti dengan Shafie atau Mahathir sebagai ketua pembangkang.
Menurutnya, perkara ini sepatutnya dibawa ke dalam mesyuarat PH dan dibincang untuk diputuskan.
"Bukan dengan menyusun gerakan dengan membuat kenyataan menyalahkan Anwar apabila undian belanjawan kalah.
"PKR kekal dengan pendirian mengukuhkan PH dan menolak perbuatan khianat. PKR juga yakin usaha mengembalikan mandat wajib diteruskan dan didokong sesuai keputusan majlis PH dan keputusan ini tidak pernah diubah dalam mana-mana mesyuarat PH," tambahnya.
Dihubungi kemudian, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa mesyuarat hari ini dibatalkan atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan.
Dia turut mengakui terdapat keresahan di kalangan pemimpin PKR berhubung perkembangan terkini PH.
"Ya, memang ada keresahan dikalangan pemimpin PKR berhubung perkembangan terkini di PH.
"Walaubagaimanapun, saya jamin PKR akan tetap komited dengan PH dan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama PH akan dipelihara," katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
masih Menaruh IMPIAN...pada PKR..Parti KHIANAT REFORMASI serta P akatan H ANCING yang memang P unah HARAPAN
BalasPadamHal ini jelas perbuatan 'bermain mata' yang membelakangkan prinsip kerjasama PH berasaskan percaya dan hormati," bagaimana dengan MAIN BELAKANG orang lagi BESAR DOSAnya.,,MAHKAMAH sudah sahkan.
BalasPadamBagaimana pula Najib yg juga disahkan oleh mahkamah dgn kesalahan rasuah yg juga besar dosanya.. masih lagi nak sokong parti tu dan kerajaaan tu ke? Kalau sokong juga tu namanya berat sebelah dan menidakkan keadilan dan kesaksamaan yg dituntut dalam Islam.. dosanya juga amat besar dan nanti semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.. tapi kalau saudara 9.31 ptg kafir mungkin ajaran agama saudara begitu..
PadamBuang LGE,MS dari PH dan abaikan MM mungkin sokongn utk PH dpt dikembalikan
BalasPadam