Header Ads

ads header

Flash News

PPBM, PAS sedang bincang krisis politik di Perak


PETALING JAYA:
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi mencari penyelesaian untuk krisis politik di Perak, kata Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan.

Katanya, mereka sedang membincangkan isu pembentukan kerajaan Perak dan calon menteri besar daripada Umno.

“Di peringkat PPBM, kita mengambil keputusan untuk merujuk kepada Perikatan Nasional bagi langkah lanjut. Jadi, kita akan lihat perkembangan terkini dan bincang dengan rakan-rakan kita dalam PN dahulu.

“Bila ada keputusan yang perlu dimaklumkan, kita akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya kepada FMT hari ini.

Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan ia akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Katanya, keutamaan Umno ialah mengekalkan jajaran dan kerjasama politik terdahulu, iaitu Muafakat Nasional dan PN, tetapi apa juga tindakan Umno mesti bertapak pada realiti.

Katanya, perbincangan antara Umno dan parti komponen PN, iaitu PPBM dan PAS sudah dibuat pimpinan Umno Perak, manakala beliau akan mengadakan perbincangan susulan di peringkat pusat.

Susulan itu, pemimpin PH Perak menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh demi kepentingan rakyat.

MR : PAS sepatutnya keluar daripada MN dan kuatkan PN untuk PRU-15.
UMNO bukan rakan boleh dipercayai




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Cukuplah asyik kena main dgn UMNO. Eloknya PAS keluar jer dari Muafakat Nasional dan bergerak sendirian. Berapa kali nak kena tipu dengan UMNO?

    BalasPadam
  2. Setuju Pas keluar dari MN biar kena buli dan ditipu parti bunga.

    BalasPadam
  3. Itulah diibaratkan sekiranya jumpa umno dgn ular pukul umno dulu yg lidah bercabang lebih bahaya dari segala2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jumpa lebai dengan ular macam mana? kalau aku baik tangkap ular dengan lebai kurung dalam sangkar. menyemak abisss.

      Padam
    2. cepat tangkap bang.. jangan sembang kari jeh....kehkehkeh :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Parti lebai langsung dah berapa kali pancut dengan dap. lagi mau tanya

      Padam
    2. Unknown 9 34 Masa tu PAS DAP sama sama pembangkang. Bukannya pembangkang pemerintah bergabung.

      Padam
  5. Rakyat sedang perhatikan perangai pemimpin umno yg pengkhianat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat pun tengah perati perangai lebai yang kiri bedal kanan pun belasah

      Padam
  6. Macam ni lah aku rasa kes Najib Dan kes zahid Dan yg seangkatan denganya wajib dipercepatkan keputusan ya sebelum PRU15. Kalau betul mereka bersalah hukumlah Dan no more politic for them Dan kalau tidak bersalah teruskan berpolitik. Ini disebabkan kes mereka, mereka sanggup bertukar kerajaan Dan menyebelahi pembangkang. Aku rasa kalau kes mereka belum selesai mahunya mereka Akan angkat Anwar jadi PM Dan kes mereka Akan berlaku sebagaimana kes banglow LGE. Percayalah cakap aku ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum tu apa kata kes abah kau n jemin kita bicarakan sekali, setuju?

      Padam
  7. Pemimpin2 politik byk yg gila kuasa!!.. pentingkan diri sendiri..kononnya nak utamakan mandat rakyat..tapi bl dah berkuasa, rakyat dia tendang mcm bola, hang nk pi mana hang pi la,mampoih hang laa..aku peduli apaa..Bila org dah jd pemimpin mesti ada yg panas punggung x sng duduk..dia dok cari helah je nak jatuhkan org.. pemimpin yg dilantik oleh agong pn dia org ni blh pertikaikn..mcm dia tu baikkk sangat..nasib baik agong tu baik!!!..klau aku jd agong aku buang daerah je pemimpin mcm ni..buang kat pulau yg x de org ke, buang kat dlm hutan tebal ke..biar dia berkawan dgn berOk,dgn lotong,dgn kongkang..x guna hidup jd org menyusahkan org je..kot klau dia jd pemimpin lg x pakai jadahhh..smpai kiamat pn klau siapa yg naik jd pemimpin mesti ada yg x puas hati, mesti ada yg hasad dengki.. perut pemimpin mcm ni sama jer mcm perut yahudi..Ingat sikit klau Allah nk tarik nikmat yg dia bg pd kau org sekelip mata je Allah blh tarik.. KESIMPULANYA..Bertaubat kita,jgn berburuk sangka sesama kita..benda yg elok sama2 kita ikut..benda yg salah sama2 kita kekang,kita hindari kejahatan,kezaliman, kealpaan,kesombongan,keegoan.. Insyaallah semua selamat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya pemimpin yg agong pilih tu pun bukan baik pun.. cara dapat pun khianat.. jgn ingat bila agong pilih je semua betul.. belajar kat mane cara macam tu? Agong bukan nabi.. insan biasa je yg serba kekurangan.. sbb tu pemimpin2 yg kena khianat ni nak hak mereka balik.. tu pun salah ke? Orang rampas barang milik kau takkan kau nak redha.. tak kisahlah atas niat apa pun. kalau nak tukar kerajaan tunggu je la PRU.. masa tu kalau menang dah takde orang nak bising.. agaknya pasal tu Allah tak pilih kau jadi agong... sbb kau menilai kebaikan tu dari mata kau je.. kononnya mata kau paling baik sekali kat dunia.. mata orang lain semua salah.. kau dgn puak2 kau je betul... kan sama perangai ngan yahudi tu? Yg penting sekarang Islam kene cuba dapatkan kuasa memerintah kat Malaysia dgn cara yg Allah redhai.. bukan cara khianat spt yg dibuat okeh PN.. barulah Allah tolong dan Allah pun redha..

      Padam
    2. Sekurang2nya mn dan pn dpt menyekat kerajaan x dak duit mcm ph..
      22 bulan memerintah apa dpt..hari2 ckap x dak duit dan main perkauman saja lebih.
      Kenapa melayu mcm korang buta perut untk nampak semua tu..
      Sekurang2nya kejayaan pn merintah lebih terserlah kebaikan untk rakyat.
      Ph perintah menipu adalah.
      Mana melayu x nampak memang buta perut.
      P kwn la dgn teresa kokbuat kenyataan sewel pasal pertanian.

      Padam
  8. Haha... macam nak u turn je tu... semalam kemain cakap taknak sokong kerjaaan baru.. ni nak discuss lagi plak.. kalau u turn lagi malu besar.. baru nampak jelas yg Bersatu dan PAS pun taknak si Peja tu... haha..

    BalasPadam
  9. Semoga UMNO,PAS dan PBPM dapat berbincang dan cari satu solusi atau jalan keluar terbaik. Kenapa ingin bercerai berai dan saling menebuk dinding satu kapal semasa sedang belayar ?. Sedangkan tiada mana mana parti yang sempurna. Tumpukan kepada perpaduan demi agama dan bangsa kerana rakyat akan menjadi penentu serta pemerhati

    BalasPadam