Header Ads

ads header

Flash News

Sudah pasti kekal PM jika saya rancang tubuh PN, kata Dr M



PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad secara bertulis menafikan beliau yang merancang penubuhan Perikatan Nasional, mengatakan sudah pasti beliau kekal sebagai perdana menteri jika begitu keadaannya.

Jika ada sesiapa yang “beria-ia” merancang menubuh kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, “yang mendapat hasil paling lumayan”, katanya dalam kenyataan.

“PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh Umno secara ‘en-bloc’,” katanya. “Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan.”

Bekas perdana menteri ini mengulas suatu laporan yang memetik Azmin sebagai berkata pembentukan PN cetusan idea Mahathir, bertujuan untuk memastikan Mahathir kekal sebagai perdana menteri dengan sokongan pelbagai parti.

Bagaimanapun, pengunduran Mahathir pada awal tahun ini menyebabkan pelan itu tidak berjalan lancar dan meletakkan negara dalam krisis politik. Jika Muhyiddin tidak bertindak dalam masa singkat, katanya, “orang lain mungkin sudah bergegas ke Istana”.

“Satu-satunya pilihan bagi saya dan Muhyiddin pada masa itu ialah meninggalkan PH,” kata Azmin.

Mahathir bagaimanapun menarik perhatian kepada peristiwa sekitar penubuhan PN, termasuk pemilihan PKR, yang menyaksikan pertembungan sengit antara Azmin dan Rafizi Ramli, dan suatu video yang dikaitkan dengan Azmin.

“Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin dalam PKR dan juga PH amat terancam,” katanya, dan kerana itu, katanya, beliau faham kenapa Azmin merancang Langkah Sheraton.

“Jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi perdana menteri. Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.”

Mahathir juga mendedahkan Muhyiddin dan seorang lagi pemimpin PPBM, Hamzah Zainuddin, cuba meyakinkan beliau bahawa Anwar dan DAP sedang merancang menjatuhkannya dan kerana itu perlu bergabung dengan parti Melayu lain.

Namun ketika itu, Umno didakwanya menghasut kumpulan Melayu supaya membenci PH dan menabur “dusta” mengenai pelbagai isu seperti Statut Rom, Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum, kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Harimau Pembebasan Tamil Eelam, dan Tabung Haji.

Situasi itu mendorong beliau menghadiri dan menerajui Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt 2019, daripada membenarkan “kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman”.

“Yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Atok sembabg jgn KARI sgt At Atok pun dah tua mmg KETURUNAN dari KERAKA,,Resepi kari mmg kegemaran,Stok pung mmg TUE KERTA Malaikat pencabut Nyawa sentiasa menunggu Arahan drp ALLAH Sbb Atok dlm kategori VVVVVVViP do baik Atok meleoasjan sefaka apa yg ada utk ZUHUD fipengakhiran Usis

    BalasPadam
  2. Barang dah lepas. Yang kau pergi letak jawatan apasal? tiada siapa pun yg. suruh.
    Now you say this and that.
    Stupid old man.

    BalasPadam
  3. Masa KEGEMILANGAN TUN sudah sampai PENGHUJUNGNYA...TUN juga salah seorang yang MENGHANCURKAN KEGEMILANGAN UMNO..sebagai mana TUN perlakukan UMNO ...akan TUN hadapi pula pada diri sendiri...sepandai2 TUPAI melompat..akhirnya TERSEMBAM ke TANAH jua..

    BalasPadam
  4. Kalau peralihan kuasa kepada Anwar tak dimain2kan maka Tun masih lagi PM sekarang.. tulah nak nak berak tahan2.. sekarang dah terberak dalam seluar dan taik bertaburan.. kalau betul cakap Tun kenapa bila jatuh hanya Anwar yg disalahkan dan dijadikan sasaran kemarahan Tun??? Kenapa Azmin, Annuar Musa, Zahid, Hamzah tidak disasarkan sekali??? Jelaslah segala perancangan Tun dan kartel dari awal sebenarnya nak bunuh Anwar, tapi dgn Tun sekali geng2 kartel bunuh.. tapi akhirnya Anwar juga yg disalahkan.. kepandaian Tun dah abis dah.. yg tinggal bodo je.. simpan lah sikit utk anak cucu tu.. nanti tak merasa pulak mereka..

    BalasPadam