Header Ads

ads header

Flash News

Setelah khianat PN Perak, kini Umno ‘pujuk’ PAS, minta terus bersama di Perak


PETALING JAYA
: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, mahukan PAS dan PPBM terus bersama Umno menerajui Perak setelah Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terpaksa berundur sebagai menteri besar.

Ahmad berkata walaupun Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, terpaksa meletak jawatan, barisan exco kerajaan negeri harus dikekalkan bawah pimpinan menteri besar baharu.

“Umno juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya.

Ahmad berkata demikian setelah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelas Ahmad, usul undi percaya di DUN Perak hanya melibatkan jawatan menteri besar dan tidak mengubah status kerajaan negeri pimpinan PN bawah teraju bersama Umno, PPBM dan PAS.

Sejumlah 24 daripada 25 ADUN Umno menolak Faizal dalam undi percaya belah bahagi manakala semua tiga Adun PAS menyokong beliau.

Dengan jumlah Adun paling ramai dalam DUN, kerajaan baharu Perak dijangka dipimpin oleh Umno.

MR: Semasa nak jatuhkan MB PN, minta bantuan DAP dan PKR tapi bila nak bentuk kerajaan nak minta PAS. UMNO ni jenis apa? Ada muka tak?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Suatu parti nasionalis pernah mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutunya dan sekarang parti nasionalis yang sama telah mengkhianati parti bumiputera yang menjadi sekutunya.

    Oleh sebab itu terdapat kemungkinan parti nasionalis akan kencing parti Islam untuk kali ke-2 maka parti Islam perlu berhati-hati sekarang bimbang pisang berbuah dua kali atau tangan dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang ular yg sama.

    Pengkhianatan telah bermula apabila parti nasionalis menjilat puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam. Bukankan ini menunjukkan sikap puak munafiqun ???

    BalasPadam
  2. Nama pon nasionalis..matlamatnya tembolok bukan ummah .

    BalasPadam
  3. dasar parti sampah.
    harap2 korang mampos lg sekali pd pru15.
    muafakat nasional konon.
    lancau.

    BalasPadam
  4. Ingatkan dlm parti nasionalist ramai cendekiawan, rupanya masih banyak sampah. Tak fikir masalah umum. Masih lagi berebut jawatan. Jika bersih, sudah lama sultan perak lantik mb dari parti nasionalist di awal kerajaan pn. Tapi sultan tak lantik. Politik wang untuk rebut jawatan, subur dlm parti ini, tidak dlm parti lain. Sekarang jadi pengkhianat sesama bangsa.

    BalasPadam
  5. Sudah2 lah, rba dapigs punya Komen, lebih kpd nak memecahbelahkan kesatuan ummah. Jgn terpedaya dgn hasutan mrk ni. Kita beri je Ketua kerajaan kpd yg berhak. Kalau kerusi Kita sikit, buat cara sikit. Beri sokongan dari belakang. Itu sifir mudah. Cuba Kita berada di tempat mrk, lagi mengamuk sakan.

    BalasPadam
  6. JAUH BEZA antara POLITIK ISLAM dan POLITIK BARAT...Rasullulah sebagi contoh terbaik sejak peristiwa Hajar Aswad dpindahkan bersama semua ketua kabilah hingga Piagam Hudaibiyah dan Negara Islam Madinah ialah untuk ubudiyah pada ALLAH,insan takwa adil amanah kerana pimpinan dan memimpin akan disoal nanti di Mahkamah Masyar

    BalasPadam
  7. pernah komen jangan dapat madu sepah dibuang/anjing tersepit mengigit orang yang menolongnya/kacang lupakan kulit/lupa daratan terbukti BERLAKU BILA genggam bara api hingga jadi arang....biar putih tulang jangan putih mata....yang dibimbangi TAMAK HALOBA menguasai diri

    BalasPadam
  8. Yg penting UMNO majoriti sokongan besar rakyat Perak yg berhak memimpin Perak...

    BalasPadam
  9. ALLAHUAKBAR bukan saja di PERAK...tetapi seluruh NEGARA bila ada pihak kemeLAYUan yang sanggup MATI BERDIRI HIDUP MELUTUT dengan TOKONG DAPIGS...PAS TETAP ISTIQAMAH dengan PRINSIP PERJUANGAN ISLAM walaupu secara sendirian sebelum semasa dan selepas ini..BILA RASA MALU tiada lagi...sedarlah MALU sebahagian daripada IMAN.

    BalasPadam
  10. WAHAI ARIFF MULUK dan sekutunya yang selalu menuduh dan menghina LEBAI suka bermuka-muka dan jual agama...LIHATLah SIAPA yang bermuka2 @ TALAM DUA MUKA MUNAFIK...mencari TALIAN HAYAT pada PAS...AKHIRNYA S46 PKR dan kini umNO SEMUANYA yang angkat kaki tanpa rasa BERSALAH / MALU

    BalasPadam
  11. Aku nk tgk jgk snggup ke lebai lepaskan habuan? Sikit hari lg si razman tu mesti u-turn.

    BalasPadam