Header Ads

Header ADS

Selepas serang rakan PN dan PAS, MKT membuat keputusan Kerajaan PN di Perak perlu dipertahankan




KUALA LUMPUR:
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membabitkan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak perlu terus dipertahan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata mesyuarat MKT UMNO malam ini membincangkan kemelut Menteri Besar di Perak.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di lobi Menara Dato' Onn di sini selepas mesyuarat MKT UMNO sebentar tadi.

Namun, kenyataan itu tidak menyebut mengenai pencalonan Menteri Besar Perak.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira dua jam dipengerusi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad turut hadir pada mesyuarat itu.

Ditanya mengenai hasil mesyuarat dan keputusan MKT mengenai calon Menteri Besar, Saarani hanya menyatakan; "Esok, esok...esok".

Beberapa ahli MKT juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai mesyuarat itu.

Sebelum ini, Saarani disebut-sebut bakal dicalonkan UMNO untuk jawatan Menteri Besar susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berikutan gagal mendapat sokong dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Ahmad Maslan memaklumkan MKT bersetuju supaya mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan pada 1, 2 dan 3 Januari.

"Ia akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan dirasmikan Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

"Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh diadakan secara maya.

"Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah perwakilan," katanya.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 30 Januari, manakala Perhimpunan Agung pada 31 Januari diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran terhad dan dibuat secara maya.

Sebelum ini, ditetapkan mesyuarat UMNO Bahagian pada Mac, manakala Perhimpunan Agung UMNO pada Mei atau Jun.


MR : MKT UMNO rasanya bengong, engkau orang tumbangkan kerajaan PN Perak dan kemudian engkau orang nak pertahankan kerajaan PN Perak. Biul!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


28 ulasan:

  1. Bersatu tu yg bengong MR.. budak kecik pun tau kalau geng ramai pasti ketua lantik dari geng tu.. yg geng2 kecik ni sebenarnya biul.. ade hati nak control geng besar.. cermin diri tu sikit.. dah lah asal dari PH.. lepas tu khianat.. lepas tu nak geng dgn MN.. lepas tu nak control MN pulak.. alasan punyalah win.. demi melayu demi agama.. penyokong2 PN punyalah tergolek percaya.. tapi nak tukar MB yg melayu Islam ke MB baru yg melayu Islam pun taknak.. bukan hilang pun melayu tu.. bukan hilang pun Islam tu.. awal2 lagi UMNO dah cakap yg tindakan diorang tu bukan nak runtuhkan kerajaan PN tapi cuma nak tukar MB.. kalau imbas kembali tajuk usul percaya MB pun dah boleh paham.. kenapa susah sgt nak sokong ape yg UMNO buat.. kalau nak kata UMNO khianat Bersatu pun pernah khianat.. sama2 geng khianat takkan tak boleh nak sekepala.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana boleh barua keris menulis komen panjang untuk menghalalkan pengkhianatan puak keris terhadap sekutu dan rakan sedangkan Islam jelas mengharamkan pengkhianatan ??

      Matlamat menghalalkan cara adalah ajaran sesat lagi menyesatkan.

      Padam
    2. Jadi geng besar takpayah la.melutut minta pas dan bersatu turut serta dalam kerajaan umno perak,,buat sendiri lah,,,apa tak mampu ke,,,kalau tak mampu serah pada tuanku untuk bubar dun,,jgn takut tkkn d adakan prn kerana darurat pasti di istiharkan untuk perak

      Padam
    3. Lebai kalau kau bagi jawatan tak tolak punya. Lebai marah kat luar je. Bila dapat mercedes everything is forgiven

      Padam
    4. Sah...Barua Dapig ni...Pandap klau komen mesti nyakat kt Pas...kipidap..hihihi..

      Padam
    5. 9.06 allergik dgn PAS. Tak habis2 meroyan. Bila dpt kutuk PAS, barulah dapat keluar muntah dlm permit tu.

      Padam
  2. bersatu yg bengong serta bangang bahlol bongok tahap diploma!!..x sedar diri... terima kasih!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah RBA meroyan menyalak histeria kerana Pee H gagal memerintah Prk. Kasihan !!!

      Padam
    2. sory la bro... aku bukan RBA... aku taulah editor ni kaki kipas BERSESAT.. bersatu bukan rakan UMNO... PAS barulah rakan UMNO... bersatu kena sedar diri... PRU 15 belom tentu ade kt parlimen lagi!!

      Padam
    3. Mana bukti kamu bukan RBA ? Bukankah komen2 kamu sendiri sebelum ini mendedahkan kamu sebagai RBA ternakan roket?

      Padam
    4. Bila masa pas rakan umno hahahaha,,pas buat mn bukan kerana umno tapi demi umat islam,,,umno biar mampus mereput

      Padam
    5. Kalau Pas tak sudi Umno pun tak mahu. Silap2 nanti Pas yang mereput. Orang dah tengok sekarang Pas parti makan keliling. Kesatuan ummah konon. sila pegi mampos

      Padam
    6. Kenyataan paling takbur dari mokh997.

      Padam
  3. Pas dan bersatu tiada maruah dan harga diri jika meneruskan kerjasama dengan umno perak,,pn kema berjiwa besar tidak takut pada siapa pun,,,umno sedang dalam zaman kelam tapi masih merasakan diri abg besar,,amat mengecewakan jika pas dan bersatu akur dan tunduk pada ayat memeprtahankan kerajaan pn ketika mana umno sesuka hati mereka buat apa yg mereka suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah parti lebai sungguh bermaruah? ketika belum jadi kerajaan selalu cakap pasal rakyat. bila dah dapat kedudukan terus yang keluar ialah.... hikayat gunung ledang. feel parti lebai sungguh memualkan

      Padam
    2. Sah..sah...barua Dapig...menyalak yg tk habis...kecewa tk dapek jadi kerajaan Perak...kipidap..hihihi

      Padam
  4. Ini kah agakya tumbangnya kerajaan melayu melaka..org2 melayu suka gaduh sesama sendiri.bezanya dulu2 bunuh membunuh dgn senjata..masa sekarang bunun membunuh dgn jari..

    BalasPadam
  5. Sejarah Tidak Dapat Di Padam… SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ISLAM DI PERAK ?


    NAMPAKNYA, PAS mahu membayangkan kepada rakyat bahawa mereka “tidak tahu apa-apa” mengenai gerakan menukar Menteri Besar Perak. Hakikatnya, PAS bukan sekadar dimaklumkan, malah sudah menyertai siri perundingan dan amat memahami sebab-sebab mengapa gerakan ini perlu dilakukan.

    Justeru, keputusan PAS enggan menyertai kerajaan dengan alasan mereka ‘tidak dibawa berbincang’ hanyalah satu lagi helah untuk menggambarkan UMNO parti yang mengkhianati PN.

    Realitinya, jika kita mengimbas sejarah politik Perak, UMNO sudah berdepan beberapa siri pengkhianatan oleh PAS.

    2008

    Keputusan PRU-12 menyaksikan UMNO memenangi 28 kerusi manakala PAS 6 kerusi. Ketika itu, perundingan dilakukan untuk membolehkan PAS menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.

    Bagaimanapun, PAS ketika itu tampil dengan pendirian dan feqah politik mereka bahawa “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan orang Islam yang zalim”. Lalu mereka memilih untuk bersama DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 11 bulan.

    2018

    Keputusan PRU-13 menyaksikan UMNO memenangi kerusi paling banyak iaitu 27 tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. PAS yang menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO.

    Selepas perundingan dilakukan, tiga ADUN PAS menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk bersama menubuhkan kerajaan. Bagaimanapun, selepas hanya 2 jam menandatanganinya, PAS membuat kejutan dengan menarik diri sehingga membolehkan Pakatan Harapan yang didominasi DAP berjaya menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan.

    MAC 2020

    Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas platform Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun PAS menukar pendirian pada saat-saat akhir sehingga ADUN parti minoriti dilantik sebagai MB. UMNO akur dengan keputusan Istana dalam pelantikan Menteri Besar.

    Kali ini, UMNO sekali lagi dikhianati apabila ketika usaha menukar Menteri Besar dilakukan, PAS menjadi yang pertama mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak akan menyertai UMNO menubuhkan kerajaan baharu.

    Tertanya dalam konteks negeri Perak, PAS adalah pengkhianat sebenar terhadap penubuhan kerajaan Melayu Islam. Merekalah pisau belati yang menikam rakan dari belakang.

    PAS tidak boleh dipercayai. Sejarah parti itu menunjukkan mereka khianati semua rakan mereka. 1976 mereka khianati BN. 1990 mereka khianati Angkatan Perpaduan Ummah, 2001 mereka khianati Pakatan Rakyat. Kini roda berputar dan mereka khianati UMNO sekali lagi atas nama Feqah politik mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arwah TGNA sampai mati tidak ingin bekerjasama dengan umno kerana sejarah pas dikencing oleh umno tidak dapat dipadam sepertimana TGHH juga tidak ingin bekerjasama dengan PH kerana sejarah dikencing di Selangor. Apabila melihat melayu dan Islam terancam maka pas sanggup menolong umno yang dalam kesusahan besar kerana pertama kali ditolak majoriti rakyat dalam pru 14 akibat perangai buruk pemimpin umno sendiri dan demi pengukuhan ummah pas juga berbaik dengan bersatu. Sekarang umno berbalik dengan tabiat lama iaitu mengulangi sejarah dengan lakonan wayang kulit dengan menikam rakan kerana gila jawatan

      Padam
    2. Boleh tak jangan jual nama orang yang meninggal. ia nya satu fitnah yang besar pada Allahyarham. Just keep it among the living please!

      Padam
  6. Matlamat jelas kerajaan Perak diterajui PN, cuma perlu tukar MB (Peja) yg buat kesilapan besar jual tanah kerajaan kepada Syarikat Singapore dengan harga 342 juta sedangkan dalam pasaran 1.03 billion dengan keuntungan setahun 40 juta. Kekalkan kerajaan PN dengan MB dari kalangan parti besar...selesai masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU asalkan bukan lebai dan bunga

      Padam
    2. Lebai dan bunga pun tidak ingin memilih kluster temberang dan kencing rakyat macam PH

      Padam
  7. Umno tetap perangai lama x sabar.apa salah tggu next pru 15 jadi la mb..time2 covid x yah tukar,.lagi pun tok abah perintah baik sikit dri umno dan ph perintah..
    Lgpun pemerintahan untk rakyat.bila rakyat rasa prihatin kerajaan ada untk rakyat .cukup lah..pas boleh rilex kenapa umno kelam kabut pasai hal mb..?
    X jadi mb pun x pa janji rakyat ada pembela.
    Dulu umno perintah 60tahun kenapa x bela betul2 rakyat?minyak pun naik mencanak.
    Pru 15 mengundi jika menang bnyak baru la pegang balik jawatan.
    Sekarang nie org nampak benci dgn perangdi umno.
    Rakyat nampak pas bersatu lg matang dalam mentadbir untk negara dan rakyat.

    BalasPadam
  8. melayu Ngan melayu begamok nk kuasa.umno cakap dia besar.pas bersatu cakap gua lgi besar...padan la muka.gila kuasa gaji tetap jalan.yg melopong rakyat...pekianat bertembung Ngan pekianat.masih nk cium mulut.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.