Header Ads

ads header

Flash News

UMNO dan PH Bentuk Kerjasama - Suara TV


CYBERJAYA:
Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani.

Laporan yang memetik sumber yang enggan mendedahkan nama itu menyebut kerajaan baharu yang akan dibentuk dalam masa terdekat itu nanti terdiri dari UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MBnya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani,” kata sumber itu seperti dilapor Astro Awani.

Sebelum ini Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.

Difahamkan lima Adun dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.

Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. Puak nasionalis mendabik dada konon merekalah 'pejuwang' yang membela hak kaum Melayu tetapi hari ini kemunafikan puak nasionalis telah terdedah apabila mereka berskandal dan bersekongkol dengan puak kafir biaDAP dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis Islam dan umat Islam terutamanya kaum Melayu.

    Sebilangan pemimpin nasionalis telah atau sedang dibicarakan di mahkamah kerana skandal yang merugikan rakyat dan negara. Bukan ini menunjukkan puak nasionalis ini tidak mempunyai integriti dan tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ?

    Maka tidak hairanlah kaum Melayu masih hidup miskin walaupun negara sudah lama merdeka tetapi kroni kafir puak nasionalis semakin kaya raya kerana kaum Melayu dikencing oleh wayang puak nasionalis.

    Maka gabungan parti nasionalis dengan dengan puak Pee H adalah seperti pinang dibelah dua dengan kapak kerana mempunyai ciri yang sama iaitu kencing rakyat.

    Puak biaDAP sangat gembira kerana mendapat kuda tunggangan pakai buang yang boleh digunakan untuk mengkhianati kaum Melayu.

    Rakyat yang cerdik akan tetap menolak mereka dalam PRU yang aksn datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan perenggan pertama komen 11:34

      Puak nasionalis mendabik dada konon merekalah 'pejuwang' yang membela hak kaum Melayu tetapi hari ini kemunafikan puak nasionalis telah terdedah apabila mereka berskandal dan bersekongkol dengan puak kafir biaDAP dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap Islam dan umat Islam terutamanya kaum Melayu.

      Padam
    2. Pembetulan perenggan ke-2 komen 11:34

      Sebilangan pemimpin nasionalis telah atau sedang dibicarakan di mahkamah kerana didakwa terlibat pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara. Bukankah ini menunjukkan puak nasionalis ini tidak mempunyai integriti dan tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ?

      Padam
  2. Inilah yg UMNO nak dari dulu lagi. Mereka skrg test market kt Perak dulu. Lepas tu mereka Akan lakukan pula kt peringkat pusat. Kalau Tak menjadi mereka Akan salahkan PAS. Tapi PAS Akan buat apa saja asalkan parti2 Islam Bersatu dgn izin Allah Insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS nak buat ape saje utk parti2 Islam bersatu???.. mabuk ketum ke sedara? Baru nak tukar MB pun dah merajuk boikot taknak kerjasama.. bukan nak tukar MB kafir pun.. sepatutnya PAS kene sokong semua keadaan asalkan dapat kekalkan kerajaan Melayu Islam.. ni boikot punya pasal UMNO terpaksa mintak kerjasama DAP.. bodoh bangang punya PAS.. nampak sgt lebih pentingkan pemimpin yg disukai daripada nak pertahankan kerajaan melayu Islam..

      Padam
    2. Parti Islam tidak mahu bersekongkol dengan parti nasionalis yang telah mengkhianati rakan dan sekutu sendiri kerana Islam mengharamkan pengkhianatan.

      Hanya puak RBA dan barua menyokong pengkhianatan kerana mereka tidak percaya pada dosa.

      Tindakan RBA dan barua menyokong pengkhianatan itu sendiri adalah sifat munafik yang jelas.

      Padam
  3. Rakyat sedang melihat siapa yang tamak dengan menebuk atap kerajaan PN di Perak dan apa pula wajah sebenar dap,pan dan pkr yang meratib siang malam bahawa umno penyamun,perompak,perasuah.Pengundi melayu akan menjauhi umno kerana menjadi pengkhianat dan pengundi cina mungkin menjauhi dap kerana berbohong. Saham pas dan bersatu akan meningkat di kalangan melayu Islam. Arif muluk sedang conggak untuk bersama parti yang dikatakan penyamun,perasuah dan perompak kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengundi2 PAS pun akan menjauhi PAS sbb nak tukar MB melayu Islam dgn MB melayu Islam pun PAS sanggup boikot.. dulu kata lebih pentingkan Islam melangkaui pemimpin.. Pengundi2 melayu pulak akan menjauhi Bersatu sbb masih besar kepala nak jadi abg besar walaupun kerusi ciput.. taknak berkorban demi kesatuan gabungan.. nampaknya saham mereka akan merudum jugak.. Allah takkan redha pada kerajaan PN yg dibentuk dgn cara yg salah penuh pengkhianatan walaupun niatnya baik... kehkehkeh

      Padam
    2. Tindakan RBA dan barua menyokong pengkhianatan puak nasionalis jelas membuktikan puak RBA dan barua adalah puak yang tidak bermoral kerana cuba menghalalkan pengkhianatan yang diharamjan oleh Islam.

      Padam
    3. RBA mengajak orang yang bodoh menjilat balik segala kahak yang diludah ke atas umno.Semua orang menjauhi umno yang dilihat sangat kotor dan jijik.Bila lebai yang rasional membantu umno yang kelemasan lalu ph maki hamun lebai mandi sekolam dengan perasuah dan penyamun.Sekarang ph pula U Turn dan gian ingin mandi sekolam dengan umno...ph memang kaki kencing jadi bukan pelik kehkehkeh

      Padam
  4. Pas is a gone case. just admit it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. we are just about the see the true faces of man(half man and half saton), yes pas is a gone case and will never be to be part of them if it is really happened.

      Padam
    2. Pas is a gone case? Hahaha..look at ur own party, mate...pathetic...
      Pas has got nothing to lose...pas would benefit from the true colors of umno..ur party leaders hv got huge no of court cases yet u wanna talk crap..go on daydreaming, mate and proceed with ur alliance with dapig and pkr and amanah as dapig foot lickers...
      Umno, looks like, will nvr learn from ge14 as all walks of life rejected them and come ge15 do u think people would trust u again..hahaha...u can bull the elderly but the younger generation are not easy to be conned or deceived..if we were to list down the wrongdoings committed by umno, it s gonna be an endless list esp during atuk's time..what more zahid hamidi with plenty corruption charges ..oh i knew it...zahid n najib wanna join hands with anwar so that they can be acquitted..

      Padam
    3. SUARAKU...masaalahnya undi percaya ni was never discussed before hand
      .if u say we are together this should not have happened. It wasnt even discussed at MT UMNO level. So how to handle this little napoleons. Its about unity and trust bro

      Padam
  5. Bersantai sambil minum petang. Sy rakyat marhean ini berfikir-fikir dgn apa yg sedang berlaku di negeri Perak adalah satu dinamika politik baru yg tidak pernah dijangka oleh sesiapa pun.

    Selama ini sy hanya memerhatikan shj drama-drama politik Malaysia yg tidak pernah sunyi daripada pergolakan. Apabila berlaku sesuatu pergolakan kita sering dimomokkan dgn KENYATAAN PENYATUAN BANGSA MELAYU/ISLAM samada daripada UMNO, BERSATU ataupun PAS. Maka tertubuhlah MN dan PN.

    PERSOALANNYA, Adakah kita sedar atau buat-buat tidak tahu bahawa BANGSA MELAYU/ISLAM ini tidak boleh/tidak akan BERSATU sampai bila-bila?

    1. Pembahagian harta pusaka.
    Adik-beradik bergaduh. Suami/isteri dgn bapa/ibu mertua dan sebaliknya.
    2. Berjiran
    Bergaduh, bermasam muka kerana kucing jiran berak/kencing dilaman jiran. Daun kering gugur di halaman jiran. Jiran membuat pengubahsuaian rumah dan sebagainya.
    3. Masjid dan Surau
    Bergaduh rebut jawatan Pengerusi dan AJK Masjid dan Surau.
    4. Perbezaan fahaman politik.
    Ini sdh jelas tertubuhnya pelbagai parti politik yg memperjuangkan kepentingan masing-masing.
    5. Media Sosial
    Lihatlah sendiri berapa ramai Bangsa Melayu yg mencaci-maki,bergaduh dan sebagainya sesama sendiri dilaman Sosial.
    6. Penceraian suamiisteri
    Berapa byk kes penceraian di mahkamah yg melibatkan Bangsa Melayu/Islam? Lu fikirlah sendiri.
    7. Insentif/Bantuan
    Bergaduh sebab kenapa sy tidak dapat bantuan sedangkan oleh lain dapat. Mereka susah, saya pun susah jg.

    Sebenarnya byk lagi contoh-contohnya.Sy rasa anda sendiri boleh menebaknya.

    KESIMPULANNYA,
    Tidak usahlah ahli-ahli politik mencanangkan tentang PENYATUAN BANGSA/ISLAM. Sedangkan perkara kecil diperingkat dasar pun BANGSA MELAYU/ISLAM tidak sehaluan dan bercakaran. Inikan pula dalam kontak penyatuan yg lebih besar. RENUNG-RENUNGKAN LAH!

    Tulisan ini adalah pandangan saya berpandukan sedikit pengalaman dan pemerhatian.

    Terima kasih

    BalasPadam