Header Ads

ads header

Flash News

UMNO tidak harus jadikan 'No DAP No Anwar' pendirian muktamad kata Ku Li


KAJANG -
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berpandangan sikap 'No DAP No Anwar' yang dikatakan dipegang UMNO tidak harus menjadi pendirian muktamad parti itu.

Sebaliknya beliau berkata, dalam politik semua perkara perlu diambil kira, namun perkara utama yang menjadi kepentingan parti adalah kepada kehendak rakyat.

“Saya rasa itu (pendirian) sentimen tebal sahaja. Bagi saya dalam politik itu semua tak diambil kira, yang penting rakyat, rakyat mesti diambil kira.

“Kalau masalah itu memerlukan kita sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kepada rakyat, maka itulah yang didahulukan.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita.

“Jadi, kalau kita menguasai keadaan, saya rasa itu tak menjadi perhitungan. Yang penting, rakyat,” katanya dalam bual bicara mengenai masa depan Malaysia di Kajang anjuran Majlis Profesor Negara pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menjawab soalan penonton apakah naratif politik 'No DAP No Anwar' yang dipegang UMNO itu masih bersesuaian dengan situasi politik negara.

MR : Sudah sampai masa Kuli berehat daripada politik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. teringat pendirian DULU KINI dan SELAMANYA..patut diteruskan pada DAP ANWAR pan KHIANAT
    DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    BalasPadam
  2. Mamat ni kata..ikut kehendak rakyat..dia tahu ke apa rakyat nak..

    BalasPadam
  3. Genetik purba dan luput tarikh sesuai diabadikan di muzium.lagi lama,maka lagi banyak merapu

    BalasPadam
  4. Wah segelintir pemimpin parti Melayu sudah mula menunjukkan belang sebenar iaitu mereka menjadi barua parti ultra rasis roket dengan memperjuangkan Msian Msia untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak kaum Melayu Islam yang merupakan penduduk asal negara ini.

    Mereka tidak pernah memberi sebarang sumbangan yang jelas kepada Islam dan kaum Melayu Islam walaupun mulut hipokrit mereka menjerit "Hidup Melayu".

    Merekalah musang roket berbulu ayam yang menjadi pengkhianat bangsa dan agama. Slogan "Hidup Melayu" adalah slogan untuk kencing kaum Melayu sahaja.

    Maka tidak hairanlah majoriti kaum Melayu masih hidup miskin dan DEB telah gagal walaupun negara telah lama merdeka.

    Jika parti Melayu mahu terus wujud, relevant dan dipercayai oleh sekutu dan kaum Melayu Islam, parti Melayu mesti dibersihkan dengan memecat dan membuang semua pemimpin rasuah dan semua pengkhianat Melayu yang menjadi barua parti ultra rasis roket.

    Ada beranikah ???

    BalasPadam
  5. Another barua / Jebon.
    Orang Melayu kena buang mamat ni.

    BalasPadam
  6. Dah lama tak dengar ayat bahalul tiyasi.

    BalasPadam
  7. SALAH SEORANG BADUT POLITIK YANG TELAH LUPA SEJARAH BANGSA MELAYU SEMASA TRAGEDI 13 MEI 1969 !!!

    BalasPadam
  8. Banyak la dia punya rakyat. Sudah2 la tu dah tua dah. Bersedekah banyak2 kalau duit tu berlebih lebihan lagi afdal dari dok merapu Tak tentu pasal.

    BalasPadam
  9. Lagi banyak cakap lagi banyak merapu. Dia x sedar puak sana sikit pun x teringin kpd puak sini. Inilah akibat terlalu lama jd wakil org asli sehingga otak pun dah naik tepu

    BalasPadam
  10. maka tersebutlah al kesah ketika dahulu ada seorang yang kuat kononnya dalam pejuangan islam, maka terselitlah didalam hati hendak mengertai sebuah parti yang ketika itu sangat dominan atau kuat, lalu dia pun dengan bersemangat menganggotai parti dan juga terselit didalam hati hendak mengislam parti itu kononnya dari dalam dan hasilnya ' googlelah sendiri untuk mengetahui kesudahannya'.
    sejarah pun berulang kembali, tapi yang ini agak istimewa, tak perlu untuk menganggotai parti, memang sudah pun berada didalam parti itu, dan orang itu berpengaruh seperti yang dahulu, tapi yang kali ini agak ganjil, dia ingin partinya berjinak2 dengan dapig, kesudahannya....., ahli2 parti juga yang menentukan masa depan parti itu atau buatlah andaian sendiri

    BalasPadam