Header Ads

ads header

Flash News

20 wakil rakyat DAP masuk MCA? - Adakah Ini Agenda UMNO?


Biasanya berita politik Cina yang dilaporkan secara eksklusif dalam akhbar Cina tidak pernah menipu kerana akhbar Cina memang benar-benar berobjektif.

Baru-baru ini, akhbar China Press melaporkan tentang khabar angin bahawa akan ada 'perpindahan' beramai-ramai wakil rakyat DAP ke MCA. Dilaporkan juga ini disambut baik oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Jika benar khabar tentang 'rancangan' mereka ini, maka saya tidak terkejut kerana kita tahu yang parti politik Cina hanyalah wadah bagi menjayakan agenda-agenda masyarakat mereka. Ini merupakan rahsia yang diketahui umum atau 'open secret' kerana lihatlah bagaimana agenda-agenda mereka dapat dijayakan walau siapa pun yang memerintah.

Lihatlah bagaimana mereka bersolidariti dan bersepakat dalam isu-isu kepentingan bangsa mereka walaupun berlawanan dengan undang-undang dan malah salah di segi perlembagaan sekalipun. Mereka akan cuba pelbagai jalan dan strategi, sama ada dalam atau luar kerajaan tanpa menggunakan alasan-alasan karut seperti 'tidak cukup kerusi'.

Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi percaturan politik yang strategik demi bangsa mereka walaupun perlu menukar parti. Mungkin menukar-nukar parti ini pun adalah aturan di belakang tabir di antara mereka. Mereka ini terlalu 'isolated' dalam masyarakat mereka dengan isolasi bahasa mereka tersendiri, akhbar mereka tersendiri, persatuan-persatuan mereka tersendiri dan sebagainya yang membuatkan kita terlepas pandang pelbagai perkara dan perspektif terutamanya tentang politik.

Pastinya mereka sudah merancangkan pelan A, B, C dan seterusnya untuk menghadapi kemungkinan politik yang sangat tidak menentu pada hari ini. Boleh jadi pelan A adalah DAP bekerjasama dengan UMNO. Boleh jadi pelan B adalah untuk memperkasakan MCA kerana MCA pasti akan menang di banyak kerusi dengan menumpang ihsan orang Melayu yang setia mengundi lambang 'dacing', dan seterusnya. Jangan pandang rendah akan kelicikan dan ketelitian perancangan-perancangan mereka.

Persoalannya, apakah UMNO akan teruskan kerjasama dengan MCA jika mereka hanya salin kulit dari DAP sahaja nanti (jika jadi)? Jika UMNO membiarkan sahaja dan terus memanjakan MCA, maka ini adalah penipuan moral yang akan mengotorkan lagi lanskap politik negara. Akhirnya tiba pada persoalan, apakah orang Melayu perlu menolak BN? Takkanlah kita mahu pilih PH pula? Politikus akan mengambil kesempatan atas dilema ini dengan pelbagai cara memanipulasi dan kata-kata dusta.

Perpecahan politik Melayu pada hari ini semakin menjadi-jadi sedangkan mereka bijak mengatur strategi sesama mereka dan bersama 'musuh dalam selimut' yang dianggap kawan kita sekalipun. Saya tidak tahulah kebodohan apa yang ada pada pemimpin kita sehingga boleh ditipu siang-siang. Atau mereka sendiri menipu rakyat dengan membiarkan penipuan berlaku.

Bak kata pepatah yang sering diungkapkan sendiri oleh pemimpin Melayu kita, "Antan dengan antan berlaga, Ayam tepi lesung yang kenyang". Tetapi malangnya mereka tidak pernah ambil iktibar pun atas apa yang diratibkan itu. Fikir-fikirkanlah.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
7 Januari 2021
Umno jilat mca = umno jilat dap 😁😁😁

MR : UMNO sudah rosak sehingga ke kepala!

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. terbaik isma. cina bijak berpolitik demi survival bangsa mereja,,yg BODOH main politik ialah bangsa melayu...tak habis2 bertelagah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg BODOH main politik sehinggakan sanggup memusnahkan pakatan Melayu dan menumbangkan kerajaan PN semata-mata untuk menyelamatkan diri dari pendakwaam dan hukuman mahkamah ??? Bukankah puak keris sendiri ?

      Padam
  2. UMNO memang bodoh dari dulu kini Dan selamanya (bukan semua). Kalau MCA terima Adun2 DAP tu, UMNO mesti putuskan hubungan dgn MCA. Bila DAP join MCA maka MCA Akan jadi DAP walaupun pakai baju BN. Kalau UMNO Tak putuskan hubungan dgn MCA Kita Ramai2 kuburkan UMNO Tak lama lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah2 lah menuduh umno nak bekerjasama dgn dap. dulu, rba dap berjaya menjadikan umno mangsa maki hamun org2 melayu dgn fitnah "perompak,kleptokrat,kronisma,rasuah" dll,,hari ini, bila umno kembali diyakini menjadi pembela org2 melayu bersama2 dgn pas,,rba dap mencipta game baru iaitu " umno mahu bekerjasama dgn dap ",,tujuannya ialah supaya umno dibenci sekali lagi, dan ditolak pd pru15 ini. kpd org melayu,,jgn jd bodoh berganda2,, cukup pru14 sebagai pengajaran. umno,,,,tiada sejarah tunduk kpd dap,,yg dok kebulur kpd dap ialah pas,pkr,, tolong sedar sikit.

      Padam
  3. Sebenarnya sama saje dap atau mca atau gerakan,perjuangan mereka hanya utk bangsa mereka,lihatlah bagaimana mereka bersatu pertahankan pekebun haram yg ceroboh tanah kerajaan pahang,isu propa komunis direstoran cina,isu jawi,isu uec..asal bangsa mereka,akn tetap sokong walau bercanggah dgn undang2 dan perlembagaan negara tp pemimpin politik melayu lemah kerana jati diri dan pegangan ugama longgar yg membuatkan mereka senang dirasuah disogok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb tu Anwar bangkit berjuang selama ini utk menghentikan segala penyalahgunaan pemimpin2 korup ni.. tapi orang melayu tak pernah nak sokong.. Anwar dianggap liberal dan munafik.. dia berjuang bepuluh tahun demi melihat Malaysia bersih dari rasuah.. Mahathir juga begitu.. dia juga memerangi rasuah.. tapi orang melayu senang dimomokan dgn pemerintahan melayu dan Islam.. takpelah nak rasuah bagai asalkan pemerintahan dikuasai melayu dan Islam.. itu yg berlaku sekarang.. salah laku dalam kerajaan melayu Islam disembunyikan.. tapi kalau DAP buat kemain menyalak..

      Padam
    2. Eh sorry to say no more Anwar. Zaman Anwar jadi PM sudah berlalu Dan sudah BASI. Irrelevant!!!!

      Padam
    3. terbaik awanama 7.13 ptg,,pesalah liwat tu,,,,tiada kaitan dgn isu negara sekarang ini,,beliau asalah perosak kpd keharmonian negara. hanya si dungu saja yg menyanjung pesalah liwat ni.

      Padam
  4. Penyokong bodoh PH seudah menyalak.Masa Timbalan PM isteri Anuwar 22 bulan, tadak rasuah ka? bersih ka? Sama jah, takyah kencing lebih.PH tak buat apapun.Takyah taksub buta hati kepada Anuwar.Joget boleh,baca khutbahpun boleh

    BalasPadam
  5. persoalan sekarang adakah dapig berjaya menjinakkan umno dengan cara menjinak2kan dan menguasai(pemimpin yang berpengaroh) pemimpin2 umno yang bermasalah atau yang mempunyai/memikul/menanggung masalah lampau atau lebih senang kata di'dap'kan mereka dengan cara ini akan melemahkan dan mengkocak-kacirkan dalam umno( umno yang diketahui ada team a dan b), sekarang giliran meng'dap'kan mca sedang bermula dengan ada ura2 masuknya 20 ahli dap dalam mca , jika ia berjaya di'dap'kan, dapig akan mempunyai kelebihan iaitu menguasai umno dan mca dalam pru15 dalam kawasan nisbah penduduk melayu 60-65% melayu dan mengharapkan undi dari orang melayu(umno) melalui calun mca. dapig mengharapkan sekurang2nya 50% calun mca dari kalangan dap yang masuk mca dapat bertanding atas tiket mca. jika ini berlaku siap sedialah 'grand plan' dapig lompat parti jika keputusan pru15 kemenangan simple majoriti atau kemenangan tipis.
    akta lompat parti mesti dilaksanakan secepat mungkin sebelum pru15

    BalasPadam
  6. Angkara siapakah semua itu. ? Umno atau najib dan zahid yg sedang berhempas pulas utk nelepaskan diri pertuduhan jenayah yg sedang nereka hadapi ketika ini...najib sudah terbukti penjenayah, manakala zahid dlm proses mahkamah ..
    Inilah perjuangan zahid yg dibayabgi bekas bossnya dahulu...
    Perjuangan umno hari ini bukan utk rakyat.. tapi utk kepentingan peribadi antara zahid dan najib yg sedang nenunggu hari utk kebamboo river...

    BalasPadam