Header Ads

ads header

Flash News

Tiada kejutan jika UMNO bersekongkol dengan DAP di Perak - Srikandi Muda


KUALA LUMPUR:
Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkejut sekiranya UMNO sanggup bersekongkol dengan DAP demi kuasa dalam kemelut politik di Perak.

Pengerusinya, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, ia sifat parti itu yang tidak mampu diubah walaupun ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lepas.

"Kita menzahirkan rasa kesal ke atas apa yang berlaku di negeri Perak. Ia membuktikan bahawa parti-parti yang dianggap rakan seperjuangan untuk memartabatkan orang Melayu di negeri Perak telah berpaling tadah dan memberi ruang kepada kerajaan bukan Melayu untuk berkuasa.

"Ia juga menggambarkan kerakusan kuasa oleh kumpulan mereka yang tamak haloba," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, ADUN Chenderiang yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya di Sidang Dewan Undangan Negeri pagi Jumaat dengan 48 menolak manakala 10 lagi ADUN menyokong dan satu undi berkecuali.

Dalam pada itu, Ema Syuhaili berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa undi percaya hanya untuk menukar Menteri Besar Perak adalah tidak relevan sama sekali.

"Hal ini kerana Perkara 16 (6) Undang Tubuh Negeri Perak (dan Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan) memperuntukkan; apabila Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti Dewan, dia hendaklah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar (atau menasihatkan untuk bubar Dewan).
"Apabila Menteri Besar telah meletakkan jawatan, maka Kabinet atau Exco secara automatiknya akan terbubar dengan sendiri.

"Maka, kerajaan yang didominasi Melayu untuk membela orang Melayu di Perak telah runtuh sama sekali oleh perbuatan 'tangan-tangan UMNO' yang terlalu ghairah untuk berkuasa." tegasnya.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa parti politik di negeri Perak untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawab Sultan Nazrin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Tak perlu ajak dap pun utk tubuh kerajaan Baru. Cuma tukar je mb Baru dgn sokongan PN dan MNN yg sedia ada. Yg sikit kerusi, buat cara sikit kerusi. Beri sokongan dari belakang. Yg banyak kerusi, jalankan kewajipan, amanah dgn ikhlas. Kalau tak ikut sifir yg mudah tu, sampai bila2 pun tak akan ada yg berpuas hati. Cuba Kita duduk di tempat mrk, adakah Kita masih boleh berpuas hati. Sultan perak suruh Cari formula yg terbaik, so carilah formula yg boleh win win. Formula yg digunapakai skrg ni pun dah memecahbelahkan kesatuan. Kita beri tempat kpd yg berhak.

    BalasPadam
  2. Kepada srikandi ppbm,tolong sedar dan teliti fakta terdahulu sblm menuduh umno mahu berpakat dgn dap kafir harbi untuk bentuk kerajaan. sejarah menjadi bukti bahawa umno,,satunya2 parti melayu yg tidak pernah bersekongkol dgn kafir harbi dap ini. Yang menjadi penjilat babi dap ialah pas,pkr dan ppbm. ini. Pas sudah sedar,tetapi serpihan pas iaitu Pan,,sehingga saat ini tetap penjilat dap. ppbm pun sudar sedar,,sebahagian pkr iaitu blok azmin pun dah sedar. Jadi,,tolong sedar fakta ini. ya,,betul,,dlm politik apa sahaja boleh berlaku. tetapi,,tidak bagi umno,,umno sama sekali tidak akan bersekongkol dgn dap insyallah. tetapi,,ppbm ada kemungkinan kembali bersama dap demi kuasa,,peja sendiri berkata "saya rindu kod kawan2 dlm ph"...Pas,,bila pas berkata " tak akan bergabung untuk bentuk kerajaan perak "..maka kebodohan pas adalah bertingkat2 . apa ertinya memetrai piagam MN bersama umno , tp tidak mahu bersama umno yg ada 25 kerusi bentuk kerajaan ? namun,kita tunggu keputusan pas pusat,,kita bimbang su agong pas memandai2 ,,sama seperti isu pas bertanding di prn sabah dahulu. ikut maklumat,,takiyuddin hassan ini sedang buat "taik" dlm pas. Ikut lojik,,pas hanya ada 3 kerusi,,ikut dan sokong keputusan ramai la. bentuk kerajaan baru,tanpa dap dan pkr anwar,apa masalah? pilih mb dari parti yang paling banyak kerusi. selesai masalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya kenapa Tak bincang dulu dgn PAS sebelum buat keputusan. Inikah yg dikatakan muafakat? Buat keputusan dulu lepas tu ajak PAS suruh setuju. PAS diperlakukan oleh UMNO sama macammana PKR buat kepada PAS dgn langkah kajang. Harap WASPADA jgn Komen ikut kehendak UMNO saja. Kena fikir juga tentang PAS yg Tak pernah diajak berbincang tentang undi Tak percaya pada Peja. Kenapa? Mungkin UMNO fikir sebab UMNO ada 25 kerusi Dan PAS hanya 3 kerusi ke? Kalau macam tu UMNO Tak perlukan PAS pun utk tubuh kerajaan baru kenapa nak drag MN bersama dlm masalah yg UMNO cipta sendiri.

      Padam
    2. setuju, jika benar umno tidak berbincang dgn pas terlebih dahulu sebagai rakan sekutu. umno tidak bincang dgn pas mungkin kerana pas sekutu ppbm dlm PN. ini masalahnya bila pas sendiri tidak berbincang dgn umno sblm ambik keputusan sertai PN. Hakikatnya,,MN sendiri sudah cukup kuat untuk menang pd pru15 nanti. tp pas,,telah diperbodohkan ppbm agar sertai PN. PPBM hanya nak guna pas untuk beri tekanan kpd umno , terutamanya isu kerusi pada pru15. Tanpa dap,pkr ,siapa lah ppbm? okay,,berbalik isu perak, jika umno beritahu pas pun,,pas tak akan setuju kerana pas rakan sekutu ppbm. Ini tiada masalah, bila usul dibacakan,,pas sokong undi percaya,,ini tiada masalah dan tindakan pas betul dan ikut lojik. Tetapi, bila suara majoriti tidak sokong, pas kena terima hakikat ini. dgn satus quo yg ada,,umno,pas dan ppbm,,bentuk lah kerajaan baru dgn memilih mb yg dioersetujui,,JANGAN buat statement " pas tak akan bergabung bentuk jerajaan baharu"...ini dah tak ikut lojik kerana
      - pas bersama umno dlm MN.
      - ini suara majiriti tak percaya kpd mb.
      kenapa hanya bertindak lojik dgn ppbm,,tidak ikut lojik kertika isu berkait dgn umno? isu siapa tikam siapa,,,jgn sesuka hati menuduh umno tikam pas...lagi satu,yg dua kali kena patuk ular,,ialah PAS,tp bukan umno yg patuk pas,,tetapi ular atau babi dap yg patuk.
      - pertama ketika bersama dap didalam BA.
      - kedua,,ketika berrahaluf siyasi sekali lagi dgn dap didalam ph,,sekalipun tahu,,dap selamanya2 menentang agenda islam pas.
      terapi,boleh kerana objektif sesat pas ( iaitu mahu menjatuhkan umno keraba umno adalah musuh untama pas ), pas sekali lagi bersama dap, dan seperti dimaklumi,,pas akhirnya ditendang keluar dgn hina dari PH. paling hina pas ialah ketika calon ph , Diana Yusuff dari dap ptk teluk intan declare di atas pentas " saya sekalipun org islam, tp saya menentang hudud kerana saya ikut dasar parti saya"..jadi,,tolong sedar,,bukan umno yg patuk pas,,tolong baca sbb kenaoa pas dikeluarkan dari kerajaan perikatan dahulu,,,siapa yg buat onar di kelantan dahulu sehingga membawa kod perisytiharan darurat? jgn percaya kepada kata2 " umno bila dia tak kuat, dia ajak kita ( pas ) bersama, bila dia kuat,,dia akan tendang kita "...inilah kata2 pimpinan pas dipentas ceeamah yg aku selalu dengar dahulu. dulu aku percaya ,sekarang aku dah tidak jumud seperti dahulu,,

      Padam
    3. Wah barua meno salahkan pas pula sedangkan pas adalah sekutu MN dan PN.

      Mengapa barua meno sibuk menyalahkan pas sedangkan umno yang bertindak yang menggulingkan MB PN dan MP umno sendiri berada dalam kerajaan PN? Bukankah ini satu pengkhianatan oleh umno sendiri ? Bukankah pas sendiri petnah menjadi mangsa percaturan politik umno sebelum ini ?

      Bukankah ini menunjukkan barua meno bersikap hipokrit dan double standard ?

      Padam
    4. Pembetulan perenggan ke-2 komen 11:45 :

      Mengapa barua meno sibuk menyalahkan pas sedangkan umno yang bertindak yang menggulingkan MB PN walaupun MP umno sendiri berada dalam kerajaan PN?

      Padam
    5. Memang PAS kene dipersalahkan 100%.. ikut je la ape UMNO dah buat tu.. yg penting tukar macamane pun kerajaan tetap kene Melayu Islam.. buatnye UMNO tu kerjasama ngan DAP lagilah PAS yg akan dipersalahkan.. sanggup merajuk dan melepaskan kerajaan melayu Islam kat kafir dgn alasan MB kene guling.. kan bodoh bingai tu.. kalau setakat MB je yg kene tukar takkan sampai jadi merajuk sebodoh tu PAS ni.. yg penting sekarang mengekalkan kerajaan Melayu Islam.. UMNO buat tu sebagai amaran buat Bersatu jgn jadi besar kepala walaupun kerusi ciput.. jgn ingat kat pusat PM dari Bersatu nak cuba2 berlagak kat negeri.. takkan itu pun PAS bebal sgt susah nak paham..

      Padam
  3. Jika parti nasionalis berani mengkhianati parti bumiputera, maka tidak mustahil parti nasionalis mungkin akan mengkhianati parti Islam pada suatu masa nanti.

    Maka parti Islam perlu berhati-hati dengan parti nasionalis yang sanggup menggulingkan sekutu sendiri kerana parti Islam sendiri pernah menjadi mangsa kerakusan parti nasionalis menyebabkan kerajaan parti Islam tumbang.

    Jangan biarkan ular yang sama dari lubang yang sama mematuk parti Islam berulang kali atau sejarah lama berulang kembali.

    Orang bodoh sahaja yang percaya pada janji pengkhianat kerana pengkhianat akan mengkhianati janjinya sendiri tanpa sebarang keraguan atau perasaan malu kerana agenda peribadi pengkhianat adalah lebih penting dari sekutu.

    BalasPadam
  4. Ada barua umno sini,adalah bodoh,angkuh dan sifat samseng.bye2 umno,bye2 PH

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika "bye2" umno," bye2" ph,,habis pas mahu bekerjasama dgn ppbm ke? nak hadapi pru15 tanpa umno ? habis,,apa gunanya MN ? jgn la nak tunjuk bodoh kat sini.

      Padam
    2. Jika barua nak tulis komen untuk kencing rakyat pun agak-agaklah. jgn la nak tunjuk bodoh kat sini. Adakah barua fikir pas baharu ditubuhkan dalam tahun 2020 ?

      Tanpa umno dan ph pun, pas tetap terus wujud untuk berpolitik dan berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam sejak pas ditubuhkan sebelum tahun 1951. lagi.

      Padam
    3. Pembetulan perenggan ke-2 komen 11:35 :

      Tanpa umno dan ph pun, pas tetap terus wujud untuk berpolitik dan berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam sejak pas ditubuhkan pada 24 November 1951.

      Padam
  5. kak kah,,,oh ahli pas,,pas memang boleh wujud berpolitik tanpa umno,,tp,,tak ke mana pun...kekal melukut di tepi gantang di peringkat pusat. parti 18 kerusi nak tunjuk lagak jadi king maker,tp tak sedar dah bertukar jadi king looser,,,ko ahli pas, jgn la membaruakan umno,,pimpinan ko dah jilat ludah dan bekerjasama dgn umno yg dituduh kafir satu ketika dahulu. baik ko fikir bagaimana ko nak hilangkan ajaran sesat pimpinan pas dahulu " umno adalah musuh utama pas "...ajaran ini dah sebati dlm pengikut pas,,rakyat dah mula sedar, permusuhan pas dgn umno sebelum ini,,adalah haram . tak ada dlm quran atau hadis yg membenarkan org islam berpakat dgn kafir ( pas berpakat dgn dap ) demi menhatuhkan saudara seagama ( umno )...tinggalkanlah ajaran sesat ini. ianya tiada dlm syariat islam, ia hanya keluar dari mulut pimpinan pas semasa teruja berceramah...tidak merujuk kpd ajaran al quran yg sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa WASPADA. Tulis lah apa yg hang rasa betul bagi pihak UMNO. Tapi aku percaya Ramai akar umbi UMNO tak bersetuju dgn UMNO (adun2 Perak) dgn apa yg berlaku di Perak skrg. Apa yg aku nampak DAP Akan kembali Berkuasa di Perak.

      Padam