Header Ads

Header ADS

Politik Perak


Ada kawan tanya pandangan saya politik semasa negeri Perak. Saya cuba mengelak tetapi saya terus didesak. Baiklah, ini pandangan peribadi yang saya setujui:

PRU-12 UMNO menang 28 kerusi PAS 6 kerusi. Masa tu UMNO mula cari PAS sebelum ini UMNO mana ada nak cakap pasal Melayu Islam dan kesatuan Umah. UMNO buat  perundingan untuk bolehkan UMNO kekal kuasa tubuhkan kerajaan kononnya 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.  Ini janji manis kepada PAS. Tapi ada geng PAS  (kini AMANAH) berpendirian “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan Islam yang zalim” (ini padangan politik syiah). Mereka memilih untuk bersama DAP tubuh kerajaan tapi hanya bertahan 11 bulan dan geng AMANAH sampai hari ini jadi Barua DAP. Yang saya pelik kini UMNO pun nak ikut jadi barua DAP juga.

PRU-13 UMNO menang 27 kerusi, paling banyak tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. Sekali lagi UMNO cari PAS kerana PAS boleh diperkudakan. PAS menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO. Macam biasa bila tersempit UMNO akan cari PAS dan cakap pasal kesatuan UMah demi Melayu.

Selepas perundingan kononnya ada puak UMNO sebar 3 ADUN PAS tandatangani Akuan Bersumpah (SD) bersama menubuhkan kerajaan. Tapi, selepas itu PAS buat kejutan dengan menarik diri daripada rundingan kerana PAS kekal dengan PH dan tak nak khianati PH.

Cerita tokok tambah kononnya PAS tanda tangan SD 2 jam kemudian membatalkan adalah karangan untuk membodohkan ahli UMNO supaya UMNO percaya kepada pemimpin korupsi mereka.  PAS sokong Pakatan Harapan dan dilantik MB Perak dikalangan PAS walaupun PH yang didominasi DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan setelah UMNO cuba beli ADUN.

Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas nama Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN mana yang bilangan kerusi lebih sebagai Menteri Besar pada PRU-15 nanti.

UMNO bersama PAS setuju untuk terima BERSATU bagi membolehkan PN mengambil alih kerajaan Perak daripada PH.  UMNO telah tanda tangan perjanjian ini dan bersetuju MB Perak dikalangan PPBM kerana dia sanggup tinggalkan MB dengan PH untuk bersama PN/

Kali ini, UMNO cuba dikhianati perjanjian penubuhan kerajaan PN di Perak.

Ada golongan tamak haloba dalam UMNO mengambil usaha menukar Menteri Besar dilakukan, UMNO membelakangi MN mereka tak maklum dan bincang dengan PAS sedangkan dalam MN mereka berjanji untuk bersama dengan PAS dalam apa keadaaan, kononnya sehidup semati demi MN. UMNO memang 'kencing' macam PH juga.

PAS menjadi parti pertama mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak akan menyertai UMNO menubuhkan kerajaan baharu kerana UMNO langgar penjanjian. PAS menunjukkan prinsip tegas bersama MN dan teguhkan PN.

Ternyata di Perak, UMNO adalah pengkhianat sebenar terhadap penubuhan kerajaan Melayu Islam. Merekalah belati yang menikam rakan dari belakang. Sejarah menunjukkan UMNO  khianati PAS sejak tahun 1973 penubuhan perikatan dengan PAS. Sejarah mengungkap UMNO hanya perlu PAS bila tersempit, tapi tak pernah bincang tentang kesatuan Melayu bila UMNO ada kuasa.

Untuk rekod apabila UMNO rasa tertekan dengan isu Perak, mereka mula mengarang karangan panjang tentang kesalahan Peja menjual tanah. Kenapa sebelum ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PN atau pun MN?

Pada pemahaman saya maksudnya lebih kurang begini, UMNO bagi alasan yang suci murni atau 'innocent' untuk 'menghalalkan' perbuatan UMNO di Perak.

Masa UMNO bertindak ia atas sebab lain, tapi bila nampak macam ia memberi kesan buruk, atau kalau dalam mahkamah ia boleh menjerumus kepada keputusan bersalah, maka UMNO mencipta alasan baharu yang bertujuan menyucikan tindakan UMNO di Perak dengan menyalahkan PAS dan PPBM.

Feqah politik UMNO adalah menghalakan cara. Mana perjuangan Islam UMNO? Mana penyatuan ummah yang UMNO laungkan bersama PAS?

Azam Abd Rahman




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Mana ada anjing yg x hidu tahi..inilah sikap umno dahulu, kini dan selamanya. Masakan apa yg berlaku di perak tiada dlm pengetahuan najib dan zahid..inilah sikap hipokrit puak2 umno serta buta musuh sebenarnya..negara ini hancur kerana puak2 inilah yg mementingkan kuasa dan isi perut sendiri. Apa yg berlaku pd pru lalu langsung tiada pengajaran..betapa dangkalnya mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas masih terbayang bayang detik detik manis bersama dapigs. sentuhan hangat uncle lim membuatkan lebai terlentuk di dalam pelukan uncle lim. Dalam diam lebai masih rindukan unle lim dan memasang angan2 ingin kembali ke uncle lim. lebai meroyan sendiri. dalam diam lebai memendam rasa.

      Padam
    2. Puak RBA masih masih terbayang bayang detik detik manis bersama dapigs dalam pesta arak terbuka @ oktoberfest.

      Sentuhan hangat uncle gonna end dan siang ikan pejuang arak membuatkan RBA terlentuk di dalam pelukan towkay arak dan amoi roket tak basuh besuh berak.

      Dalam diam RBA masih rindukan gonna end dan siang ikan memasang angan2 ingin menyondol dan membaham dedak haram cap roket hasil dari skandal jualan aset kerajaan dan aset tabung umat Islam, skandal terowong dll .

      RBA meroyan histeria sendiri sejak gonna end digulingkan baham tanah. Dalam diam puak RBA memendam rasa ingin berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

      Peluang terbuka luas untuk parti ultra rasis kafir harbi roket menjadikan puak keris telanjang sebagai lembu dicucuk hidung untuk memecah-belahkan kaum Melayu Islam supaya puak kafir harbi dan khadam liberal mereka boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

      Padam
    3. anjing liar dapig( UNKNOWN 7 Disember 2020 10:13 PG ) siapa punya ni dibiar berkeliaran , dinasihat merantainya supaya tidak mengganggu orang awam


      Padam
  2. Ammo sedang memperlangtingkan KERISnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebai menangis mengenang saat2 indah di dalam pelukan uncle lim. dalam serban lebai tersemat memori indah bersama uncle lim. lebai miss you uncle lim!

      Padam
    2. Puak RBA meroyan histeria tahap gila babi menangis mengenang puak roket hilang kuasa dan merintih saat2 indah parti kafir harbi roket dan khadam liberalnya memerintah negara dan menghina Islam dan menindas umat Islam.

      Dalam hati puak RBA tersemat memori indah mabuk bersama abang besar roket gonna end dalam oktoberfest. Puak RBA layu dalam pelukan towkay arak dan amoi roket tak basuh berak.

      Esok keluar berita pemandu mabuk langgar orang Melayu hingga cedera parah atau mati. Inilah hasil perjuangan puak kafir harbi roket dan barua-barua mereka.

      Puak RBA realy miss Big Bro Rocket's dedak haram cap roket !

      Padam
  3. Tak kisahlah semua tu.. yg penting sekarang UMNO nak lantik MB baru kalangan orang dia.. dan yg pasti MB tu adalah orang melayu dah Islam.. so takdelah masalah.. kalau UMNO nak lantik MB kafir baru masalah.. so demi Islam dan demi melayu PAS dan Bersatu kene sokong.. barulah penyatuan ummah tu berjaya.. jgn tgk individu.. asalkan melayu asalkan Islam kita terima.. hari2 nak ganti MB pun takpe.. itukan asas perjuangan PAS dan Bersatu nakkan melayu dan Islam berkuasa.. yg masalah kalau UMNO terpaksa kerjasama ngan DAP utk tubuh kerajaan.. kalau terjadi PAS ngan Bersatulah salah sbb sibuk nak pertahankan MB lama padahal MB baru nak lantik pun Islam dan melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh, lebai kalau boleh nak parti bunga bangsat jugak jadi mb. Yang islam cuma pas aje. orang lain sume muallaf.

      Padam
    2. Maka berkatalah orang bodoh yang tidak bermoral "Tak kisahlah semua pengkhianatan puak keris telanjang tu. Yang penting puak keris telanjang jadi pemimpin walaupun dia akan diperalatkan oleh puak kafir harbi roket dan khadam liberal roket !"

      Islam mengharamkan pengkhianatan ! Orang sesat cuba menghalalkan yang haram.

      Puak RBA memang suka puak keris telanjang mengkhianati sekutu dan rakan sendiri supaya kaum Melayu berpecah belah dan menjadi lemah seperti PRU yg lepas.

      Padam
  4. Susah susah biar aku je jadi MB, aku anak jati kuale!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU..... kalau boleh deme pegi sekeh kepala takoyaki tu sikit kome sokong deme jadi PM

      Padam
    2. Wah puak RBA ternakan roket mengajar orang melakukan kejahatan ! Memang puak RBA sesat lagi menyesatkan kerana mengikut ajaran sesat Ayah Roket ..... Seperti puak syaitan yang direjam.

      Padam
    3. ini le kualiti jkom sikit2 rba roket rba roket rb roket. makan gaji buta jkom

      Padam
    4. Wah puak RBA meroyan histeria kerana termakan cili. Pedas sangatkah bro ?

      Kasihan ... Ha ha ha ha ki ki ki ki .....

      Padam
  5. Siapa pengkhianat islam dan melayu.. UMNO..

    BalasPadam
  6. Hairan bin ajaib tiada sepatah komen pn dr president bersatu merangkap pm yg tim president nye kena tendang dr jwtn mb

    BalasPadam
  7. Senang senang bagi jer Sultan lantik sendiri siapa MB Perak yg baru.TETAPI,,bukan orang politik.terkecuali...habis citer...tunggu sampai PRU 15 ni baru buat baru..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.