Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen PH cabar pengisytiharan darurat di mahkamah minggu ini


PETALING JAYA:
Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) akan memfailkan tuntutan untuk mencabar tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat di mahkamah minggu ini.

Ahli Parlimen Selayang William Leong dari PKR berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam berhubung beberapa perkara sebelum memulakan proses undang-undang itu.

“Ya betul, (kita akan memfailkan minggu ini). Tarikh belum ditentukan lagi sebab kita sedang bincang dengan peguam,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada tuntutan itu akan dibuat bersama semua wakil rakyat PH yang lain atau secara berperingkat, beliau berkata perkara itu juga dalam perbincangan.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar pengisytiharan darurat yang disifatkan tidak berasas.

Langkah itu susulan tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

Semalam, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.

Dalam saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khairuddin mengemukakan soalan perundangan untuk dijawab mahkamah mengenai sama ada Muhyiddin, yang didakwanya kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh menasihati Sultan Abdullah untuk membuat pengisytiharan darurat.

Selasa lalu, Agong mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. MERAFAK SEMBAH PADA YDPA...MOHON TARIK BALIK PENGAMPUNAN DIRAJA PADA ANWARFIKUN DAN JAWATAN MP2 YANG MENOLAK DARURAT COVID 19...INI BERTEPATAN HASRAT ANWARFIKUN MOHON DARURAT DITARIK BALIK...AMPUN TUANKU

    BalasPadam
  2. Ini atok punya hal mohon pengampunan untuk al juburi. Bila bekas banduan diberi ruang, inilah akibat. Terus menerus cetus kacau bilau.

    BalasPadam
  3. Saman 1000 kali pun ianya tidak relevan dan tidak akan mengubah apa apa,sekadar membazir masa,tenaga dan wang pembayar cukai. Langkah bodoh pembangkang langsung tidak menguntungkan kepada rakyat waima satu sen dan wang rakyat membazir untuk membayar elaun mereka. Kepada macai macai RBA ph sila beri satu sebab yang paling munasabah mengapa langkah saman tersebut menguntungkan rakyat dan negara terutamanya dari sudut ekonomi,sosial dan keselamatan

    BalasPadam
  4. PH/ anuar ibrahim kemaruk kuasa...mereka bermatian berjuang utk kepentingan diri, bukan utk rakyat... anuar buatlah macamana pun, Tuhan tak mungkin membenarkan anuar utk jadi PM...itulah anuar ibrahim...hanya Tuhan yg tahu kenapa anuar tdk boleh jadi PM....

    BalasPadam