Header Ads

ads header

Flash News

Presiden PAS selesai menghadap Sultan Perak, tiada kenyataan kepada media


IPOH:
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, melangkah keluar dari Istana Kinta tanpa sebarang komen kepada pemberita yang menunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Perak, yang berlangsung selama kira-kira setengah jam di Istana Kinta pagi tadi.

Pemimpin parti Islam itu sekadar melambai kepada pemberita apabila keluar dari istana pada 11.39 pagi tadi.

Media difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pertemuan ini.

Terdahulu, Hadi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Nazrin Shah, bagi memaklumkan kedudukan PAS berhubung krisis politik di Perak.

PAS sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu, serta mengharakan tiga ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin, ketika baginda menguruskan hal sokongan kepada calon menteri besar pilihan UMNO.

PAS kemudian memohon ampun kepada Sultan Nazrin atas “kekhilafan” mereka. - FMT

MR : Bagus juga, kalau ada media akan diputar oleh puak musuhi PAS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA oleh PAS...SEKATA AJE APA YG PIMPINAN PUSAT CAKAP DAN BUAT DENGAN APA YG DICAKAP DAN DIBUAT OLEH PIMPINAN PERINGKAT NEGERI HINGGA CAWANGAN...I LOVE PAS...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, tak perlu beri komen atau kenyataan kepada pemberita media dan tak perlu buat kenyataan sidang media dan difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pertemuan ini.

    BalasPadam
  3. CONTOH TERBAIK...bukan seperti seorang Hamba ALLAH masuk bakul angkat sendiri...belum mengadap DAH MABUK buat sidang media dgn keMatjeninannya...AKHIRNYA jatuh KEMALUAN dalam usaha Mengencing YDPA dan rakyat.

    BalasPadam
  4. Islam mengajar akhlak.PAS sedaya mungkin ikuti ajaran islam.PAS paling tenang sekarang ini.Tiada watak seperti Nur Jazlan,Ku li,Puad zarkasi,khalid nordin.Kumpulan purba dalam UMNO yang sentiasa berkokok untuk perhatian.

    BalasPadam