Header Ads

ads header

Flash News

Tengking-menengking dalam mesyuarat Umno Seremban


Mesyuarat Umno Seremban pada malam Isnin dilaporkan kecoh apabila berlaku pertengkaran mulut membabitkan beberapa anggota jawatankuasa termasuk Ketua Pemudanya Zool Amali Hussain.

Sinar Harian melaporkan kekecohan bermula setelah mesyuarat didakwa ditangguhkan dan ada yang tidak sempat bercakap.

“Keadaan menjadi lebih tegang apabila muncul sekumpulan individu lain yang bukan dalam kalangan ahli mesyuarat,” lapor harian itu.

Memetik Zool Amali, mesyuarat khas itu dilaporkan diadakan bagi menentukan pelaksanaan mesyuarat Umno bahagian sama ada akan dibuat secara maya atau bersemuka.

"Tapi baru lima minit mesyuarat, ia ditangguhkan,” katanya.

Dia mendakwa cubaannya penjelasan dihalang beberapa individu.

Dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari yang sama.

Video kekecohan tersebut turut tular di media sosial sejak malam Isnin.

Berdasarkan rakaman itu, terdapat insiden tengking-menengking yang butiran pergaduhannya tidak jelas.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Anuar patut bersara dari dunia politik...
    Anuar dah tak sesuai lagi dlm.kancah politik hari ini...malah anuar adalah liabiliti dlm PH dan umat melayu, apa lagi utk nenang dlm pru akan datang ini...

    BalasPadam