Header Ads

ads header

Flash News

'Saya memang tiada dalam dewan' - Nazri


SHAH ALAM -
'Saya memang tiada dalam dewan ketika sesi penggulungan dan undian belah petang.'

Demikian kata Ahli Parlimen Padang Padang Rengas, Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagi mengulas jumlah ahli parlimen yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan.

Kesilapan berlaku apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) tersilap menandakan bahawa Mohamed Nazri turut menyokong RUU Perbekalan 2021 itu sedangkan beliau tidak berada di dalam dewan.

Bercerita berkenaan ketidakhadirannya itu, Mohamed Nazri menjelaskan, beliau bukan membantah RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian terbabit tetapi terpaksa meninggalkan Dewan Rakyat kerana menghadiri temu janji bersama doktor pakar di sebuah klinik di Taman Tun Dr Ismail.

“Saya bukan saja-saja tak masuk. Saya bukan tidak menyokong tetapi setiap hari Isnin petang, saya ada temu janji bersama doktor kerana masalah kesihatan bahu yang saya hadapi,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. 

Keputusan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam. Bagaimanapun kiraan undi bersetuju untuk Belanjawan Kementerian Kewangan sepatutnya 106 selepas penghitung undi tersalah kira undi Mohamed Nazri.

Katanya, beliau tidak seharusnya dipersalahkan kerana berlakunya salah kira terhadap undi belah bahagi melibatkan Kementerian Kewangan.

“Jangan salahkan saya. Tanya siapa yang mengira undi,” katanya.

Mengikut rekod, Shabudin yang juga ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan penghitung bagi blok C di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat semalam meluluskan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju.

Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi JPM itu lulus selepas sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir dan bagi Kementerian Kewangan pula sejumlah 106 menyokong, 95 tidak bersetuju dan 19 orang tidak hadir.

Hari ini tiga lagi kementerian akan mengambil tempat iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Tiada ulasan