Header Ads

ads header

Flash News

PKR yakin Anwar masih ada 'nombor'


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim masih mampu mendapatkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru.

Dia berkata perkara itu boleh dilakukan sama ada melalui Akuan Berkanun (SD) atau melalui Dewan Rakyat.

Bercakap kepada Sinar Harian, Saifuddin berkata Anwar sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu kepada kepimpinan tertinggi PH.

"Saya tidak bersedia berkongsi jumlahnya (SD). Saya tahu siapa yang kita jumpa, berapa yang kita dapat dan sebagainya.

"Mengenali cara Anwar menjalankan tanggungjawab, beliau sentiasa memaklumkan progres terhadap usaha beliau kepada pimpinan utama PH," katanya.

Sementara itu, Saifuddin memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat akan berlanjutan apabila dewan bersidang semula pada Mac.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Umno Ketereh, Annuar Musa mendakwa terdapat usaha berterusan dari dalam parti itu untuk menyokong Anwar.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga melobi BN agar menyokong presiden PKR itu pada Okt lalu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini meminta pembangkang supaya tidak membazirkan tenaga dan membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan yang disifatkan mereka sebagai 'oportunis'.

Ini selepas tiada ahli parlimen kerajaan yang mengundi untuk menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Mengulas perkara itu, Saifuddin berkata presiden PKR telah diberi mandat untuk mendapatkan jumlah sokongan bagi membentuk kerajaan dan tidak seharusnya dipersalahkan.

"Ini menepis dakwaan atau tohmahan yang timbul bahawa ini adalah keputusan dan agenda peribadi Anwar. Saya menafikan sekeras-kerasnya ini usaha peribadi Anwar.

"PH telah calonkan Anwar (sebagai ketua pembangkang) untuk ambil semula mandat (kerajaan). Bukan dosa untuk seorang yang telah dicalonkan berusaha," katanya kepada Sinar Harian.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Fixed false belief = Delusion.

    BalasPadam
  2. angan BONGKAK atas kemenangan…tiada apa yang kekal abadi…nama Amanah tapi sebenarnya TIDAK AMANAH dan MUNGKIR JANJI MENIPU mandat RAKYAT atas Manifesto pru14 waiaupun bukan KITAB SUCI.. SEBAB itu kerja2 MUNAFIKUN ini ALLAH tumbangkan… selepas 22 bulan dan keharubiruan sehingga sekarang….sendiri kena INGAT.

    BalasPadam
  3. BERUSAHALAH! Usaha tangga kejayaan. Tak salah pun berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Yg salahnya berusaha dgn cara yg tdk betul utk perjuangan yg tdk betul bersama2 kwn2 yg tdk betul. Ingatlah matlamat tdk menghalalkan cara.

    BalasPadam
  4. Nombor giliran pesakit gila kuasa jumpa doktor pakar penyakit mental untuk rawatan seterusnya ???

    BalasPadam
  5. HANYA CERITA HIKAYAT PENGLIPUR LARA UNTUK MENGHIBURKAN PERJUANGAN YANG KECUNDANG BUAT PENJILAT2 TEGAR PAKATAN HARAPAN..TIADA PERASAAN MALU UNTUK MENEGAKKAN BENANG BASAH DIATAS KESILAPAN PERCATURAN POLITIK DSAI DAN PKR SENDIRI!!!

    BalasPadam
  6. Sial la ko nuar...
    X abis2 ngan no ko,,
    Puihhhh,,,
    Gle pm smpi mampos...
    Reformasi konon
    Hak tuihhhhhh

    BalasPadam
  7. Nombor apa ? Nombor ekor ?

    BalasPadam
  8. PKR SUDAH HILANG KEWIBAWAAN DIMATA RAKYAT....
    TUMBANG ANUAR PKR HANYUT DITELAN ZAMAN...

    BalasPadam
  9. NOMBOR NOMBOR LUBANG BUNTOT untuk di KENALpasti

    BalasPadam