Header Ads

ads header

Flash News

Syarikat pembekal daging, 2 pengarah didakwa guna logo halal tak diperakui




Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa, awal bulan ini.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan merupakan pemilik dan pengarah syarikat Raihanah Enterprise, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage yang diwakili pasangan suami isteri itu didakwa memperakui bahawa perkhidmatan berhubung dengan syarikat tersebut adalah halal dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.

Mengikut pertuduhan kedua, Rahman dan Raihanah, dituduh secara bersama selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, pada sebuah lori jenama Mitsubishi.

Syarikat Raihanah Cold Storage dan kedua-dua pengarah syarikat tersebut didakwa melakukan perbuatan terbabit di premis perniagaan Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, di Taman Perniagaan Setia, di Johor Bahru, kira-kira 1 tengah hari, 1 Dis lepas.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (A) perintah yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, denda sehingga RM500,000.

Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat, pula didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (B) perintah yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T. Ashvinii, yang memohon mahkamah mengenakan wang jaminan masing-masing RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Rahman dan Raihanah bagi pertuduhan kedua itu, memandangkan kes logo halal mendapat liputan meluas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili pasangan itu, bagaimanapun, merayu jaminan dikurangkan dengan alasan syarikat itu masih beroperasi dengan memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri itu menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut.

-Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Fuu..kalo zaman ph ni, ntah bape ramai ulamak2 jadian terpekik terlolong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah kartel daging telah beroperasi di zaman KERA jaan Pee H ?? RBA muka tembok menyalak histeria membuka pekung Pee H sendiri.

      Padam
  2. Raihanah Cold Storage tu tiada kena mengena dengan Kartel Daging tu.

    BalasPadam
  3. Operasi kartel daging berskala besar tetapi hanya dua orang yang didakwa mahkamah ? Sangat tidak logik !!!

    BalasPadam