Header Ads

ads header

Flash News

Sidang Dun Perak diteruskan esok di tengah kemelut politik


Di tengah kemelut politik Perak yang masih berlanjutan, Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu akan diteruskan esok.

Ini selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak mempunyai majoriti mudah untuk melantik seorang menteri besar berikutnya.

Speaker Dun Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan sidang DUN akan bersambung esok.

"Ya, sambung," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Malaysiakini menerima mesej yang mengatakan sidang DUN akan bermula petang esok.

"Mesyuarat ketiga tahun ketiga Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan. Dimaklumkan esok akan disediakan makan tengah hari bermula jam 12 tengahari," kata mesej berkenaan.

Kemelut politik di Perak bermula apabila Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan selepas tersingkir melalui usul undi percaya di Dun Perak pada 4 Dis lalu.

Berikutan itu, Umno yang mempunyai 25 Adun sebulat suara menamakan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai calon menteri besar.



Bagaimanapun, Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, menjelaskan Sultan Nazrin diyakinkan bahawa belum ada pihak mempunyai majoriti mudah.

Dia berkata demikian selepas Sultan memperkenankan sembah mengadap beberapa pemimpin yang menyampaikan pandangan masing-masing berhubung keadaan semasa dan pendirian parti dalam suasana politik di negeri itu.

Sementara itu, PAS negeri membatalkan rancangan mereka untuk mengadap sultan, manakala Bersatu berkata belum menerima titah baginda untuk menghadap.

Seseorang Adun memerlukan sokongan 30 Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sebelum dilantik sebagai menteri besar.

Buat masa ini, DAP mempunyai 16 Adun, diikuti Amanah mempunyai lima Adun, Bersatu (lima) dan PKR serta PAS tiga Adun, satu Gerakan dan seorang Bebas.

Sementara itu, sumber dari Umno dan PKR memberitahu bahawa persidangan esok adalah untuk menangguhkan sidang kali ini untuk ke satu tarikh yang baru.

"Esok bersidang untuk bentang usul untuk tangguh dewan," kata sumber Umno Perak itu. Perkara itu turut disahkan oleh satu lagi sumber dari PKR.

"Ya, bersidang untuk tangguh dewan," katanya.

Mengikut undang-undang tubuh negeri Perak, kerajaan negeri perlu melantik menteri besar dan sekurang-kurangnya empat exco sebelum mengadakan persidangan Dun.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: