Header Ads

Header ADS

Takiyuddin ‘menteri penyelaras’ antara Putrajaya dan Kedah, kata setpol menteri


PETALING JAYA:
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Takiyuddin Hassan turut dilantik ‘menteri penyelaras’ antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah, selepas tersebar tangkap layar perbualan beliau dan menteri kewangan mengenai projek pembangunan di negeri itu.

Peranan Takiyuddin sebagai ‘penyelaras’ antara Putrajaya dan Kedah yang tidak diketahui umum sebelum ini mendorong setiausaha politik beliau, Wan Rohimi Wan Daud, membuat penjelasan mengenai peranan Takiyuddin.

Wan Rohimi berkata tangkap layar perbualan Takiyuddin dengan Tengku Zafrul Aziz berhubung sebuah projek di Kedah sengaja dipetik “di luar konteks” dengan niat “curang” untuk membina persepsi negatif dan mencemarkan nama baik pihak berkaitan.

Perbualan itu dilaporkan merujuk kepada penglibatan anak syarikat kerajaan negeri dan sebuah syarikat swasta sebagai rakan usahasama dalam projek pembangunan berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Takiyuddin telah dilantik perdana menteri sebagai menteri penyelaras antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Kedah yang berkuatkuasa mulai 1 Sept 2020,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan penjelasan Wan Rohimi, Takiyuddin selaku penyelaras berperanan sebagai pengukuh hubungan, pemudah cara, atau pengerusi bersama dalam hal-hal tertentu:

  • Memperkukuhkan kedudukan dan perhubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah dengan penyampaian maklumat yang tepat agar selari dengan dasar-dasar negara;
  • Memberi tumpuan khas sebagai pemudah cara terhadap isu-isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan antara kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah;
  • Menjadi pemudah cara kepada urusan penyaluran bantuan kebajikan kepada rakyat Kedah daripada kerajaan persekutuan;
  • Pengerusi bersama dengan menteri besar Kedah berhubung dengan pengurusan bencana; dan
  • Apa-apa tugas yang diarahkan oleh perdana menteri dari semasa ke semasa yang melibatkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah.

Perbincangan itu, katanya, “sebahagian daripada bidang tugas dan tanggungjawab Takiyuddin atas kapasiti beliau sebagai menteri penyelaras” untuk memberi tumpuan khas sebagai “pemudah cara khususnya dalam hal pembangunan yang melibatkan kementerian atau jabatan atau agensi persekutuan dan kerajaan Kedah”.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Tuan Ibrahim Dipilih 7 Menteri Alam Sekitar Terbaik di Asia....ALHAMDULILLAH
    contoh LEBAI tak pandai buat kerja dan bermuka2.. khas Untuk ARIFF MULUK dan pembenci tegar PAS.

    Sumber : http://www.asiabusinessinfo.com/2020/12/13/asiabusinessinfo-international-award-2020-category-the-best-7-asia-forest-and-ecology/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa punya web ni? Kata asia tp ada org dr Iran dan India. Sejak bila 2 negara tu bawah asia???

      Padam
    2. AWANAMA 10:18 PTG...kau dulu sekolah @ tidak..???...ASIA itu BENUA...termasuklah IRAN dan INDIA...

      Padam
    3. Minangcampur taik. Ko msk sekolah terencat akal ye? Ko tgk peta 500 negara adham baba ke?
      Camtu seluruh tanah arab, eropah, afrika smpi rusia dh kira benua asia la ye? Gi minum air suam byk skit. Jgn minum ketum je..

      Padam
    4. AWANAMA 11.19 PG. aduh lemah geografi rupenya..

      Padam
    5. AWANAMA 11:19 PG dah terlampau banyak minum air taik aku...tu sebab BENGONG dan BENGAP dalam HAL GEOGRAFI...KALAU AKU TANYA DI MANA LETAKNYA TANJUNG RAMBUTAN
      ...DAH TENTU JAWAPANNYA KAT SIBERIA...KALAU AKU TANYA SIBERIA LETAKNYA KAT MANA...DAH TENTU JAWAPANNYA KAT ANTARTICA..😂😂😂🤣🤣😂

      Padam
  2. Apasal komen lari jauh dari artikel??

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.