Header Ads

ads header

Flash News

Semua parti ada kemahuan tapi perlukah gadai muafakat PN, tanya Peja


Menteri Besar sementara Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata setiap parti mempunyai kehendak masing-masing namun mereka kadang-kadang perlu berkorban untuk mewujudkan kerajaan stabil.

Bersatu sendiri, katanya, mahu seberapa banyak jawatan dalam kerajaan untuk parti mereka dan keadaan sama berlaku pada dua lagi parti lain dalam kerajaan iaitu PAS dan Umno.

Bagaimanapun katanya keutamaan sekarang ialah menubuhkan kerajaan yang stabil dan dalam keadaan begitu parti terbabit perlu bekorban

Maka kehendak itu kadang-kadang perlu kita korbankan untuk bekerjasama dalam sebuah kerajaan yang stabil," katanya.

Kenyataan Ahmad Faizal itu dibuat susulan kenyataan Umno Malaysia yang meminta agar semua barisan exco Perak dikekalkan walaupun selepas sebahagian daripada mereka menggagalkan usul undi percaya terhadap Adun Chenderiang berkenaan semalam.

Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

"Semua exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan. Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan PAS harus mendukung kerajaan PN Perak," katanya semalam.

PAS setakat ini mengesahkan mereka tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, selaras dengan tindakan tiga Adun parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal. 

Diminta mengulas kenyataan Umno itu Ahmad Faizal sebaliknya bertanya apakah itu yang sebenarnya dikehendaki Umno.

"Apakah itu satu keperluan yang mendesak sehingga perlu kita menggadaikan apa juga prinsip permuafakatan yg telah kita bina melalui PN?

"Jadi tepuk dada tanya sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan peruntukan kepada sekolah SUWA (sekolah persendirian Cina) di Pejabat Menteri Besar di Ipoh pagi tadi.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata parti itu akan mempertimbangkan kepentingan rakan-rakan mereka dalam PN sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan kerajaan negeri.

Dia juga meminta pihak pembangkang supaya tidak mengganggu pentadbiran kerajaan negeri kerana mendakwa mereka sudah “memperolehi apa yang ingini”.

"Nasihat saya kepada pembangkang, you got what you want already (kamu dah dapat apa yang kamu mahukan)," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pandai pulak kau kata macam tu sekarang.. dulu masa kau kat PH kau tak kata macam tu.. dalam PH dulu pun semua parti ada kemahuan tapi mereka masih cuba mengekalkan kerajaan.. tapi kau khianat.. kau sanggup berpaling tadah.. so sekarang ni kau jgn bangkitkan perkara ni.. kau pun pernah buat benda sama.. kau sanggup gadaikan PH yg menaikkan kau sampai jadi MB.. kalau setakat sokongan dalam Bersatu je kau takkan ke mana pun.. lupa asal usul platform yg menaikkan kau sehingga kau ade kuasa.. kononnya demi Melayu Islam.. sekarang Melayu Islam tu buat kau tertiarap.. dgn PH kau bertahan 22 bulan jadi MB walaupun masa tu kau buat macam2 yg menyakitkan hati PH.. PH takde pun komplot nak tukar kau.. PN ambik alih tak sampai setahun kau dah kene humban.. muhasabah diri.. kalau nak jadi pemimpin jgn senang2 nak paling tadah.. akhirnya kau sendiri rasa akibatnya..

    BalasPadam