Header Ads

ads header

Flash News

Umno tanpa Bersatu dan PAS - 'Mengapa tidak?'


Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.

“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.

Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno, akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.

“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.

“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.

"Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.

Seorang pesera memakai kopiah "perpaduan ummah" Umno-PAS dalam kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai November tahun lepas, gambar hiasan

Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.

Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.

Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.

Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.

Kini mereka memegang 38 kerusi.

Umno mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan parti-parti lain - termasuk Umno dan PAS - bagi menumbangkan kerajaan PH, bawah payung PN.

Namun, kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 - pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik - dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.

Gabungan PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa untuk merasmikan kerjasama.

Namun, kata Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.

“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.

“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.

“[...] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.

Ku Li dan warga media, gambar sebelum PKP

Setiausaha Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus, tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Dilantik sbg Pengerusi Lembaga Penasihat tetapi rasanya mempunyai pemikiran x berapa sihat yg melawan arus seolah2 perancang yg cuba memberi kekuatan kpd pihak lawan..org spt ini perlu diawasi

    BalasPadam
  2. Penasihat yg tamak kuasa dan ekakayaan, tak nak berkongsi dan tak nak Melayu bersatu dlm memerintah negara

    BalasPadam
  3. UMNO sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan yang mewakili semua kaum...peeedah! Mana ada Cina yang sokong..fokus kepada Melayu, kerjasama dgn PAS dan PPBM, lantaklah org Cina tu..MCA pun takde faedah apa pun, menumpang je, dok ambik kerusi Melayu. Kenapalah penimpin Melayu tak cerdik.

    BalasPadam
  4. Kaum Melayu Islam sekarang bijaksana dan cerdik setelah dikencing hancing oleh Pakatan Tiada Harapan pimpinan puak kafir harbi roket.

    Jika puak nasionalis bajet hebat perasan kuat konon mahu bersekutu dengan Pakatan Tiada Harapan, maka kaum Melayu Islam tidak akan merasa ragu-ragu untuk menolak dan memulaukan parti nasionalis dalam PRU yang akan datang.

    Kasihan melihat segelintir pemimpin nasionalis bodoh sombong sembang lebat konon parti nasionalis menang sana sini dalam setiap PRU. PRU lepas apa cerita ? Tak mahu sembangkah ?

    Dahulu puak nasionalis sembang lebat konon jika beruk jadi calon parti nasionalis, beruk pun boleh menang. Dalam PRU lepas bukan setakat beruk, calon manusia nasionalis pun KO ! Kasihan !

    BalasPadam
  5. "..Tuaan Penaseehaaatt.... 20 perseeenn!!!"

    BalasPadam
  6. UMNO di persimpangan
    Rasa abang besar yg tidak dapat dibuang dari hatinya, seolah2 Malaysia UMNO punya, dia yg kena atur apa yg orang lain boleh dapat.
    Nk bertanding sendirian rasa tk menang.
    Nk bersama MN, kena bahagi pulak kerusi dgn PAS.
    NK bersama PN, lagi kecil agihan utk UMNO yg memang bermimpi besar,bayangan kehebatan lama masih segar.
    Sikap tamak haloba inilah yg mgkn UMNO akn hilang kesemuanya.
    Kalau UMNO bergabung dgn PH, sokongan org Melayu kpd PAS Dan BERSATU akn meningkat dan sukar bagi UMNO untk memulihkan kembali sokongan Melayu selepas itu kerana tidak akn dipercayai lagi dan Melayu sudah selesa dengan PAS dan BERSATU......UMNO di persimpangan kerana sikap abang besarnya yg tidak mahu berkongsi.

    BalasPadam