Header Ads

ads header

Flash News

Selepas gagal isu harga, Kit Siang pertikaikan jadual penghantaran vaksin


Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin “sekiranya benar dakwaan beliau” bahawa Malaysia mendapatkan vaksin Pfizer lebih murah berbanding Belgium.

Veteran DAP itu bagaimanapun membangkitkan pula isu jadual penghantaran bekalan vaksin pertama.

“Pun begitu, berdasarkan jadual penghantaran bekalan vaksin pertama ke Malaysia, harapan untuk melihat kes Covid-19 di Malaysia menurun pada suku pertama atau suku kedua tahun depan adalah tidak menyakinkan,” katanya.X

Selepas menteri Belgium mendedahkan Kesatuan Eropah (EU) membeli Pfizer dengan harga €12 (RM59.43), Khairy semalam memberi bayangan Malaysia mendapat harga lebih murah.

Katanya dia amat senang dan gembira dengan harga yang ditawarkan Pfizer.

Dia mengulas kegusaran pembangkang susulan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 bilion untuk membeli vaksin terbabit.

Khairy berkata kerajaan akan membelanjakan RM2.05 bilion untuk memberi suntikan vaksin kepada 26.5 juta orang (82.8 peratus), melibatkan perjanjian dengan Covax, Pfizer dan AstraZeneca bersama tiga syarikat lain.

Dalam kenyataan hari ini, Lim yang hampir setiap hari mengeluarkan kenyataan media berkaitan Covid-19, berkata dengan purata 2,000 kes baru setiap hari, jumlah terkumpul kes boleh meningkat kepada 175,000 pada Januari, 230,000 pada Februari dan dan 300,000 pada Mac.

Bagaimanapun, Lim mengakui ia lebih rendah berbanding ramalan awal Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat (IHME).

Katanya IHME meramalkan peningkatan berterusan kes di Malaysia sehingga pertengahan Mac 2021, dengan lebih daripada 5,000 jangkitan setiap hari bermula dari 25 Februari 2021.

“Mujurlah, unjuran model IHME itu tidak menjadi kenyataan, pun begitu rakyat Malaysia masih perlu sentiasa berwaspada,” katanya.

Lim juga berkata Malaysia mempunyai indeks “Jumlah kes persejuta penduduk” yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara di Asia dan Asean , selain Singapura dan Filipina.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. daripada ko bercakap pn gagal sana gagal sini, leih ko cakap tentang gagalan dan keborokkan ph selama 22 bulan memerentah sehingga saat robohnya kerajaan ph supaya ia dijadikan tauladan kepada kerajaan pakatan nasional, jangan buat2 lupa tentang janji tak serupa bikin(pembohongan) dalam manifesto ph

    BalasPadam
  2. Kerajaan PH membuka pintu seluas-luasnya kepada pelancong China walaupun sudah ramai pakar perubatan memberi amaran kepada mereka bahawa Covid 19 akan melanda.
    Akhirnya yang buat PC ialah Menteri pelancongan bukannya Menteri Kesihatan. Parah...

    BalasPadam