Header Ads

Header ADS

Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan...



Semalam The Edge Malaysia melaporkan mengenai mereka mendapat beberapa dokumen termasuk minit mesyuarar PRASARANA yang dipengerusikan oleh DS Tajuddin Rahman. Beberapa keputusan dilihat sangat drastik dan boleh mengundang pertikaian ialah antaranya Prasarana harus mengeluarkan RM80juta bagi tujuan menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah Bersama (JLDA). Lebih menarik ialah ia turut melibatkan syarikat yang mana isteri dan anak pengerusi Prasarana itu terbabit sebagai lembaga pengarah.

Persoalan timbul jika syarikat gagal kenapa bayar pampasan ... ambil alih sahajalah atas alasan GAGAL ! Prasarana nak ambil alih tanah milik Prasarana yang gagal dibangunkan oleh kontraktor terpaksa bayar ?!?!?!

Selain itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana juga dikatakan digantung kerana ada kaitan mengenai ketidak persetujuan dia mengenainagihan projek. Juga untuk makluman semua selepas lantikan Pengarah Pilihanraya Umno itu sebagai Pengerusi Prasarana beberapa tender terbuka yang telah diperingkat akhir proses telah dibatalkan prosesnya, dan ditender semula oleh syarikat baru secara tiba tiba.

Sebelum ini keluarga Tajuddin pernah didedahkan dan dikaitkan dengan projek mewah berkaitan UiTM Tapah sebelum PRU lepas.

Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan... dan jika ia fitnah wajib saman The Edge Malaysia jika tidak dia wajar berundur ... dan SPRM wajib buka siasatan.

Che'GuBard Original



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sekiranya benar berlaku maka inilah keparat2 yg masih ada dlm umno yg tamak segala2nya yg boleh menghancurkan negara, agama dan bangsa

    BalasPadam
  2. Kita mohon SPRM menyiasat semua dakwaan dalam artikel di atas untuk kebaikan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  3. Betul.
    Terlampau banyak salah laku yang menyebabkan keadaan kita menjadi parah dan agensi kerajaan lemah.
    Ini perlu diperbaiki.

    BalasPadam
  4. SPRM mesti siasat betul ke xbetul.
    80jota tu.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.