Header Ads

ads header

Flash News

Tazkirah 2016 dalam Harakah “kitab Injil sudah dipesongkan” pun geng PH nak saman Abdul Hadi


Dua individu dari Sabah menggesa Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana dikatakan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dalam lidah rasmi parti itu, empat tahun lalu.

Maklin Masiau, 48, dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian, 64, menuntut deklarasi bahawa Hadi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Hasutan.

Mereka yang memfailkan tuntutan itu di mahkamah tinggi minggu lalu, juga mahu deklarasi bahawa Hadi tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri.

Pada 2 April lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, sebagai wakil khas Malaysia ke Timur Tengah.

Ini berlaku sebulan selepas pemimpin PAS itu menjanjikan sokongan partinya terhadap kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri susulan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.

Dalam saman pemula difailkan Tetuan R Kengadharan & Co, mereka berkata Hadi membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dan/atau mubaligh Kristian dalam akhbar Harakah pada 18 Januari 2016.

“Sudah lebih empat tahun sejak defendan (Hadi) mengeluarkan kenyataan itu, tetapi tiada pendakwaan terhadapnya,” kata plaintif.

Dokumen diserahkan ke ibu pejabat PAS di sini, manakala Peguam Negara diberikan satu salinan semalam memandangkan kes itu litigasi kepentingan awam bertujuan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Mereka berkata, tuntutan itu difailkan kerana tiada sesiapa termasuk pendakwa raya (yang juga Peguam Negara) mahu mengemukakan saman terhadap Hadi.

Dalam afidavit menyokong tindakan itu yang dilihat FMT, plaintif juga berkata, kenyataan Hadi diterbitkan semula oleh FMT pada hari sama.

“Kami dengan hormat percaya defendan membuat kenyataan yang tidak berasas dan memfitnah orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian.

“Kenyataan defendan menjejaskan masyarakat Kristian di negara ini, seterusnya menjadi isu kepentingan awam,” kata plaintif.

Menurut mereka, falsafah Hadi yang berbaur hasutan turut dicerminkan dalam kenyataan pada 28 Ogos lalu oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Zawawi Salleh di Dewan Rakyat, “kitab Injil sudah dipesongkan”.

MR : 2 orang penyokong PH ini tahu tak HARAKAH ITU UNTUK AHLI SAHAJA sama dengan AKHBAR KRISTIAN DI SABAH untuk ahli sahaja. Kalau macam tu kita saman pula akhbar Kristian yang kata Nabi Isa anak Tuhan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Memang bible telah pun dipesongkan.
    Buktinya banyak.
    Mereka yang menyaman perlu juga membawa bukti bahawa Bible itu sahih sejak ianya di cetak 400 tahun selepas wafat nya Nabi Isa.
    Mereka akan kalah saman, dan jika mereka kalah, ajaran Kristian akan bakal diharamkan di Malaysia atas alasan ini.

    BalasPadam
  2. Kerana Bible telah dipesongkan itulah yang menyebabkan datangnya Nabi Muhammad saw sebagai Nabi Terakhir. The Final Prophet. Dan kerana itulah juga Turunnya Al Quran sebagai penutup wahyu.
    Al Quran adalah The Final Testament.
    Kitab Taurat dan Zabur adalah Old Testament.
    Kita Injil adalah New Testament.
    Quran pula adalah Final Testament.

    BalasPadam
  3. Aku harap kali boleh masuk mahkamah. Biar padan muka yng menyaman. Kenapa nak berlembut. Memang dah sah terpesong.

    BalasPadam
  4. Bukankah ayat Bible sendiri telah mendakwa bahawa 'kitab Injil sudah dipesongkan' oleh penulis kitab Injil sendiri ?

    Bukti:

    "'How can you say, "We are wise, for we have the law of the LORD," when actually the lying pen of the scribes has handled it falsely?

    Jeremiah 8:8 (New International Version )


    BalasPadam
  5. beberapa ulasan secara ilmiah olih seorang professor, pandangan yang sepatutnya membuat hati buka walau pun pahit

    https://www.youtube.com/watch?v=xIgwJf-BCxA
    https://www.youtube.com/watch?v=KkoxwN-7TT0
    https://www.youtube.com/watch?v=6JU9J0XVlzQ
    https://www.youtube.com/watch?v=NaF9xGBDS7g

    BalasPadam