Header Ads

ads header

Flash News

Surat Terbuka Kepada YB Senator Tuan Guru Datuk Dr. Zulfikri Mohamad Al- Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Assalamualaikum Wbth. YB Senator Tuan Guru.

1. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Tuan Guru, terganggu dengan kehadiran surat terbuka ini.

2. Ringkasnya, surat ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang dhaif lagi faqir ini berkaitan situasi suasana sepi di masjid dan surau buat masa sekarang ini.

3. Kami para jemaah masjid dan surau yang terjejas umumnya, maklum ijtihad ketetapan berkaitan S.O.P di masjid dan surau telah diambil dengan cermat dan sebaik mungkin.

4. Ini bagi memastikan untuk mengelakkan FITNAH timbul kluster baru dari mana-mana masjid atau surau dengan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya.

5. Mohon maaf YB Senator Tuan Guru, bagi kami yang jahil ini dengan menghalang atau membatasi kehadiran jemaah yang sangat tidak masuk akal untuk beribadat di Rumah Allah inilah FITNAH yang sebenarnya.

6. Kami percaya YB Senator Tuan Guru, sendiri sangat sedia maklum bahawa pematuhan S.O.P penyekatan penularan COVID-19 oleh para jemaah adalah yang paling berdisiplin dan terbaik.

7. Kami tak pernah berlaga bahu, mematuhi jarak satu meter, masuk ke masjid / surau dengan penuh tertib. Lepas solat kami tidak duduk dekat-dekat bahkan tidak bersalaman seperti biasa.

8. Keadaannya jauh berbeza dengan apa yang kami sering lihat berlaku di Pasar Malam, pasaraya, restoran-restoran, kedai-kedai runcit yang jauh lebih ramai, bersesak-sesak dan seakan tiada S.O.P langsung.

9. Namun tidak pula kedengaran pembatasan kehadiran pengunjung pasar hanya di hadkan 40 orang sahaja, hanya AJK Pasar Malam sahaja yang boleh hadir. Kena bawa pinggan dan gelas sendiri dan sebagainya seperti seakan S.O.P di masjid dan surau.

10. Pengunjung tempat-tempat seperti ini juga datang dari pelbagai tempat yang kita tidak tahu status kesihatan mereka. Sedangkan kami ahli kariah dari kampung atau dari kawasan kejiranan perumahan yang kebanyakan tidak kemana sepanjang PKPB / PKPP ini. Maksud saya, biasanya jemaah masjid dan surau adalah orang yang sama sahaja.

11. Kami tak pandai hendak berdalilkan nas Al-Quran ataupun Hadith untuk membenarkan situasi sepi yang menyedihkan ini berterusan bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sedih sangat masjid dan surau sepi tapi meriah di pasar dan restoran.

12. Namun kami yang jahil dan faqir ini yakin dengan kita semakin meramaikan kehadiran ke rumah Allah, untuk sama-sama berdoa, merayu dan merintih kepada Allah. Agar virus ini segera diangkat oleh Allah SWT itu lah yang terlebih baik. Bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN ?

13. YB Senator Tuan Guru, kita sudah melihat dengan cara dan ikhtiar manusia selama ini tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas. Bahkan sekarang semakin tinggi kes baharu setiap hari.

14. Barangkali, Allah SWT hendak beritahu kita cukuplah selama ini kita hanya yakin dan banyak bergantung pada sesama manusia. Marilah kita lebih meyalini dan banyak bergantung hanya pada-Nya pula.

15. Kami bukan ingin mengingkari S.O.P yang telah ditetapkan, cuma biarlah jumlahnya kehadiran jemaah adalah mengikut size masjid dan surau sedia ada. Itu sahaja yang kami mohon YB Senator Tuan Guru.

Kami yakin dengan kebijaksanaan dan kemuliaan YB Senator Tuan Guru, dapat berlapang dada dengan permohonan kami yang dhaif ini.

Yang Dhaif dan Faqir,

Ustaz Hj Kamil Bin Sidek.
Jemaah Masjid Darul Falah,
Kampung Bukit Hijau,
Jeram, Selangor.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Masa lepas pkpb pertama masjid surau buka yg hadir hanyalah cicak dan lipas,,puak sembang kemas melalak2 minta buka hilang d alam.maya,,

    BalasPadam
  2. Bagus juga lontaran itu,hakikatnya di mana-mana persoalkan kewajaran had jumlah hadir sehinggakan berbalah kerana tidak terpilih antara 50 orang.Namun semasa masjid dibuka sepenuhnya tiada yang bising kahadiran tak ramai.Hujah kedai dan masjid diletakkan sama .Sebenarnya doa boleh di tempat selain masjid selagi bukan maksiat dan tempat kotor.
    Kita rasa ijtihad ulamak itu asing sebab kita tidak pernah lalui.Serahlah kepada pakar buat keputusna untuk maslahat umum.Mufti tidak tahu semua ilmu sains,maka mufti rujuk KKM.Allahpun menyuruh kita bertanyakan kepada yang lebih tahu.

    BalasPadam
  3. Wilayah persekutuan atas kuasa menteria agama dan perkenan YDPA dah buat. Lain2 negeri atas kuasa pihak agama negeri dan sultan.

    BalasPadam
  4. Berkata BENAR sebenarnya MANIS LETING

    BalasPadam
  5. Gegar vaganza blh pggil jemaah. Abpbh blh panggil jemaah.
    Tiba kat masjid, xleh jemaah. mcm2 dalil kluar. Ni kerajaan isley ke kerajaan Dap???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda kemaksiatan, kemungkaran dan hiburan hedonisme mudah menjinak manusia krn ianya selari nafsu manusia yg lupa akan timbangan dan seksa kubur.

      Perkara-perkara maaruf spt solat berjemaah, hanya mendapat sambutan drp mereka yg merasai kemanisan iman kerana nafsunya telah dikawal, selain mereka memahami tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah yg mengejar redho Allah sementara hidup sebelum mati.

      Padam
  6. Surat salah alamat ni. Menteri Agama Dr Zulkifli, bukan Zulfikri. Susah nak sampai ni... ��

    BalasPadam