Header Ads

Header ADS

Umno tak akan rujuk Ku Li ke jawatankuasa disiplin parti kata sumber


Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti berhubung kerjasamanya dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menolak Belanjawan 2021.

Menurut sumber parti itu, Umno memutuskan untuk tidak memanggil ahli Parlimen Gua Musang berkenaan kerana Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sumber mengakui ada pihak dalam parti itu yang mahukan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

"Setakat ini Umno tidak akan merujuk Ku Li ke jawatankuasa disiplin parti berhubung tindakannya bekerjasama dengan Mahathir.



X

"Walaupun ada pihak yang mahukan dia dihadap ke jawatankuasa disiplin, namun kita rasa tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Tengku Razaleigh mengadakan sidang media bersama Mahathir menawarkan untuk memimpin kerajaan. Mereka mengadakan sidang media itu susulan terdapat spekulasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin runtuh apabila belanjawan kalah dalam undian di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu kemudian diiringi kenyataan Pakatan Harapan (PH) sejurus kemudian yang mengajak semua ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Tengku Razaleigh juga mengulangi pendiriannya bahawa dia tidak mengiktiraf kerajaan PN serta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan tidak mengundi untuk menyokong belanjawan berkenaan.

Sebelum ini Ku Li yang menjadi wakil rakyat di Gua Musang (dulu dikenali sebagai Ulu Kelantan) sejak 1974 itu juga pernah mendesak agar usul tidak percaya kepada Muhyiddin dikemukakan di Dewan Rakyat.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berdepan tindakan disiplin, Ku Li berkata sebagai ahli Parlimen dia bebas untuk membuat keputusan.

Dalam pada itu, sumber berkata, Umno menganggap tindakan diambil Ku Li adalah berdasarkan kapasiti peribadinya sebagai ahli parlimen.

"Umno beranggapan bahawa Ku Li mengambil tindakan itu atas kapasiti peribadi, bukannya untuk parti," katanya lagi.

Terdahulu Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berpendapat tiada tindakan perlu diambil Umno ke atas Ku Li di sebalik tindakannya bersama pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan PN.

Kata Nazri hal itu kerana jumlah ahli parlimen Umno ketika ini tidak ramai.

MR : Kalau Pengerusi Jemaah Penasihat  bermasalah, UMNO memang tak boleh diselamatkan. Pepatah Cina ada mengatakan kalau ikan buruk dikepala!



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau dah belot ambil saja tindakan. Jgn biar membusuk lg. Jgn hanya bertindak pd org bawahan saja

    BalasPadam
  2. Tak payan buat apa biarkan..
    PRU 15 letak je calon lain.
    Biar dia undur diri dengan sendiri.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.