Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Maslan: Kes mahkamah 'zalim' punca Umno tak puas hati dengan PN


Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya, dedah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ahmad - salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah - berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarnang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

Ahmad kini sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Selain Ahmad, pemimpin Umno lain yang dibicarakan atas tuduhan rasuah termasuk Najib, presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Ketika kerajaan PN ditubuhkan Mac tahun lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan yang dia akan membentuk kabinet yang bersih dan meneruskan agenda antirasuah.

Dalam sesi dialog itu, Ahmad yang merupakan ahli parlimen Pontian merujuk kompaun dan permohonan pelucuthakan yang dimulakan SPRM terhadap mereka yang didakwa menerima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB daripada Najib.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) .

“Ada yang dapat RM50,000 daripada presiden (Najib), tetapi disuruh bayar kompaun RM2.5 juta. Itu kegilaan yang melampau dan kezaliman yang tahap tinggi,” dakwa Ahmad.

Bagaimanapun dakwaan itu ada kemugkinan salah.

Seksyen 92(1) Amla menyatakan bahawa kompaun hanya boleh dikenakan tidak lebih 2.5 kali ganda daripada jumlah yang diterima.

Ini bermakna pihak yang menerima dana haram berjumlah RM50,000 hanya boleh didenda dengan kompaun sehingga RM125,000 sahaja.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno - Shahrir Samad - dikenakan kompaun RM2.5 juta.

Shahrir berdepan tuduhan pengubahan wang haram dengan menerima RM1 juta wang berkaitan 1MDB daripada Najib, dan ditawarkan untuk membayar kompaun RM2.5 juta daripada SPRM.

Dia sedang mencabar tuduhan itu di mahkamah.

Hari ini, Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan bagi membincangkan usul yang disokong 189 daripada 191 bahagian parti, untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.


 

 
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



10 ulasan:

  1. Betul tu Tok Mat Maslan...M'sia ni Tanah Melayu asal namanya & UMNO adalah parti melayu pertama ditubuhkan. So, amatlah TIDAK SALAH langsung UMNO claim M'sia ni UMNO punya & boleh buat apa shj UMNO suka...nak kongsi dgn UMNO boleh tapi WAJIB ikut kata UMNO lah...WAJIB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah komen bodoh berlapis-lapis yang tidak logik dan tidak masuk akal manusia normal. Nak mengampu pun agak-agaklah.

      Tanah Melayu telah wujud berjuta tahun dan kaum Melayu telah berada di Tanah Melayu sejak 65,000 tahun dahulu. Di mana umm-No di waktu tersebut ? Nowhere !

      Tanah Melayu dan kaum Melayu boleh wujud tanpa ummm-No. Bolehkah umno wujud tanpa Tanah Melayu atau kaum Melayu ?

      Oleh sebab itu janganlah sembang lebat buat andaian bodoh konon 'Msia ini ummNo punya' !

      Padam
    2. Pembetulan komen 10:29 :

      Tanah Melayu dan kaum Melayu boleh wujud tanpa umm-No. Bolehkah umm-No wujud tanpa Tanah Melayu atau kaum Melayu ?

      Padam
  2. Kes mahkamah 'zalim' punca Umno tak puas hati dengan PN...APAKAH ini bermaksud jika HAKIM yang menjatuhkan hukuman itu BERSARA @ meNINGGAL DUNIA...maka sebarang KES atau HUKUMAN YG BERJALAN @ menjalani hukuman AKAN GUGUR serta merta TERUTAMA PADA MP dan ahli politik...manakala rakyat biasa terus dihukum dan sumbat dalam penjara...

    BalasPadam
  3. Adakah kedudukan pemimpin-pemimpin puak keris telanjang lebih tinggi dari kedaulatan undang-undang maka mereka kebal dan boleh melakukan kesalahan tanpa sebarang tindakan mahkamah ??

    Ini bukan ajaran Islam.

    BalasPadam
  4. Ooo rupa2nya puak2 ni nak kes mereka digugurkan. Cakap awal2 Kan senang. Tak apa Mari Kita pakat2 kuburkan UMNO PRU15 nanti. Mereka ingat mereka kebal undang2 sampai ke kubur ke? Buat apa tukar kerajaan kalau puak2 UMNO yg rasuah pegang kerajaan. Kalau macam tu mereka Akan buat apa yg mereka suka dgn bumi Malaysia ini sebab mereka Tak payah dibicarakan kalau mereka bersalah. Semua tutup mata selesai. Bodoh bertingkat tingkat la UMNO ni. Insya Allah, PRU15 UMNO pupus sebab Tak ada org nak undi BN. Yg undi BN ialah mereka Dan kuncu2 yg bermasalah. Rakyat biasa dah muak dgn geng2 UMNO yg acah2 tikam Tak lut ni.

    BalasPadam
  5. kes yg melibat babi2 dap senang2 saja digugurkan,,hang tak kecoh pun,,tetapi apabila mahkamah menzalimi org2 melayu umno dan ianya dipersoalkan umno,,hang nak kata pimpinan umno mahu kes digugurkan..betui2 hang baruwah babi cina...elok umno putus hubungan dgn ppbm,,ppbm ini baruwah dap, ppbm memberi sahan kpd pemerintahan 22 bulan babi dap dan menyebabkan kerosakan kpd bangsa melayu dan agama islam. biar pas ja yg terhegeh2 dgn ppbm ni,,pas nak main kayu tiga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh. Kalau Tak bersalah kenapa takut ke mahkamah. Kenapa ko nak banding Kan dgn DAP? Tunjukkan yg UMNO parti yg bersih tidak ada rasuah. Kalau ko takut nak ke mahkamah org Akan anggap ko bersalah apatah lagi belum bicara dah meroyan. Bukan semua pemimpin UMNO macam tu. Ini yg bermasalah je. Ramai lagi pemimpin2 UMNO yang baik Dan ikhlas dlm berpolitik Dan ko nak berpihak kepada pemimpin2 UMNO yg bermasalah tu kenapa?

      Padam
  6. Wah barua keris telanjang bodoh berlapis-lapis telah menyalak histeria membela pemimpin-pemimpin korup , menghina mahkamah dan memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan menghina kaum Melayu dengan gelaran baruwah babi cin* dll.

    Nampak puak keris telanjang semakin terdesak sekarang sehinggakan pemimpin korup sanggup memecat pemimpin jujur. Bahkan mereka sanggup mengkhianati rakan dan sekutu dengan memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu supaya puak kafir harbi boleh berkuasa semula.

    Ini bererti pemimpin korup sedang menggelupur ketakutan kerana skandal rasuah mereka sendiri telah atau sedang atau akan dibicarakan di mahkamah. Takut kerana salah ! Dunia kata pergi penjara kata mari !

    BalasPadam
  7. BERANI KERANA B E N A R..TAKUT KERANA S A L A H...TIDAK PERLU G E N T A R JIKA PEMIMPIN2 U M N O YANG DIDAKWA DI MAHKAMAH ADA BUKTI PENGANIAYAAN TERHADAP MEREKA...SILA KEMUKAKAN SEGALA BUKTI2 ITU DIMAHKAMAH..HANYA PEMIMPIN2 YANG TIADA BUKTI PENGANIAYAAN SAHAJA TERASA P A N A S DIATAS PENDAKWAAN MEREKA..!!!..I S L A M TIDAK SESEKALI MENGAJAR PENGIKUTNYA MENGANIAYAAI DIRI SENDIRI !!!

    BalasPadam