Header Ads

ads header

Flash News

Terhimpit antara sekutu, PAS mesti tunggu peluang terbaik, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik berkata PAS, yang terhimpit antara sekutu Umno yang keberatan dengan PPBM, akan terus mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” daripada menyebelahi mana-mana pihak.

Tetapi jika terpaksa memilih, parti Islam itu akan berpihak kepada PPBM, kata bekas ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan. PAS pragmatik dan sedar sepenuhnya mereka memerlukan sekutu untuk pilihan raya akan datang.

“Pendekatan tunggu dan lihat mereka amat berkesan setakat ini dan saya percaya status quo sesuai dengan mereka. Mereka akan lebih cenderung untuk berpihak kepada PPBM kerana rundingan kerusi akan lebih mudah, dan pertembungan kerusi akan menjadi minimum.”

Azmi Hassan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan juga berkata, jelas PAS mahu ketiga-tiga parti itu bersatu. PAS juga sedar PPBM lebih memerlukan mereka berbanding Umno, yang sanggup bergerak sendiri.

“Jadi PAS akan mempunyai lebih banyak pengaruh dengan PPBM kerana mereka memerlukan rakan politik yang kuat terutama jika mereka perlu berdepan Umno,” kata Azmi. Kebergantungan PPBM kepada PAS bermaksud PAS dapat memiliki suara lebih besar dalam politik dan pentadbiran, dan akan memperkuatkan kewibawaan parti itu dalam kalangan pengundinya.

Azmi berkata, beliau percaya PAS akan mempunyai peluang lebih baik jika bekerjasama dengan Umno bukannya PPBM, tetapi ia bukan pertimbangan utama parti itu. Pada masa sama, katanya, selalu ada ruang untuk berdamai bagi PAS dan BN sekiranya mereka bertembung dalam pilihan raya.

“Tetapi pemimpin PAS mesti tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka lebih kuat dengan Umno,” katanya.

Bridget Welsh.

Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia percaya secara idealnya, PAS tidak mahu memilih antara Umno dan PPBM tetapi lebih cenderung memilih PPBM kerana meletakkan parti itu dalam kedudukan lebih besar melalui akses kepada kuasa persekutuan.

Beliau berkata, jika BN memilih untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional, PPBM memerlukan PAS “lebih dari sebelumnya” untuk jentera pilihan raya mereka.

“(Tetapi) secara idealnya, PAS mahu semua orang bersama kerana ini untuk keuntungan mereka. Mereka sedar perpaduan antara parti politik Melayu adalah kekuatan bagi mereka. Ini sebahagiannya mengapa terdapat banyak penekanan terhadap naratif menyatukan semua orang bersama.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. PAS pasti Bangkitt

    BalasPadam
  2. Gabungan parti Islam dan parti bumiputera adalah gabungan terbaik menentang parti keris telanjang dan Pee H kerana parti keris telanjang yang tamak tidak teragak-agak untuk mengkhianati sekutu dan rakannya sendiri berdasarkan rekod buruk keris telanjang semdiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika parti keris telanjang masih mahu menyertai parti Islam dan parti bumiputera menentang Pee H pimpinan puak kafir harbi roket, parti keris telanjang perlu menunjukkan kejujurannya dengan memecat pemimpin-pemimpin keris telanjang yang menentang perpaduan ummah. Mungkin mereka ini adalah musang roket berbulu ayam, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimut.

      Gabungan parti Islam, parti bumiputera dan parti keris telanjang boleh mengalahkan Pee H pimpinan parti kafir harbi roket secara total dalam PRU yang akan datang.

      Padam
  3. kesilapan pas ialah apabila menyertai pn,,bersama ppbm dan pkr blok azmin. Ppbm perbodoh pas ja sebenarnya,,ppbm guna pas untuk main tarik tali dgn umno. ppbm akan guna pas untuk berebut kerusi drpd umno. Pas pun nak guna ppbm untuk minta kerusi..pas main kayu tiga,,serampang dua mata. Seeloknya,,pas hanya bersama umno ja dlm MN. Dah cukup kuat dan menggerunkan lawan. entah kenapa pas sertai pn tanpa berbincang dgn umno,tapi aku yakin,,tujuannya nak "makan keliling". Alasan pak cantumkan semua parti melayu islam , tak betul sepenuhnya,,kerana pan dan pkr anwar pas tak jemput sekali. pada hal, dgn kekuatan MN, ppbm , pkr anwar dan pan tiada peluang menang pru15 nanti. tapi, ppbm nampak,,hanya dgn mengajak pas sertai pn, maka ppbm akan minta kerusi ditempat yg mereka menang pd pry lalu, termasuk kerusi umno yg lari ke ppbm. ni punca umno marah. sapa pun akan marah....pas dgn umno tiada masalah sebenarnya dari sudut pembahagian kerusi,,tp buruk sangka pas terhadap umno bahawa umno akan perkuda pas,,masih menebal. ini saki baki "ajaran sesat" pas kpd ahli2 yg amat sukar diubati. akhirnya, pas sendiri tersepit.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup-cukuplah RBA ternakan parti kafir harbi roket menyamar sebagai barua keris untuk melaga-lagakan parti keris dengan parti Islam dan parti bumiputera supaya perpaduan ummah berpecah-belah dan kaum Melayu menjadi lemah.

      Jika ini berlaku, puak kafir harbi dan khadam munafik liberal boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

      Kita merasa kasihan melihat puak RBA menyalak histeria seperti anjing gila kerana puak kafir harbi dan khadam liberal mereka telah gagal memerintah negeri Prk.

      Mungkin upah dedak haram cap roket untuk puak RBA akan dipotong kerana puak RBA telah gagal melaksanakan misi jahat melaga-lagakan kaum Melayu.

      Maka menanggislah dan meraunglah kepala bapak kafir harbi roket dan kroninya di tepi loji tahi kerana agenda 999 tahun dll telah gagal.

      Cukuplah 22 bulan Islam dan umat Islam dihina dan ditindas dan rakyat dikencing oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka.

      Padam
    2. Rba pandapigs tengah ambil peluang memecahbelahkan gabungan parti melayu. Mrk menyamar dan menjadi jurucakap bagi pihak UMNO, PAS dan Bersatu. Komen mrk untuk menambah kebencian sesama parti melayu supaya mrk berpecah.

      Padam